Wednesday, December 28, 2011

Thursday, December 22, 2011

MY RESULT!

Alhamdulillah aku dapat 8A. Lepas subuh aku tak tidur dah then nak habiskan masa, aku tengok cerita Princess Hours kat Tonton. Pastu, aku send sms ke 15888 pada pukul 9.57 then tunggu dalam beberapa minit, tak dapat-dapat. Baru je aku nak sms kawan aku tanya sebab kenapa lambat dapat reply dari 15888 tu, tiba-tiba mesej masuk. Aku da cuak. Pastu, aku tengok dari 15888. Baca bismillah then read inbox. Jantung masa tu dup dap dup dap. Alhamdulillah aku berjaya dapat straight A! :)


RM0.20 PMR: 96031902**** JB009KOO8 8A. Keputusan penuh boleh diperolehi di sekolah/JPN. Terima Kasih

Pastu, terus forward kat ayah. After that, terus handphone aku tak berhenti bunyi. Mesej asyik masuk je. Jenuh jugak aku nak balas. Then, da start tanya khabar kat orang lain. Alhamdulillah STF ada 129 orang dapat 8A. Congratzz tu you my formmates. Even ada yang tak dapat straight a pun x pela. We have tried our best kan? SPM masih ada. 

klik untuk zoom


Wednesday, December 21, 2011

Heart Skips A Beat

Dah masuk 22/12 dah. Hari ni result kluar. Text kawan aku tadi then dia cakap dia tak boleh tidur. Aku teringat plak satu lagu ni. Memang sesuai sangat dengan aku skrg ni. Tapi, aku punya takde kaitan dengan love lah. Aku punya result punya pasal.

#Wordless Wednesday



Ini budak form 3 STF aka formmate aku. Esok, our PMR's result akan keluar. Dud dap dup dap.
Doakan the best for us. 144 straight As.

Tuesday, December 20, 2011

Happy Birthday!

Baru perasan. Rupa-rupanya blog ni dah genap setahun! :)
Takde hadiah untuk blog ni kot sebab malas nak fikir. 
Tengah sibuk nak tengok cerita korea online!
:)

bersamaaan umur aku 15 tahun ,  9 bulan dan 1 hari :) 


p/s:  Nak main game sim kat laptop. Bila tengok kawan main, teringin pulak. Dekat ps2 tak best sangat laaa..

Semangat!!

Ok, result PMR memang dah confirm 22 DISEMBER. Jadi, kami QUINTESSENCE memang rasa cuak dan berdebar-debar. And, ni sebagai tanda kami semangat untuk tahu outcome for all our hard effort.


Kami tukar dp kami dengan gambar a day before PMR. Ada la beberapa orang kat atas ni yang bkan batch aku. Tercapub kejap. :)

Ni kat group. Tengok, semua dp sama je. :)

Thursday, December 15, 2011

Jatuh Hati Lah!

My Girl 2005 Korean My Girl
Ni la cerita yang jadi kegilaan aku sekarang. Aku ni dah ketinggalan zaman KOT. Orang lain dah lama dah tengok cerita ni. Aku baru je nak tengok! Aku start minat cerita korea ni sejak tengok FULL HOUSE(outdated drama lagi!). Pastu, aku tengok Princess Hours. Lepas tengok dua drama ni, aku jatuh cinta kat korean drama. 

Ni watak-watak utama dalam cerita MY GIRLS.

Ceritanya macam ni, datuk si lelaki ni nak sangat jumpa cucu dia yang dah lama hilang. Pastu, lelaki ni kena cepat sebab datuk dia dah nazak sangat dah. Bila lelaki ni tengok perempuan ni, pandai berlakon,  dia mintak tolong. Lama-lama, lelaki ni jatuh hati kat perempuan ni. Perempuan ni pun simpan perasaan kat lelaki ni jugak.

Pastu, kalau anda, anda ni nak tahu lagi, sila search kat internet ya! Tak larat pulak nak cerita :P


Next, dulu, masa darjah 4 aku pernah tengok drama korea ni, tajuk nya Stairway To Heaven.
Ni hero nya. Tapi aku dah x ingat nama.

 Memang feeling habis lah. Dah la hero dia ensem + cute! Tapi, sampai situ je la. Pastu aku tak tengok dah drama korea ni. Mai cuti sekolah kali ni, dah jatuh hati pulak dah! Susah~

So, semalam first time this year kot, aku tak tido sebab nak tengok CD MY GIRL yang aku baru beli. Lama  cerita dia ni. Dah la DVD player aku ada problem sikit. Tak boleh fast forward, remote rosak. Jadi, aku kena tengok straight sampai habis lah. Dah pagi tu, cerita ni ada 1 jam lagi nak habis, kepala aku dah pening sangat dah. Ya la kan, tak tidur satu hari! Tapi aku tahankan jugak. Habis cerita tu ja, terus serang katil! Waduh! Harini aku jadi burung hantu!

Aku berazam nak beli lagi cd ni. Haha. Biar khatam cerita korea! Tak minat sinetron dah, I prefer korean drama lagi! :)

Wednesday, December 14, 2011

#Wordless Wednesday



Ni first time aku wat entry utk #WORDLESS WEDNESDAY ni.. :)

Monday, December 12, 2011

Result PMR Punya Pasal

  • Aku takut result PMR!
  • Countdown for PMR!
  • Solat hajat!

Kat facebook, kebanyakn kawan-kawan aku yang ambil PMR this year, semua nak update status cmni. Aku yang x buat macam tu pun jadi risau jugak. Aku pun risau jugak pasal result PMR yang memang dah dekat ni. Tapi, kalau aku pun macam kawan-kawn aku tu, update pasal result, nanti aku pun sama la macam diorang. So, better aku diam. Kalau semua nak update macam tu, nanti news feed tu penuh ngan PMR, PMR, PMR..

Cuti before this, risau pasal PMR, cuti kali ni, risau pasal result pulak. Yang menjadi masalahnya sekarang ni, result sebenar nya pun aku tak tahu lagi. Ada yang cakap 22 Dis, ada yg cakap lepas Christmas. Mana satu ni? Kenapa tarikh rasmi nya tak diumumkan lagi? Tahu tak kami PMR victim ni tertanya-tanya. Tak sabar tapi takut nak ambil. Tu normal! Semua orang mesti rasa macam tu. Tapi, tak tahulah kalau yang memang yakin sangat dapat straight tu, tak rasa camni. Ye lah kan,setiap orang ada kemampuan masing-masing.

Pasal hari nak ambil result nanti pulak, formmate aku rancang nak semua pakai baju kurung putih. The problem is, aku takde baju kurung putih. Jangan lah aku gi buat pasal pakai baju sekolah je terus nanti. *Pakai baju sekolah last year lah! This year aku prefect.* So, aku pun tak tahu lah sekarang ni formmate aku nak teruskan dengan rancangan baju kurung putih or boleh je ringan sikit pakai baju yang ADA PUTIH! 

Kesimpulannya sekarang, semua pelajar tingkatan 3 sekarang ni, termasuk aku, tengah demam result nak keluar! Nak tunggu baik demam ni, , kena tunggu amek result dululah  baru demam ni kebah. =.='

Saturday, December 10, 2011

Excited sangat lah nih. :)

gambar ni ambil dari internet je

Aku terbaca kat facebook yang hari ni ada gerhana bulan. Excited gila aku nak tengok. Pukul 7.30 ptg, aku dah kluar. Takde apa-apa lagi so aku decide nak masuk rumah dulu. Ayah aku pun ada tunjuk artikel yang full eclipse ni pukul 10.30 ++ mcm tu la. Lepas sembahyang Isya', aku terus online dulu. Pastu aku keluar lah lepak kat luar. Aku tak berani sebenarnya, tapi nasib baik ada jiran-jiran aku yang keluar jugak. Ramai lah jugak tadi yang tercongok depan rumah tu. Hehe. Rasa excited pulak tengok orang yang excited nak tengok full eclispe ni.

Aku excited sangat sampai tak habis-habis aku tanya sorang kawan aku ni, "ko tengok x gerhana bulan?". Haha. Dia jawab pun mcam nak tak nak je "tengok laa.." Dah dia jawab mcm tu, aku pun malas dah nak kacau. Tengah try nak tangkap gambar *wlupun x clear*, tiba-tiba Nadia pulak call ! Dia crita lah yang dia tengok gerhana tu kat masjid. Siap pakai telescope lagi. Hisy, ni memang buat aku jeles lah ni! Fine lah Nadia, lain kali biar aku pulak yang wat ko jeles tau! :P

Sambil tunggu tu, aku naik basikal. Best woo cycling malam-malam. Angin dia sejuk je..Nyaman~ Dah boring duduk kat luar, aku decide masuk rumah then online. Bila aku tengok jam, YA ALLAH! Dah pukul 11.20. So, aku duduk kat luar smpi pkul 11 lebih? Biar btul... Aku pun macam tak percaya yang aku lepak kat luar lama sangat. Ingatkan kejap je..So, pengajaran nya kat sini. Sentiasa alert dengan masa. Setiap kali keluar rumah, pakai jam tangan. Kalau harapkan jam phone, aku pun malas nak tengok. =.='

Friday, December 9, 2011

Kena tag! :)

Hari ni aku baca blog orang, pastu tengok dia kena tag. Dalam hati aku, nasib baik lah aku tak kena. Kalau tak, penat aku nak menaip ni. Sekali bila aku jenguk blog aku?! Arhh! Ada tag pulak dah. Daripada Sahira. Chill k Sahira, tak marah pun.. terkejut je :P

Ok ni tag dia. Ada soalan yang macam susah sikit aku nak jawab, tapi terpaksalah aku jawab jugak; -.-'

THE RULES

1. You must post these rules.

2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.

3.Answer the questions that tagged set for you in their post. And create eleven new question for the people you tagged to answer.
4.You have to choose 11 people to tag and link them on the post.

5. Go to their page and tell HIM/HER

6. No tag back !

7. No stuff in the tagging section about "YOU ARE TAGGER IF YOU ARE READING THIS" YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people.




1. My name is Nor Zaimin Nadhirah Amin

2. Peeps called me Zaimin, dari sekolah rendah lagi.

3. Cousins panggil Nadhirah.
4. Aku suka tengok kucing tapi tak suka pegang and kalau kucing mai dekat, aku yang lari.
5. I love my schools, sekolah rendah(STB) dan sekolah menengah (STF)!
6. Aku suka buat lawak.
7. Aku teringin nak main salji.
8. Aku suka pink, purple and orange.
9. I love my friends very muchhy!
10. Aku susah nak approve friend's request kat fb. Da banyak yng aku ignore.
11. I love myself very much! :)



                                                                 Soalan dari Sahira :). 


1. Korang sayang saya takk?

Mestilah sayang! :)


2. Korang suka artis mana dan nyatakan sebabnya. 
Erm, Lisa Surihani sebab dia comel dan pandai berlakon.


3. Korang tak suka ular atau biawak? Wajib pilih.

  Ular



4. Korang sayang parent korang atau boyfriend/ girlfriend korang? 
Mestilaa parents!

5. Adakah perasaan korang kalau diberi peluang couple dgn playboy/playgirl sekolah? 
Terseksa nya, dahla playboy

6. Mana lagi penting, Handphone atau Ipad? 
Handphone

7. Korang suka boy/girl yang macam mana? Hehe, kena jawab jugakk. 
Boy yg tak merokok and yang lain rahsia.

8. Binatang peliharaan korang nama apa? 
Takde binatang peliharaan pun..

9. Korang nak study atau nak bebas? Pilih satu saja. 
Study la, kalau bebas, aku nk buat apa? Boring nanti.

10. Korang suka aircond atau kipas? 
Aircond kot. Sejuk je~

11. Apa habit korang selepas bangun tidur? 
On9 FB jap, pastu mandi. Hehe :P



Soalan aku:



1. Siapa orang yg paling special utk awak?
2. Siapa nama kwn awk yg paling rapat?
3.Sejak bila awak blogging ni?
4. Siapa saya pada awak?
5. Cuti ni, korang selalu tido pukul brp and bgn pukul brp? Jujur tau!
6. Perkara first korang buat bila bgn tidur.
7.  Mana lagi penting, Handphone atau laptop?
8. Apa status korang skarang?
9.Blog yang paling korang suka?
10. Tempat yang korang rasa nak pergi sangat?
11. Korang suka lelaki yang mcam mana?


Orang yang aku pilih utk ditag. :)


yang lain, aku malas dah nak cari..siapa nk buat, buatlah. :P

Thursday, December 8, 2011

Padah angkat call unknown number

Terkejut giler ada unknown number call aku, pastu terjadilah conversation yang buat aku rasa nak gelak.

Me: Helo, siapa ni?
Dia: Err..haritu nombor ni ada call saya.
Me:Haa,, salah nombr kot.
Dia: Saya pun baru kenal nombor ni.
Me: Salah nombor ni, Sory2.
Dia: Ye ke, btol ke salah number.
Me: =.=' ya la, salah nombor kot. Sory2
Dia: Oooh,, ok..

Aku cakap da salah nombor percaya je la. Haish..Dok tanya banyak watpa. -.-'

Wednesday, December 7, 2011

Reunion Untuk Kita-kita Je~


Semalam aku pergi reunion ngan girls dari sekolah rendah dulu. Mula-mula tak boleh pergi, sekali lagi 15 minit nak pergi tu, baru decide nak pergi. Memang kelam kabut habis lah gosok baju. Nasib baik sempat siap. Mula-mula sampai tu tengok takde kawan pun kat kfc. Tapi, bila masuk tengok, rupanya depa dah duduk kat atas. Fuh! Lega..Tunggu punya tunggu, ada lah 2, 3 orang yang lambat sikit. Kami yang dah sampai dulu ni, pergi lah beli food dulu. Aku order cheesy wedges ngan air milo je. Takde selera nak makan ayam sebab 2, 3 hari lepas dah makan dah kfc. Air gas memang aku tak suka. So, air apa lagi yang ada,  order je lah air milo pun. Hehe. Aku dah habis makan baru lah Syairah sampai. Rupa-rupanya dia lambat sebab ada tetamu kat umah dia sampaikan dia xleh kluar umah. Dah habis makan, kami pun jalan2 kat cmart. Kami semua ada lapan orang, so jalan lah ngan partner masing-masing. Partner aku, Syairah! Kami pergi tengok teddy bear lah, tengok baju lah.Gaya mcm nak beli, padahal tengok je pun! Haha.

Kami dah kesejukan kat dalam Cmart tu, so kami decide nak keluar jalan2 kat luar pulak. Aku  ajak Syairah masuk pasaraya Hari-Hari sebab teringin nak dengar dia punya slogan, "selamat datang!!". Hehe. Memang btolla, aku masuk-masuk je, memang dia cakap camtu. Aku ngan Syairah naik tingkat atas then tawaf satu floor terus turun. Kesian jugak dekat kakak-kakak yang sambut kami tu sebab kami masuk untuk suka-suka je. :P


Masuk kedai cenderamata pulak. Gi side teddy bear sebab Syairah nak tengok. Sekali kat situ ada la sorang mamat ni tengah pilih-pilih teddybear! Hehe. Mesti nak bagi kat gf lah tu. Cehceh,, aku ngan syairah dah gelak-gelak dah tengok gaya dia. Pastu, masa kat First Touch(kedai alat tulis), ibu call cakap lagi 15 minit ibu sampai. =,='.

Terpaksalah aku ngan Syairah pergi depan Cmart balik. Masa otw, ada orang call pulak! Tanya aku kat mana. Haha. Ni mesti kes tak jumpa kami lah ni!

Sambil tunggu mak aku, sempat lagi snap pic kat depan tu. Haha. Macam apa je.Biarlah apa orang nak kata. Apa aku kesah~,~.

Btw, smlm memang enjoy abes lah walaupun kejap je. Reunion girls saja lagi best dari reunion campur. Kami bebas nak jalan-jalan. Wee~ Kalau campur, nanti dengan malunya, dengan apanya..Baik tak payah.

Macam dulu pernah buat reunion campur..yang lelaki makan kat kfc, yang perempuan makan kat pizza hut. Apakehal?? Nasib baik lepas tu berjumpa jugak kat tempat bowling. Jadi lah jugak 'reunion'