Wednesday, December 28, 2011

Thursday, December 22, 2011

MY RESULT!

Alhamdulillah aku dapat 8A. Lepas subuh aku tak tidur dah then nak habiskan masa, aku tengok cerita Princess Hours kat Tonton. Pastu, aku send sms ke 15888 pada pukul 9.57 then tunggu dalam beberapa minit, tak dapat-dapat. Baru je aku nak sms kawan aku tanya sebab kenapa lambat dapat reply dari 15888 tu, tiba-tiba mesej masuk. Aku da cuak. Pastu, aku tengok dari 15888. Baca bismillah then read inbox. Jantung masa tu dup dap dup dap. Alhamdulillah aku berjaya dapat straight A! :)


RM0.20 PMR: 96031902**** JB009KOO8 8A. Keputusan penuh boleh diperolehi di sekolah/JPN. Terima Kasih

Pastu, terus forward kat ayah. After that, terus handphone aku tak berhenti bunyi. Mesej asyik masuk je. Jenuh jugak aku nak balas. Then, da start tanya khabar kat orang lain. Alhamdulillah STF ada 129 orang dapat 8A. Congratzz tu you my formmates. Even ada yang tak dapat straight a pun x pela. We have tried our best kan? SPM masih ada. 

klik untuk zoom


Wednesday, December 21, 2011

Heart Skips A Beat

Dah masuk 22/12 dah. Hari ni result kluar. Text kawan aku tadi then dia cakap dia tak boleh tidur. Aku teringat plak satu lagu ni. Memang sesuai sangat dengan aku skrg ni. Tapi, aku punya takde kaitan dengan love lah. Aku punya result punya pasal.

#Wordless Wednesday



Ini budak form 3 STF aka formmate aku. Esok, our PMR's result akan keluar. Dud dap dup dap.
Doakan the best for us. 144 straight As.

Tuesday, December 20, 2011

Happy Birthday!

Baru perasan. Rupa-rupanya blog ni dah genap setahun! :)
Takde hadiah untuk blog ni kot sebab malas nak fikir. 
Tengah sibuk nak tengok cerita korea online!
:)

bersamaaan umur aku 15 tahun ,  9 bulan dan 1 hari :) 


p/s:  Nak main game sim kat laptop. Bila tengok kawan main, teringin pulak. Dekat ps2 tak best sangat laaa..

Semangat!!

Ok, result PMR memang dah confirm 22 DISEMBER. Jadi, kami QUINTESSENCE memang rasa cuak dan berdebar-debar. And, ni sebagai tanda kami semangat untuk tahu outcome for all our hard effort.


Kami tukar dp kami dengan gambar a day before PMR. Ada la beberapa orang kat atas ni yang bkan batch aku. Tercapub kejap. :)

Ni kat group. Tengok, semua dp sama je. :)

Thursday, December 15, 2011

Jatuh Hati Lah!

My Girl 2005 Korean My Girl
Ni la cerita yang jadi kegilaan aku sekarang. Aku ni dah ketinggalan zaman KOT. Orang lain dah lama dah tengok cerita ni. Aku baru je nak tengok! Aku start minat cerita korea ni sejak tengok FULL HOUSE(outdated drama lagi!). Pastu, aku tengok Princess Hours. Lepas tengok dua drama ni, aku jatuh cinta kat korean drama. 

Ni watak-watak utama dalam cerita MY GIRLS.

Ceritanya macam ni, datuk si lelaki ni nak sangat jumpa cucu dia yang dah lama hilang. Pastu, lelaki ni kena cepat sebab datuk dia dah nazak sangat dah. Bila lelaki ni tengok perempuan ni, pandai berlakon,  dia mintak tolong. Lama-lama, lelaki ni jatuh hati kat perempuan ni. Perempuan ni pun simpan perasaan kat lelaki ni jugak.

Pastu, kalau anda, anda ni nak tahu lagi, sila search kat internet ya! Tak larat pulak nak cerita :P


Next, dulu, masa darjah 4 aku pernah tengok drama korea ni, tajuk nya Stairway To Heaven.
Ni hero nya. Tapi aku dah x ingat nama.

 Memang feeling habis lah. Dah la hero dia ensem + cute! Tapi, sampai situ je la. Pastu aku tak tengok dah drama korea ni. Mai cuti sekolah kali ni, dah jatuh hati pulak dah! Susah~

So, semalam first time this year kot, aku tak tido sebab nak tengok CD MY GIRL yang aku baru beli. Lama  cerita dia ni. Dah la DVD player aku ada problem sikit. Tak boleh fast forward, remote rosak. Jadi, aku kena tengok straight sampai habis lah. Dah pagi tu, cerita ni ada 1 jam lagi nak habis, kepala aku dah pening sangat dah. Ya la kan, tak tidur satu hari! Tapi aku tahankan jugak. Habis cerita tu ja, terus serang katil! Waduh! Harini aku jadi burung hantu!

Aku berazam nak beli lagi cd ni. Haha. Biar khatam cerita korea! Tak minat sinetron dah, I prefer korean drama lagi! :)

Wednesday, December 14, 2011

#Wordless Wednesday



Ni first time aku wat entry utk #WORDLESS WEDNESDAY ni.. :)

Monday, December 12, 2011

Result PMR Punya Pasal

  • Aku takut result PMR!
  • Countdown for PMR!
  • Solat hajat!

Kat facebook, kebanyakn kawan-kawan aku yang ambil PMR this year, semua nak update status cmni. Aku yang x buat macam tu pun jadi risau jugak. Aku pun risau jugak pasal result PMR yang memang dah dekat ni. Tapi, kalau aku pun macam kawan-kawn aku tu, update pasal result, nanti aku pun sama la macam diorang. So, better aku diam. Kalau semua nak update macam tu, nanti news feed tu penuh ngan PMR, PMR, PMR..

Cuti before this, risau pasal PMR, cuti kali ni, risau pasal result pulak. Yang menjadi masalahnya sekarang ni, result sebenar nya pun aku tak tahu lagi. Ada yang cakap 22 Dis, ada yg cakap lepas Christmas. Mana satu ni? Kenapa tarikh rasmi nya tak diumumkan lagi? Tahu tak kami PMR victim ni tertanya-tanya. Tak sabar tapi takut nak ambil. Tu normal! Semua orang mesti rasa macam tu. Tapi, tak tahulah kalau yang memang yakin sangat dapat straight tu, tak rasa camni. Ye lah kan,setiap orang ada kemampuan masing-masing.

Pasal hari nak ambil result nanti pulak, formmate aku rancang nak semua pakai baju kurung putih. The problem is, aku takde baju kurung putih. Jangan lah aku gi buat pasal pakai baju sekolah je terus nanti. *Pakai baju sekolah last year lah! This year aku prefect.* So, aku pun tak tahu lah sekarang ni formmate aku nak teruskan dengan rancangan baju kurung putih or boleh je ringan sikit pakai baju yang ADA PUTIH! 

Kesimpulannya sekarang, semua pelajar tingkatan 3 sekarang ni, termasuk aku, tengah demam result nak keluar! Nak tunggu baik demam ni, , kena tunggu amek result dululah  baru demam ni kebah. =.='

Saturday, December 10, 2011

Excited sangat lah nih. :)

gambar ni ambil dari internet je

Aku terbaca kat facebook yang hari ni ada gerhana bulan. Excited gila aku nak tengok. Pukul 7.30 ptg, aku dah kluar. Takde apa-apa lagi so aku decide nak masuk rumah dulu. Ayah aku pun ada tunjuk artikel yang full eclipse ni pukul 10.30 ++ mcm tu la. Lepas sembahyang Isya', aku terus online dulu. Pastu aku keluar lah lepak kat luar. Aku tak berani sebenarnya, tapi nasib baik ada jiran-jiran aku yang keluar jugak. Ramai lah jugak tadi yang tercongok depan rumah tu. Hehe. Rasa excited pulak tengok orang yang excited nak tengok full eclispe ni.

Aku excited sangat sampai tak habis-habis aku tanya sorang kawan aku ni, "ko tengok x gerhana bulan?". Haha. Dia jawab pun mcam nak tak nak je "tengok laa.." Dah dia jawab mcm tu, aku pun malas dah nak kacau. Tengah try nak tangkap gambar *wlupun x clear*, tiba-tiba Nadia pulak call ! Dia crita lah yang dia tengok gerhana tu kat masjid. Siap pakai telescope lagi. Hisy, ni memang buat aku jeles lah ni! Fine lah Nadia, lain kali biar aku pulak yang wat ko jeles tau! :P

Sambil tunggu tu, aku naik basikal. Best woo cycling malam-malam. Angin dia sejuk je..Nyaman~ Dah boring duduk kat luar, aku decide masuk rumah then online. Bila aku tengok jam, YA ALLAH! Dah pukul 11.20. So, aku duduk kat luar smpi pkul 11 lebih? Biar btul... Aku pun macam tak percaya yang aku lepak kat luar lama sangat. Ingatkan kejap je..So, pengajaran nya kat sini. Sentiasa alert dengan masa. Setiap kali keluar rumah, pakai jam tangan. Kalau harapkan jam phone, aku pun malas nak tengok. =.='

Friday, December 9, 2011

Kena tag! :)

Hari ni aku baca blog orang, pastu tengok dia kena tag. Dalam hati aku, nasib baik lah aku tak kena. Kalau tak, penat aku nak menaip ni. Sekali bila aku jenguk blog aku?! Arhh! Ada tag pulak dah. Daripada Sahira. Chill k Sahira, tak marah pun.. terkejut je :P

Ok ni tag dia. Ada soalan yang macam susah sikit aku nak jawab, tapi terpaksalah aku jawab jugak; -.-'

THE RULES

1. You must post these rules.

2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.

3.Answer the questions that tagged set for you in their post. And create eleven new question for the people you tagged to answer.
4.You have to choose 11 people to tag and link them on the post.

5. Go to their page and tell HIM/HER

6. No tag back !

7. No stuff in the tagging section about "YOU ARE TAGGER IF YOU ARE READING THIS" YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people.




1. My name is Nor Zaimin Nadhirah Amin

2. Peeps called me Zaimin, dari sekolah rendah lagi.

3. Cousins panggil Nadhirah.
4. Aku suka tengok kucing tapi tak suka pegang and kalau kucing mai dekat, aku yang lari.
5. I love my schools, sekolah rendah(STB) dan sekolah menengah (STF)!
6. Aku suka buat lawak.
7. Aku teringin nak main salji.
8. Aku suka pink, purple and orange.
9. I love my friends very muchhy!
10. Aku susah nak approve friend's request kat fb. Da banyak yng aku ignore.
11. I love myself very much! :)



                                                                 Soalan dari Sahira :). 


1. Korang sayang saya takk?

Mestilah sayang! :)


2. Korang suka artis mana dan nyatakan sebabnya. 
Erm, Lisa Surihani sebab dia comel dan pandai berlakon.


3. Korang tak suka ular atau biawak? Wajib pilih.

  Ular



4. Korang sayang parent korang atau boyfriend/ girlfriend korang? 
Mestilaa parents!

5. Adakah perasaan korang kalau diberi peluang couple dgn playboy/playgirl sekolah? 
Terseksa nya, dahla playboy

6. Mana lagi penting, Handphone atau Ipad? 
Handphone

7. Korang suka boy/girl yang macam mana? Hehe, kena jawab jugakk. 
Boy yg tak merokok and yang lain rahsia.

8. Binatang peliharaan korang nama apa? 
Takde binatang peliharaan pun..

9. Korang nak study atau nak bebas? Pilih satu saja. 
Study la, kalau bebas, aku nk buat apa? Boring nanti.

10. Korang suka aircond atau kipas? 
Aircond kot. Sejuk je~

11. Apa habit korang selepas bangun tidur? 
On9 FB jap, pastu mandi. Hehe :P



Soalan aku:



1. Siapa orang yg paling special utk awak?
2. Siapa nama kwn awk yg paling rapat?
3.Sejak bila awak blogging ni?
4. Siapa saya pada awak?
5. Cuti ni, korang selalu tido pukul brp and bgn pukul brp? Jujur tau!
6. Perkara first korang buat bila bgn tidur.
7.  Mana lagi penting, Handphone atau laptop?
8. Apa status korang skarang?
9.Blog yang paling korang suka?
10. Tempat yang korang rasa nak pergi sangat?
11. Korang suka lelaki yang mcam mana?


Orang yang aku pilih utk ditag. :)


yang lain, aku malas dah nak cari..siapa nk buat, buatlah. :P

Thursday, December 8, 2011

Padah angkat call unknown number

Terkejut giler ada unknown number call aku, pastu terjadilah conversation yang buat aku rasa nak gelak.

Me: Helo, siapa ni?
Dia: Err..haritu nombor ni ada call saya.
Me:Haa,, salah nombr kot.
Dia: Saya pun baru kenal nombor ni.
Me: Salah nombor ni, Sory2.
Dia: Ye ke, btol ke salah number.
Me: =.=' ya la, salah nombor kot. Sory2
Dia: Oooh,, ok..

Aku cakap da salah nombor percaya je la. Haish..Dok tanya banyak watpa. -.-'

Wednesday, December 7, 2011

Reunion Untuk Kita-kita Je~


Semalam aku pergi reunion ngan girls dari sekolah rendah dulu. Mula-mula tak boleh pergi, sekali lagi 15 minit nak pergi tu, baru decide nak pergi. Memang kelam kabut habis lah gosok baju. Nasib baik sempat siap. Mula-mula sampai tu tengok takde kawan pun kat kfc. Tapi, bila masuk tengok, rupanya depa dah duduk kat atas. Fuh! Lega..Tunggu punya tunggu, ada lah 2, 3 orang yang lambat sikit. Kami yang dah sampai dulu ni, pergi lah beli food dulu. Aku order cheesy wedges ngan air milo je. Takde selera nak makan ayam sebab 2, 3 hari lepas dah makan dah kfc. Air gas memang aku tak suka. So, air apa lagi yang ada,  order je lah air milo pun. Hehe. Aku dah habis makan baru lah Syairah sampai. Rupa-rupanya dia lambat sebab ada tetamu kat umah dia sampaikan dia xleh kluar umah. Dah habis makan, kami pun jalan2 kat cmart. Kami semua ada lapan orang, so jalan lah ngan partner masing-masing. Partner aku, Syairah! Kami pergi tengok teddy bear lah, tengok baju lah.Gaya mcm nak beli, padahal tengok je pun! Haha.

Kami dah kesejukan kat dalam Cmart tu, so kami decide nak keluar jalan2 kat luar pulak. Aku  ajak Syairah masuk pasaraya Hari-Hari sebab teringin nak dengar dia punya slogan, "selamat datang!!". Hehe. Memang btolla, aku masuk-masuk je, memang dia cakap camtu. Aku ngan Syairah naik tingkat atas then tawaf satu floor terus turun. Kesian jugak dekat kakak-kakak yang sambut kami tu sebab kami masuk untuk suka-suka je. :P


Masuk kedai cenderamata pulak. Gi side teddy bear sebab Syairah nak tengok. Sekali kat situ ada la sorang mamat ni tengah pilih-pilih teddybear! Hehe. Mesti nak bagi kat gf lah tu. Cehceh,, aku ngan syairah dah gelak-gelak dah tengok gaya dia. Pastu, masa kat First Touch(kedai alat tulis), ibu call cakap lagi 15 minit ibu sampai. =,='.

Terpaksalah aku ngan Syairah pergi depan Cmart balik. Masa otw, ada orang call pulak! Tanya aku kat mana. Haha. Ni mesti kes tak jumpa kami lah ni!

Sambil tunggu mak aku, sempat lagi snap pic kat depan tu. Haha. Macam apa je.Biarlah apa orang nak kata. Apa aku kesah~,~.

Btw, smlm memang enjoy abes lah walaupun kejap je. Reunion girls saja lagi best dari reunion campur. Kami bebas nak jalan-jalan. Wee~ Kalau campur, nanti dengan malunya, dengan apanya..Baik tak payah.

Macam dulu pernah buat reunion campur..yang lelaki makan kat kfc, yang perempuan makan kat pizza hut. Apakehal?? Nasib baik lepas tu berjumpa jugak kat tempat bowling. Jadi lah jugak 'reunion'

Monday, November 28, 2011

Minat blogging balik ke?

Sejak kebelakangan ni, minat saya untuk blogging dah timbul balik. Rindu nya kenangan masa darjah enam dulu, masa tu banyak juga la selok-belok blogging ni yang saya tahu. Update blog pun rajin jugak. Tapi, sejak masuk sekolah menengah especially boarding school, saya dah tak blogging. Akhir tahun lepas baru saya buat blog balik sebab ramai schoolmate saya yang dah ada blog so, saya pun jadi berminat balik

Sebenarnya nak cerita betapa seronoknya hari ni sebab saya dah berjaya download adobe photoshop CS3. Saya dapat link download and cara nya dari blog sorang brother ni. Hargai kot sebab saya dah lama dah nak download tapi tak tahu macam mana. Banyak kali jugak saya try download benda ni tapi kali ni baru berjaya. Ada sekali tu, saya salah download. Punya la lama saya tunggu, bila dah habis tengok-tengok salah pula. Bengang sungguh. Kali kedua saya buat, tengah download tiba-tiba laptop terpadam. Rupanya bateri habis. Argh!! Geram dibuatnya.

Kali ketiga pula, saya download pastu ada problem pulak. Tak dapat nak bukak. Kali ni, saya try download kat komputer yang lama, pastu saya masuk thumbdrive dan pergi extract kat laptop. Akhirnya! Berjaya! Puas hati. Tak sabar nak guna. :)

Saturday, November 26, 2011

Saya makin tinggi ke?


 

Tadi kat kedai makan,
Ibu cakap cikgu saya tengah ambil lauk.
Saya terjenguk-jenguk la siapa yang ibu maksudkan sebab ada orang TINGGI nih lindung pandangan saya.
Sekali bila orang tu dah pergi tempat lain.

Jumpa cikgu tadika saya dulu.
Dia cakap saya dah besar!
Huhu..
First time kot saya jumpa cikgu, cikgu cakap macam tu.
Kalau jumpa cikgu sekolah rendah, cikgu sekolah rendah akan cakap, "laa..zaimin ni tak besar-besar pun"


Tula, saya ni memang tak besar-besar. =,='
Cikgu tadika je rasa saya makin besar sebab masa saya tadika dulu saya kecik sangat.
               

Thursday, November 24, 2011

Ready 4 BANJIR!!

Perlis asyik hujan je. Rasanya macam nak banjir kot. Erm, kalau banjir, rumah saya selamat lah sebab kat kawasan tinggi. Tapi yang menjadi masalahnya, nanti tak boleh pergi jalan-jalan. Air pun takde. Balik dari rumah Izzati semalam, sampai-sampai rumah je angah tengah angkat beras masuk rumah. 


Rupa-rupanya ayah dah beli stok makanan sebab takut banjir. Beras 2 kampit. Roti gardenia coklat satu plastik besar. Roti gardenia bonanza 2 bungkus and telur 1 papan. Banyak tak? Kalau banjir, memang kerja kami makan telur je la nanti.


Saya takde pengalaman banjir la. Sebab bila banjir je saya kat johor. Bila johor banjir je saya kat perlis. :) So, ni kalau banjir..xtahulah macam mana nak lalui. Kalau air xde, memang seksa!

Wednesday, November 23, 2011

Perang kami

Tadi, aku tengah aku pakai telekung dalam bilk, tiba-tiba angah(adik lelaki aku yg form 2) dan nizam (adik lelaki yang 5 tahun )   masuk dan bawa senapang dan pistol. Pastu cakap jangan bergerak and then acukan pistol. Aku tangkap la adik  yang lima tahun tu. Memang dia kalah terus lah. Sekali, adik yang form 2 tu cakap, kaklong! lepaskan! pistol ni ada peluru!. Aku cam, hek eleh. pistol mainan je pun.. tiba-tiba si kecik tu cakap, kaklong,, btullah..ada peluru. sekali, si form 2 ni tembak betul-betul. Haha. Pistol air jer! Tapi abes lah basah telekung aku.Pastu aku ngan fadhilah (adik pompuan aku darjah 5) gi serang bilik diorang plak. Dahlah dengan bertelekung lagi. Adik aku rampas pistol air then aku tembak si angah ni smpai basah. Yang kecik pun kena gak. Pastu aku pun gi smayang. Dah abes smayang, fadhilah datang kelam-kabut. Rupanya mak aku dah marah. Habis basah karpet. Haha. Aku wat slumber je la. Pastu makan malam.

Ni, angah dah habis tengok bola, dia start balik dah. Orang dok main laptop dia tembak tangan pakai pistol tembak cicak. Sakit giler kot! Ingat kan skali je, skali dia tembak berkali-kali. Last-last, ni perang mula balik. Aku dok on9, dia dok tembak-tembak.. aku ngan fadhilah wat kubu sambil laptop kat depan. Aku jerit lah kena tembak. Sekali mak aku datang. (mak aku dah tido awal-awal) "Eh, jangan bagi rumah basah tau" Mak aku tak tahu anak dia tembak orang guna pistol tembak cicak. Ngek la adik-adik aku ni. Apada. Yang Din dan Nizam kerja baling-baling bom. Bom nya selipar jepun *erk =,=' mna datang xtahu*. Bantal dan entah pape.
Sekarang aku tengah menaip sambil peluru bertubi-tubi. Haa...












Aduh! Kena tembak kat lengan! Sakit dowh!

Spending time with MY BESTY. :)



Ok, hari ni saya pgi rumah Izzati Husna! My Besty. Actually, saya ada 5 kawan baik. Tapi, umah yang paling dekat is rumah Izzati. Semalam, dalam pukul 11 macam tu, saya chat ngan zati cakap nak ambik buku text sejarah. Sekali, dia ajak datang umah dia tros. I was like, woa! Tak sabarnya. Ingatkan sampai tengah hari je. Sekali, mak dia ajak makan kat umah, so.. txt ibu la cakap nak stay sampai petang. Ibu bagi! And, kami lepak sama-sama dalam bilik dia dari pukul 9 sampaila 4.30 petang. Lama tak? Actually tak lama pun. Kejap je masa berlalu. Cakap-cakap, tengok-tengok jam dah pukul 11.30. Padahal rasa baru je sampai umah dia.

Mula-mula kami sarapan dulu. Pastu, start mengadap laptop. Dia dah on9 fb dia, pastu. kami rasa kebosanan so usha lah movie apa yang dia ada. Sekali aku ternampak movie HANTU BONCENG! Aku cakap nak tengok. Dia bukak movie tu and then gi tutup lampu. =,=' Aku cam.. Erk..Kena ke tutup.? Arh!! Takut!
Izzati gelakkan aku sebab hantu belum keluar aku dah menjerit ambil bantal. Apadaa! Aku tengok hantu tu sekejap je. Pastu da x brani tengok. Macam xde function pulak tengok cerita hantu.

Pastu, kami gossip-gossip. Haha. Lawak btol la bila dah tahu kebenaran for something. Tak sangka kan Izzati? Lepas dah lunch smua, kami smayang then sambung lagi on9. Memang keje on9 je la tadi. Pastu bergambar. Beselah pompuan, x terlepas dari suka bergambar.






Apapun, we have a great moment together! Kepada geng-geng yang lain, jangan marah ye! Kami buat decision last minute iaitu pada pukul 11 malam smlm. Mula-mula rancang nak amek buku sejarah je. :)
Next time kita wat satu geng mau?

Sunday, November 20, 2011

Share a webpage..

Nak shara satu link blog kat sini. Saya sangat kebosanan so, saya tengok movie kat sini je. Senang and banyak movie ada. 

Sunday, November 13, 2011

Petang tadi saya tgk cerciter cinta. Citernya comel lah jugak. Tengok kem tu pulak dekat timah tasoh je. Rasa teringin plak nk pergi. Saya suka kalau dpt buat aktiviti-aktiviti macam tu! Nampak best!



Cuba lah tengok! :P

48

I'm back! Walaupun dh abes form 3, tapi balik kali ni, saya still ada homework lagi yg perlu dibuat. Homework, level baru lah kan...

Chemistry: Folio
BM: Folio
BI: Folio
Sej: Nota bab 1,2, 3,

tapi, yang BAGUSNYA, saya tak bawa balik buku sejarah pun. Lupa terus! Dah simpan dalam kotak dah kat skolah. Takpela. Nanti nak try cari buku rujukan,...

BTW, i just bought a new handphone. Tarikh nya cute giler! 111111... akan disimpan jadi kenangan..
Petang ayah ambil saya kat airport, terus pergi beli sebab ayah dah janji dengan angah. Thx to angah sebab berjaya pujuk ayah. :)

aku punya

angah punya





Sunday, November 6, 2011

Outing bermalam for raya haji, aku just balik umah atok aku je. Family datang dari umah pastu trus pergi umah atok. Petang ni, nak pergi umah pakcik pulak. Esok dah kena balik skolah! But, no worry.. 3 hari je skolah pastu hari jumaat dah balik trus untuk cuti akhir tahun yang memang ditunggu-tunggu ni. Tak sabarnya!! :P

Saturday, September 3, 2011

47

Cuti kali ni aku sangat lah tak berdisiplin.. Aku memang beraya betul. Bukannya beraya sehari macam yang 'bonda' cakap. Tak bolehlah. Rumah atok aku tu memang meriah bila raya.. Sampai aku takde mood nak study. Homework MATH, PAI ngan ENGLISH pun tak siap lagi. Entah bila lah nak buat. Ada orang tanya aku kenapa tak update blog. Entahlah, aku pun tak tahu kenapa. Nak update, tapi takde mood nak type. Kan best kalau apa yang kita fikir terus masuk sini. Tak payah susah-susah nak type kan?

20 Ogos haritu,, semua pelajar STF, kena pindah blok. Kami disusun ikut tingkatan. So, kiranya duduk dengan formmate. Best giler duduk dengan formmate.. Ketua dorm aku dah rancang macam-macam dah.. Hehe. Tapi satu je kelemahannya, bila nak mandi.. dalam toilet tu kecoh giler. Telinga jadi bingit. Semua nak bercakap. Tension dibuatnya. Tapi tapelah, setiap perkara and pro and cons nya kan. So, terima ja lah.

Esok, aku balik sekolah. Pastu tinggal lagi sebulan je lagi untuk PMR. Takut!! Dahlah dengan perangai tak berdisiplin ni. Ya Allah! 

Lepas ni semua budak form 3 kena belajar kat study room je. Semua ni gara-gara program FRS, entah apa namanya. Malas nak ambil tahu. Buat program kat sekolah orang. Sampai aku rasa hidup aku kucar-kacir. Pindah sana, pindah sini. Dahlah blok aku belakang sekali.. Kena pindah pergi blok merah yang banyak giler tangga. Memang penat lah. Aku angkat beg yang berat tu ulang-alik 4 kali. Akhir tahun ni kena pindah lagi! Aduh! Tension betul lah!

Sunday, June 12, 2011

AKU DAH NAK BALIK SEKOLAH! Jumpa lagi cuti raya nnti :)
Tengah sedih sebenarnya ni...Aku tak nak balik!!

Saturday, June 11, 2011

:-)

Aku dah siap pack barang untuk balik skolah esok! SEKOLAH TERCINTAA. Bukannya aku bersemangat nak balik skolah, tapi aku dah belajar dari masa lalu. Selalunya, malam before balik skolah je, mesti aku kena stay up kemas barang. Sangat annoying. Dahlah kalau boleh taknak balik sekolah, tiba-tiba kena stay up pack barang. Macam apa je.. So cuti ni,. pagi tadi aku dah siap pack. Pastu, tergendala jap sebab nak selesaikan kerja kursus punya sikit-sikit. Pasuu, pi CMART pulak beli barang-barang sekolah. Masa nak balik tu,.aku terbertembung dengan kawan aku pulak. Kalau perempuan takpa jugak, ni lelaki. Hadoii~ Terkejut beruk. Terus tukar tempat ngan ibu. Hahaha :P

Balik rumah, lepas smbhyang Asar, kami semua bertolak pergi sekolah angah pulak. Huhu~ Agak sedih nak menghantar dia. Nanti kekurangan satu ahli la malam ni. Sekarang ni dia takda rasa sunyi pulak. Kalau tak, kami selalu lah jugak bertumbuk. *Dia suka tumbuk lengan aku. Dahlah dia  makin kuat. Dulu senang je aku nak lawan. Sekarang ni, bila aku tumbuk dia balik, dia bukan cakap sakit. Dia cakap geli! Kurang asam btoi! Nasib baik tangan aku tak lebam. Rasa sengal-sengal je.Anyway, dia sekolah dekat, so bulan puasa, every week boleh balik. Aku ni yang jauh, simpan dalam hati je la hasrat nak macam tu. Nasib baik skolah aku tak buat sistem macam tu. Kalau tak dah meraung aku tengok budak JB balik buka puasa ngan family.

Takpala. InsyaALLAH, raya nanti leh jumpa lagi.

Friday, June 10, 2011

Bila Basikal Tinggal Satu

Petang tadi, lepas sembahyang Asar, aku keluar rumah. Sekali, aku tengok basikal yang ok lagi tu dah takdak. Hmm. Sapa lagi yang naik kalau bukan adik aku. Aku text dia suruh balik awal sikit. Ok, dia kata pukul 6.15 dia balik. Aku pun masuk rumah balik. Online. Pukul; 6.15 dia tak balik lagi, jadi aku text lagi. Dia kata dia dok main bola dengan kwan2 kat matriks. Adoii, =,=' tadi kata 6.15 nak balik.

Aku pun ajak lah adik aku yang perempuan tu pergi ambil basikal. Sekali, yang kecik dua orang tu nak ikut. Terpaksalah aku bawak. Kalau tak, memekak ja. Bising. Sampai-sampai matriks, aku tengok ada ramai orang kat padang and sebelah padang. Pelik jugak, ada apa kat situ. Rupa-rupanya ada game volleyball. Ada banyak kereta, motor, van and bas. Aku cari adik aku tak jumpa. Dahlah dok bertembung dengan pelajar-pelajar kolej yang lelaki. Buat malu ja. Nasib baik lepas tu jumpa adik aku. Masa nak ambil basikal, tiba-tiba ada sorang akak ni ajak aku berbual pulak. Dia tanya, anak pensyarah kat sini ke? Blablablaa..Lepas tu, aku ngan adik-adik pun balik. Yang aku geram.. adik aku senang-senang ja tinggal kan aku jalan sorang-sorang.Kurang asam btoi! Menyesal aku ajak dia. Rasa nak cubit-cubit ja dia tu. Bila orang marah, dia sengoh-sengih. Heh.!

Aku nak pujuk jugak ayah aku baiki basikal Bila jadi camni, kan susah. Berebut-rebut!

Wednesday, June 8, 2011

wee~ kerja kursus geografi aku dah siap! aku berbangga sebab aku tak type. Aku tulis sendiri ok? Korang? Korang type kan? Hehe *statement jeles kat org yg type sbb sng gilor keje.

Now, tinggal

BI-PMR past years papers
BM- surat untuk PM
SEJ-kerja kursus

Aku geram betul lah kena buat kerja surat-surat ni. Haih~ org xdak idea! Satgi aku buat aku jadi Kanang, pengsan orang nak baca.



Haritu aku demam sehari. Padan muka! Malas minum air lagi! Pening kepala +batuk + selesema, semua ada!
Pecah rekod! Aku makan roti separuh pastu malam tu pukul 10 bru makan nasi.  Masa family aku breakfast, aku tengok je la. Macam sedap udang-udang tu. Bila aku rasa sikit...takdak rasa! Pahit je kot! Alhamdulillah sehari ja demam tu.

Demam ni start dari adik aku yg form 2 tu, pastu pi yg kat darjah 5, pastu mai kat aku pulak. Pastu, semalam adik yang drjh 2 pulak. Aiyoyo~ Main pass-pass pulak! :P

Skrg ni, batuk dan selesema still ada! Sapa xmau jangkit, jangan mai dekat!

Friday, June 3, 2011

Happy ~~~..~~~

Salam semua! harini aku happy! petang tadi aku berpeluang jumpa geng aku! kami semua berjumpa kat library arau. tapi yang sedihnya, nadia dan syairah takdak due to some personal reasons. xpela.. lain kali boleh jumpa lagi. chill k? :D

mula-mula rancang nak pergi pukul 10 pagi. tapi syairah cakap dia tak boleh pergi pagi. kalau petang, insyaALLAH boleh. lagipun hari jumaat takut tutup masa tengahari. so, kami tukar rancangan. Kami rancang nak pergi pukul 2.30 petang. Hayziera pulak kata ayah dia hanya boleh hantar pukul 2.00 ptg. Ok, nak jumpa punya pasal, aku setuju nak datang pukul 2.00.

1.20: tgk cerita Rafique. tetiba rasa cerita ni comel pulak. Hehe.
1.40: tersangkut pulak dengan cerita Klik.

ibu pun tegur "kaklong, nk pergi pukul brp?"
hmm, klah..aku pun pergi sembahyang. Then, bertolak. Alah, ambik masa berapa minit je pun nak pergi library tu. Kejap je dah sampai.

Aku sampai-sampai je pintu pagar tutup!Aku call Hayziera then bagitahu dia. Aku dengar bunyi menderu-deru and aku dapat agak tu bunyi angin sebab dia naik motor. K, beberapa minit lepas tu dia sampai... Klah, kami berdua terpaksa tunggu bawah pokok depan rumah sape-sape ntah. Kami pun gosip-gosip lah *tu je kerja KAMI yer*  Bila kereta atau motor lalu, kami tunduk. Malu kalau ada orang nampak! Hehe. Setelah tunggu punya tunggu, badan pun dah berpeluh, pagar pun bukak. Aku tengok jam, 2.45!Wah! Aku tak perasan kami berdua dah menunggu pagar tu selama 45 minit.

Sampai-sampai tingkat atas, kami buat kerja sekolah. Tiba-tiba ada orang bisik kat telinga aku. Aku dah terkejut dah. Rasa macam jantung nak terkeluar *ok, aku tipu*. Rupanya Izzati (!) Haih,, wat terkejut orang je. Pastu, Izzati ajak kami tukar meja. Pergi meja bulat! Tapi, meja bulat tu untuk lelaki. Eleh, dalam library tu hanya ada kami. Jadi, apa kami kesah kan? Kami tukar meja then tutup sign lelaki tu dengan buku-buku.. Haha. *Agak nakal di situ*.

Lepastu Ina pulak datang. Meja kami pun start kecoh lah jugak. Buat homework sambil makan (!) gula-gula, sambil sembang. Tapi, homework still buat ok! Jangan kata kami tak buat! Leka sangat buat kerja + sembang +makan, kami turun bawah. Ambil angin segar. Pastu, masing-masing tunggu parents ambil. Sambil tu, imbau lah balik kenangan dulu-dulu. *Ceh! Macam lama sangat ja*

Alhamdulillah, pergi libary, homework aku dapat lah dibuat. Kalau kat rumah, jangan harap! Aku malas!

Thursday, June 2, 2011

37

malam ni, hati aku baru terbuka nak buat homework. tadi homework tak jalan pun. kecewa dgn diri sendri..

Wednesday, June 1, 2011

Lipas serang aku!

hmm. harini aku start fikir pasal homework pukul 10.30 malam. Aku teringat texting aku ngan feza petang tadi yang aku nak tolong dia scan kan soalan English PMR papers yg 2008, 2009 dan 2010. Aku pun stop baca novel *bknnya nak buat homework or study* dan bukak scanner ni. Sekali bila nak hantar kat dia, pc pulak slow. Adoyy~ Takpala. Esok aku hantar.

Masa aku nak bukak scanner tadi, tiba-tiba aku rasa ada benda tajam-tajam atas tangan aku. Aku ingatkan apa. Sekali bila aku tengok, LIPAS tgh merayap!!! Apa lagi, terus jerit sambil lari ke arah adik. Pastu peluk dia sambil lap-lap tangan yang ada lipas tu kat dia. Alhamdulillah lipas tu terjatuh. Kesian adik aku , tak pasal-pasal dia sekali terkena lipas. :P *kakak yang sharing* HAHAHA

aku rasa ESOK aku berazam nak buat homework karangan for PMR 2008 la. Try dulu habiskan satu paper. Kita tengok macam mana... Harap-harap berjaya laa..

Rupanya, ada hikmah aku masuk asrama. Kalau aku kat rumah, mesti aku lalai dengan hiburan semua ni. TV, INTERNET, PHONE + NOVEL. Kat sekolah pun ada novel..tapi bila kita tengok orang lain buat kerja, kita pun ada semangat nak bersaing. Sebab, tak nak diri sendiri ketinggalan.

Tuesday, May 31, 2011

Bosan, bosan, bosan.
Homework tak jalan-jalan.

Aku nak naik basikal, masalahnya... basikal aku rantai putus. Nak naik basikal adik aku, tak boleh. Petang-petang dia bawa pergi mana ntah. Adoii~ Nak pujuk ayah baiki basikal aku. :P

Monday, May 30, 2011

HOMEWORK MENIMBUN!!

aku nak listkan homework kat sini. kalau tak list, aku takkan sedar-sedar yang homework aku menimbun!

BM-karangan surat untuk PM
BI-2008, 2009, 2010 PMR papers. (paper 1 and paper 2)  *gila bnyk!!
Math- 14 soalan graph of functions.  *2 soalan lagi x buat.
Sej-kerja kursus sej
geo- kerja kursus geo
Sc- worksheet, nota chp6, 
Pai- set soalan
kh-2 set soalan
 tau tak, ustazah aku kata, cuba wat cuti ni macam hari sekolah jugak. belajar sendiri sampai pukul 3.20 ptg. woa.menguji mental betul la. orang lain kata insya-ALLAH, aku diam je sebab aku takut tak dapat nak buat. sory ustazah.

pengajaran;
aku kena kurangkan online and baca novel. :(

Sunday, May 29, 2011

33


 BACA JA LA. AKU NAK MERAPU.

harini aku pergi makan kenduri kat dua buah rumah. rumah First tu kat pokok sena, kedah. Aku ngantuk dalam kereta. tapi, ayah tak bagi tidur.

jangan tidur nanti muka sembab nak pi kenduri.
takpalah ayh,kaklong tau nak buat camna.
camna?
bangun tidur then senyum, nanti tak sembab la.
      aku
      ayah

pastu, aku terus tertidur.hehe. aku terbangun masa on the way nak sampai dah tu. ada backhoe kecik.  rumah pun banyak kat kiri kanan. tapi aku pening-pening lalat pastu tertidur balik. haha. masa dah sampai tu, memang muka orang bangun tidur la. tapi aku senyum sorang-sorang terus muka normal balik.berkesan jugak amaln aku ni.aku amek nasi pastu tetiba adik cakap,

kaklong, nanti ada kenduri satu lagi.
kenapa x ckap awal-awal.?

       aku
       adik

kalau dia cakap awal-awal, boleh aku bajet nasi sama rata. Ni tak, dah terlebih. takut nanti rumah satu lagi dah kenyang pulak. nasib baik adik aku ambik sikit nasi aku tu. kalau tak, adoii''...

leapstu pi kenduri kat padang besar pulak. yang ni aku malas aku cerita. sampai rumah dalam pukul 6.30 lah jugak. pastu aku malas nak keluar dah nak senja.  :)

Saturday, May 28, 2011

32

aku baru sampai rumah pukul 2 pagi semalam. pastu mandi. lepas tu, semua orang dah tidur, aku pulak unpacked barang2 masuk laci. aku pun tak tahu kenapa balik kali ni rajin sgt nk unpacked barang. before this, malas nak unpack. huhu~

semalm kat sekolah sangat bosan nak tunggu pergi airport.  hari khamis aku tengok coaster aku pukul 8 mlm. fine, so, hari jumaat aku pun relax2 la pukul 6 nak pergi dinner. tiba-tiba ada announcemet, sapa yg naik flight sila ke warden office.
sekali cikgu  cakap,

c: awak dah siap belum ni? saya nak call teksi.
a: belum
c: awak nak siap pukul berapa? coaster pkul 6 kan?
a: eh tak cikgu,  8 malam.
c: cuba awak tengok kat jadual tu.

aku pun selambanya pergi tengok jadual.

arh!! jadual dah tukar..! bila masa pulak tukar. aku tak tahu.
lari-lari aku balik dorm masukkan barang dalam beg. nasib baik takde barang tertinggal!
semalm mmg kecoh habis la. nasib baik aku naik teksi ngan seorang form 5 ni.  tak takut lah sangat. aku rasa macam lama sanagt dalam teksi tu. dia cakap dia nak lalu highway sebab nak elak jam. bila tak sampai-sampai, aku dah risau. takut kena culik ke apa ke. haha> merapu je fikir cmtu..

sampai kat airport, kepala macam nak pecah. pening gile. after naik flight tu, aku cam terkejut lah jugak sebab seat aku sebelah lelaki. arh! tak suka! aku berharap sangat seat sebelah kanan aku kosong. alhamdulilah, seat tu kosong. apa lagi, aku pun tukar lah tempat. baru aman sikit nak tidur. dengan suasana yang gelap tu aku dapat tidur ngan nyenyak.. wah. best gila. bangun tidur baru sakit kepala ok. :D

Monday, May 2, 2011

31

outing bermalam! aku balik rumah sepupu. dari hari jumaat lagi dah duduk kat sini tapi harini baru nak tulis blog. hehe. malas dan takde idea laa...minggu depan aku ada exam setara sbp. takut! nanti masuk ranking antara sbp. aku tak study apa-apa pun lagi. tak sempatla,, kerja sekolah banyak.:P

aku kena sakit mata. tapi dah ok dah sekarang ni, alhamdulillah, kalau tak semalam mata aku merah sebelah. 

ada satu perkara yang sangat lawak berlaku. masa tu. pukul 11 mlm. aku ngan spupu tgh tengok tv kat bawah. tiba2 abg dia dgn kawan dia yg pegi tgk bola kat kedai tu bukak pintu. aku ngan spupu ni dah terkejut. tak sempat fikir apa2 dan tudung pulak kat atas, aku terus lompat pergi kat tangga. sepupu aku  dah naik tangga dulu kat depan . aku terlompat atas dia.pastu kami berdua naik tangga bukan berdiri, tapi merangkak. balik bilik terus gelak-gelak. yg si sepupu ni dia takut kawan abang dia terdengar dia ketawa kuat. :P

Sunday, March 20, 2011

30

aku dah nak balik skolah ni. bulan lima jumpa lagi ya! :D

nnti ada sports day, hari keusahawanan dan EXAM lagi!!

Saturday, March 19, 2011

30

thanks to kawan2 aku yang mai umah aku tadi. sebenarnya aku tak tau apa2 pun pasai ampa smua nk mai umah. tiba2 je adik aku terkantoi sebut nama izzati. so, aku pun tertahula
 .*apala adik aku ni, nak buat surprise terkantoi pulak.

TO


Izzati
Nadzifah
Farid
Izzat
Izhar
Nabil
Karim
Hazlami 
dan dua org lagi (sory xtahu nama)

anda membuatkn sya tersenyum. soryla kalau ampa x puas hati ngan aku ke apa. jgn kata aku sombong plak sebab tak mau cakap. aku memang xtau nak cakap apa tadi. ++ aku malu. terkejut pun ada... bukan sikit. BANYAK!!

kwn2 lain yang x mai umah pown wat aku tersenyum gak. ramai gila wish kat fb. xlarat aku nk balas setiap post korang so aku like je la ye. thx sgt2. :D

yg call, yg message pun thx. harini keja aku ngan handphone ja. :P

THANKS FOR MAKING ME SMILE ON MY BIRTHDAY!  

saya sayang anda2 semua! 

Friday, March 18, 2011

29






siapa setuju dengan ayat di atas? = aku setuju

*ini sudah masuk topik lain

tepat jam 10.45 malam tanggal 19 Mac 2011, genaplah aku 15 tahun. tak sangka kan aku dah 15 tahun hidup kat dunia ni. rasa masa kejap je masa berlalu. terima kasih dekat ibu dengan ayah yang membolehkan aku lahir ke dunia ni. kalau tak, aku pun tak kenal matahari tu apa, bulan tu apa..

tahun ni juga, aku kena strive for PMR. aku kena buktikan yang aku boleh genggam LAPAN tu. hope kawan2 aku dapat doakan yang terbaik untuk aku ya!

28

yeah! dah sampai pun result exam aku. aku berdebar2 sebenarnya tunggu result exam ni. bukan aku yang pergi ambil kat peti surat ya. aku tengah duduk2 dengan mak aku tetiba aku nampak ayah aku tengah baca surat. aku macam dah agak tu surat result aku. so, aku pun jenguk2la. rupanya betul. tak sabar2 aku nak tengok. aku tunggu ayah aku dah habis,  aku ambil bawa depan tv. tengok result dengan jantung yang berdagdigdug. hrm, ni la resultnya.


nama aku pun eja salah, haish =,='





   
result first exam
 Alhamdulillah, aku dah buat yang terbaik, Ni lah keputusannya. Nak pertingkatkan lagi untuk mid year. Harap2 dapat 90++ pula.

Makin berdebar-debar plak bila teringat PMR! :p

Thursday, March 17, 2011

27

hrm,,, sedap pulak makan milo sambil tgk tv. crita org tu nk lepaskan diri dri anjing liar.
masa iklan plak, ada iklan hantu. aku dh x smpt nk larikan diri. tutup mata je la.
adik aku tu plak tros lari tinggalkan aku. haish =,=' kejam btol la.
korang tkut x tgk iklan hantu? larikan diri x? kalau aku, malas sgt nk larikan diri..aku tutp mata dan telinga je.
inilah contoh budak penakut. hehe :P

next, aku nak ucapkan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada Cik Syairah kita, sebab dah tolong aku. Dia sanggup datang umah sebab nak hantar bahan-bahan untuk sejarah ni. Kesian dia. Aku tak sempat nak pakai tudung and tukar long-sleeved, so aku minta la adik aku ambilkan. Aku cakap ngan dia di sebalik pintu je. Erm, sory Syairah. Sempat lagi tu dia menghulurkan sesuatu warna hitam and oren . Nak tahu apa? Tissue case. Sangat comel. Ada sulaman nama aku lagi. Thanks sangat-sangat. Aku suka.
ni la yg dia bagi

ni la Syairah! salah seorang dari my best frenz 4eva


Aku ngan syairah rancang nak jumpa. Tapi dia busy. Ada kelas kat sekolah. Takpalah. Berkorban untuk PMR, nnti PMR dh habis. Kita enjoy with 6G! :-D

Wednesday, March 16, 2011

crita aku mlm ni

tadi call fieza. my lovely tablem8. ckp pasal tiket.
tetiba termasuk topik hw. dia dh siap smua kecuali geog ngan sc, aku? geog dan sej blom siap lagi yerp.
pastu dia crita la pengalaman dia dia menemu ramah kat mp sungai petani.
pengalaman dia tu dgr cm best, tpi kalau aku yg lalui..aduh~ dh cabut dulu.
abes story mory, aku masuk bab mintak2 hadiah birthday plak.

jgn lupa hadiah deskmate kau ni..
err, hadiah?
yeah, birthday aku..
nk hadiah ke?
sah2 la nak.
ok2 insyaAllah
ko nak x?
bleh gak
ok, aku pun kalau nnti kalau aku pgi kedai, aku bli.
   aku
   syafeza

HAHA.. sempat lagi tuh. niat asal nk ckp pasal tiket balik umah jer.

appreciate it

quintys;
aku syg korang.
sgt menyokong aku nk wat hw ni.
tnya je soalan kt group tu, pasti ada org akan jwb.
bkn tu je kot..smua bnda laa.

yeah. bila duduk asrama, i learned kwn mean big things for us.
kta akan lebih menghargai kwn. sbb  bkn masa kta hepy je kwn ada, skit, sedih smua sama2
makan, blajar. buat duty blok, kna marah pun sama. :P
dedicate 3S, kna marah sbb wish birthday. aduh=,=' pengalaman btol
so quints,
aku nk dedicate lagu ni. . tadahlah telinga tu dgr. bkk besar2
.pause kn dulu lagu blog aku kt bawah tu tau. nnti x psal lagu bercampur2 plak


PMR saeng LAPAN ! 144,

Tuesday, March 15, 2011

kerja kursus buat kepala pecah =,='

tdi punya la aku tension pk kerja kursus sej ni.
nk pgi sana, nk pgi sini.
skali bila mak aku suruh kluar kn kertas soalan.. aku bca balik smuanya ada kat internet jwpn tu.
tpi aku nk gak pi library kangar. cri maklumat lagi, lagi dan lagi. 
biar bertimbun-timbun pun xpa asal lengkap suda..
 haa..pasal masalah ni dh selesai.

bila aku tension, aku nk ada org dgr masalah aku. share story.
so, msa tu sorang je yg aku ingat,

 SHAMIRA NASIM.
dorm8 tercintaa yg slalu aku share crita.
thx gila Shamira. ko sanggup dgr celoteh aku ni.
hmm..
after call kau aku rsa lega and happy.



p/s: malam ni 1st time aku tdo lmbt slama aku balik cuti kli ni. slalunya 12 mesti dh tido.
jgn esok bgn lmbt sudaa~

lagu baru diletak

lupa nk bgitau.
blog ni ada lagu bru.
tpi lagu piano je la.
dgn music player nya wrna pink
*pink lagi.:P
so spe yg teringin nak dgr tu sila bkk volume laptop anda dgn semaximum mungkin
:D

kemalasan~

hw x jalan lagi.
huh. malas sgt nk buat.

:D

my skulmate smua tgh kecoh2 pasal kerja kursus geo
aduh~ aku je xde mood nk wt lagi.

spupu bru balik terengganu smlm. then, ayah tros ajak pgi alor setar.
aku cdgkn kat ayah jom pgi kedai buku then dia setju.
akhirnya fail yg aku cri2 tu jumpa gak! puas aty.
bli buku latihan dan novel gak*wajib larr

p/s: 4 days to go b4 my birthday. then i'll be 15. :D

Sunday, March 13, 2011

lalalala

malam ni makan sambal ketam!
ibu masak. dh lama teringin. dri kt skolah lagi.
:P msti mlm ni berebut ngan asma' nk ratah ketam.
hahaha
gelak jahat.

petang tadi aku nak kluar tapi ada crita best. tros x jadi.
dh abes bru aku kluar.
qanitah suruh bwa dia naik basikal. tpi dia berat la.
xlarat nk bwa.
:P
qanitah jgn marah ye..

Saturday, March 12, 2011

homework tersayang~

ni list of my homework, nilah sebabnya yg akan mmbuatkn aku jarang on9.
:P.

SC- PAMPHLET (GROWTH)
BI-WORKSHEET(2)
GEO-WORKSHEET,KERJA KURSUS, NOTA
SEJ-KERJA KURSUS
PAI-WORKSHEET,CORRECTION EXAM, NOTA
KH-WORKSHEET, PEMBETULAN
BM-KARANGAN
M3-WORKSHEET

yg dah potong tu maknanya dh siap.
hw math, xde kat aku lagi sbb aku balik awl,
classmates tlg passupkan kat form 2 perlis. 
nnti amek kat umah dia.

hw mcm ni x mengejutkn sgt sbb aku mmg dh biasa balik cuti BANYAK hw..
tpi, membebankn gal lah ya.
beg aku berat sbb buku,

Friday, March 11, 2011

ways to PMR

haritu kat skolah ada majlis aku janji.
target GPS PMR this year mula2 1.01, tpi, lpas tu.. PUAN ASHAH SAMAH cakap, dia nak STFians  1.00
harap2, STFians dpt capai GPS ni.
buktikan STF boleh!!




then, 

first exam msA BLAN feb HRITU, 
alhamdulillah dpt 8A.

M3=94
SN=82
GEO=97
KH=93
SEJ=88
BI=92
BM=90
PAI=87

tingkatkan lagi usaha! make sure mid year dpt 90++

Saturday, February 5, 2011

aku merapu lagi~

hello smua!
esok aku da balik skolah.
erm,,21st feb ada exam,
wargh!! tkut2. aku x study apa2 lagi..

bln 3 bru balik plak..
aku rindu rumahla..

tdi aku pgi umah asma'
my spupu aka kembar(mka sma)
makan bihun sup.
perut x lapa xpi nk rasa gak bihun sup tu.
dah makan, aku tmbh plak.
hehe..sedap laa..
makan otak2 ngan cheese tart gak
kejap je dok umah dia..
xpuas nk main.
xpe, ayah ckp bln 3 nnti dia and family dtg umah..
hehe..welcome2 :P
aku ska! sbb ada kwn la nnti.

bila aku tulis je mesti jdi merapu~
knp??



Wednesday, February 2, 2011

~~'

PMR, PMR, PMR. takotnya!
minggu dpn dhh start skolah.
exam. cuaknya.
x study lagi.
huhu~

Monday, January 31, 2011

konFliK

waa!! konflik2. ayh dah nak book ticket bln 3. 
masalhnya, intan ngan fiza balik naik bas plak . aduh, dh la yg jumaat tu ada 8 pagi and 9 mlm je,
aku xtau nk plih yg mna. klu nk mintak skolah book kn bas, nnti naik bas apa.
hesh~ knflik dalaman tol la..
klu 8 pagi, tkot cikgu mrah, and miss subject yg nk hri jumaat. klu amek yg 9 mlm, lmbt sgt plak.
aduh~
nk no minhah.. nak tnya statemate aku ni nk pilih yg mna, klu dia pown pilih 8 pagi, fine, aku pilih 8 pagi.
aku tkut balik sensorang jer.
trok aku nnti. 
aduh~~

Sunday, January 30, 2011

i'm back!!

halohalo!
i'm back with so much h.work and new photos.
hehe. skrg kat kl agy. malam ni bru smpi umah. nnti la bru upload gmbr.
but not here.. kat fb la..

aku ada dgr khabar angin yg fb akan ditutup. btol ke??
eii.. jgn la.. xde fb, apa aku nk wat.
h.work? xkn nak wat h.work je.
*padahal, bnyk gi keja lain bleh wat. :P.

smlm, jalan2 ngan ayah kt sogo and klcc.
penat la. lenguh abes kaki.
tpi hrini ok da.
hmm..

kat skolah, i really miss ma frens..
dh balik ni.. brp org je yg tgor aku.
huhu..xpela..depa sibuk study tu..
bkan cam aku.. balik cuti, on fb.
ehei,,but h.work still jalan k..
pasti siap punya! insyaAllah.!

dhla. aku ni mengarutngarut plak.
every perenggan tajuk crita lain2. pening org nk baca. haha