Friday, March 31, 2017

Paris Trip 27-29 March

27-29 Mac haritu, saya pergi Paris France dengan kawan-kawan KY dan Imperial. Kami pergi 9 orang! Ramai kan! Hahaha. Mula-mula risau juga macam mana nak gerak 9 orang ni, ramai sangat. Tapi end up, okay saja bila semua bagi kerjasama. Yalah, semua dah besar, pandai-pandai lah urus diri sendiri. Kami naik train Eurostar dari London St Pancras dan turun di Gare de Nord, Paris. Perjalanan 2 jam lebih kurang. Kejap saja. Selalunya tiket Eurostar ni mahal, tapi masa kami beli tu, ada promotion. So pergi balik dalam 56 pound rasanya (mahal juga sebenarnya tapi once in a lifetime kot?). Dah lupa sebab dah lama beli.



Day 1


So, my chilhood dream is fulfilled. Dapat naik Eurostar. Dulu pernah tengok kat Extreme Engineering pasal Eurostar ni. Dia unik sebab laluan keretapi ni lalu bawah laut. Eh bawah laut ke dalam laut? Haha oh my Malay! Tempat paling dalam ialah 50 m dan tunnel bawah laut ni, 50.45 km. Saya bayangkan maybe akan nampak ikan, obor-obor? Tapi lepas dah dalam train, gelap saja sekeliling tu. Maksudnya kat bawah laut dah lah tu. Dalam terowong. Saya pun baru terfikir, takkanlah dia nak bina struktur guna kaca, lutsinar, boleh nampak dalam laut kot. Mestilah bahaya. Bawah laut, pressure tinggi! Hahaha. Okay kawan-kawan, bayangan/angan-angan meleset sikit. Kalau nak tengok ikan bawah laut, pergi lah Aquaria kat KL tu. Aduh. Lawak bila teringat balik angan-angan childish ku.



ihsan Google
Kami beli tiket pagi, jadi lepas sampai tu, kami naik Uber, hantar beg pergi rumah Airbnb. 40 minit perjalanan. Kami sepatutnya ada 9 orang, tapi 4 orang saja yang naik Uber dan bawa semua beg simpan kat rumah. Ramai orang pesan, pergi Paris hati-hati. Banyak orang dah kena tipu, atau kena penyeluk saku. Jadi, kami ambil langkah berjaga-jaga untuk simpan beg kat rumah supaya tak lah obvious sangat kami ni pelancong. Lepas solat zuhur dan asar, saya dan 3 orang lagi kawan keluar semula dan kami naik RER dan Metro (mcm komuter/lrt/tube dan sewaktu dengannya). Jarak dari rumah ke stesen Metro, ialah 20 minit jalan kaki. Sepanjang jalan  tu, ada beberapa kedai kebab halal. Kawan saya singgah beli makanan. Kat sini lah language barrier kami teruji. Kawan saya order, dan kata nak take-away. Tapi orang tu tak faham. Kawan saya siap buat gaya, tunjuk luar kedai. Ingatkan pekerja tu dah faham, sekali dia datang kat tempat kami duduk bawa makanan untuk dimakan kat kedai tu.  Kawan saya kena tunjuk lagi sekali gaya nak keluar, sambil cakap "out...out...". Lawak betul situasi waktu tu.

Tempat pertama kami pergi ialah Arc de Triomphe. Tempat ni macam tugu peringatan untuk pahlawan-pahlawan Perancis. Saya tak sure ada kubur ke apa bawah tu.

The Arc de Triomphe honours those who fought and died for France in the French Revolutionary and Napoleonic Wars, with the names of all French victories and generals inscribed on its inner and outer surfaces. Beneath its vault lies the Tomb of the Unknown Soldier from World War I.

Kami ambil gambar kat tengah jalan. Dia macam sediakan tempat khas untuk orang berdiri ambil gambar. Takut juga sebab betul-betul tengah jalan kan. Kita memang put trust kat driver tu supaya jangan terbabas ke apa ke. Kat sinilah pentingnya trust tu. 

Bulatan di tengah jalan




Next, kami jalan kat Champs-Élysées . Ingatkan benda ni macam bangunan atau tempat apa-apa. Kami jalan jauh kat tempat tu, baru sedar, yang tempat ni macam Oxford Street/Chow Kit Road. Memang tempat shopping. Panas betul waktu tu. Matahari terik macam kat Malaysia. Lama dah tak rasa macam tu. Saya pelik tengok orang kat kedai-kedai makan tepi jalan tu, semua makan/minum sambil kerusi menghadap matahari. Macam berjemur macam tu (terlupa nak ambil gambar pula). Kami singgah Ladurée (kedai Macaroon terkenal kat Paris). Saya cuba makan Macaroon kat kedai tu. Lembut dan sedap! Satu macaroon, 2.10 euro. Sebelum beli tu, tanya dulu samada makanan tu suitable for vegetarian dan samada ada alcohol ke tak. Semua okay untuk dimakan kecuali satu sahaja. Tak ingat yang mana.
 Ladurée 
Ihsan dari Google

Lepas tu, kami naik Metro pergi Musee de Louvre (muzium yang ada potret Mona Lisa). Nasib tak menyebelahi bila muzium tu tutup. Jadi kami ambil gambar kat luar saja. Pukul 8 dah, tapi masih cerah. Maghrib masuk pukul 8.20 pm macam tu. Tak sedar dah malam!


Kawasan sekeliling Musee de Louvre

Pintu masuk Musee de Louvre


Day 2

Kami pergi Disneyland Paris dan luangkan masa sepanjang hari kat sini. Perjalanan dari rumah jauh, dalam 1 jam 30 minit sebab kena tukar metro 2 kali baru naik RER (RER yang dua tingkat tu). Kawan saya tertinggal printed Disneyland dia kat rumah kat London. Jadi masa on the way pergi Metro Station, kami singgah tadika yang ada kat laluan ke Metro Satation tu untuk pinjam printer. Saya cakap English dengan cikgu tadika tu, dia tak faham. Nasib baik ada sorang kawan saya dia pernah belajar French masa kat TKC dulu. Dia cakap "do you have" in French tapi printer tak tahu apa...jadi kami guna google translate. Alhamdulillah masalah selesai.

RER dua tingkat


Trademark Disneyland. Istana Belle dalam Beauty and the Beast

Pertunjukan bunga api dan lampu kat sini waktu penutup Disneyland.

Day 3
Dari rumah, kami naik Metro ke Catacoumb. Kubur kepada 6 million orang? Tiket mahal, dalam 12 euro. Kami kan student, duit melancong pun ikut gaya student lah. Jadi kami tak masuk. Haha.

The Catacombs of Paris (French: Catacombes de ParisAbout this sound  ) are underground ossuaries in ParisFrance, which hold the remains of more than six million people[1] in a small part of the ancient Mines of Paris tunnel network.

Rasa sia-sia pergi sini sebab tak masuk Catacoumb. Kami decide untuk jalan-jalan sikit tengok sekeliling. Ternampak kedai Paul (popular untuk roti-roti kat France). Kami singgah makan Baguet (roti panjang dan keras). Memang serius keras. Boleh buat senaman gigi dan gusi. Tak tahu kenapa orang France minat sangat. Mungkin sedap kalau makan dengan mushroom soup kot.
Paul Bakery kot nama dia. Tak sure pula.

Lepas tu kami pergi Eiffel Tower, dan kat sini memang kena berhati-hati sebab kawan saya dah terkena penyeluk saku kat sini masa dia pergi first day. Kan kami ada 9 orang, jadi kami pecah kepada dua group. Dia pergi sini waktu saya dan lagi 3 orang pergi hantar beg kat rumah Airbnb. Nak masuk kawasan Eiffel Tower tu kena pass by security. Kat bawah tu rasa selamat sikit. Kami keluar dari kawasan bawah Eiffel Tower tu pun sebab nak ambil gambar full video. Banyak orang approach sebab nak jual souvenir. Kena betul-betul berhati-hati dan keraskan hati untuk bertindak kejam, buat-buat tak nampak. Sebab depa banyak trick untuk tiba-tiba tanpa kita sedar, duit dalam poket beg, dah tak ada.(Bukan nak sangka buruk, tapi kena extra berhati-hati). Masa saya dan kawan beli souvenir, kawan saya dah keluarkan duit siap-siap dari beg, tapi bila tak cukup, kawan saya buka poket beg untuk ambil duit lagi. Tiba-tiba ramai orang yang jual-jual tu datang dekat sekeliling kami. Kami minta tolong untuk 3 lagi kawan, tengok kami dari jauh, takut ada apa-apa yang mencurigakan. Alhamdulillah okay selamat. Bila nak beli aiskrim, ramai pula lahhh pelancong Melayu kat kedai tu nak beli juga aiskrim. Orang Malaysia suka aiskrim ke? Haha.

Nasib baik ada kawan saya berdiri sebelah sebab dia kata saya hati lembut sangat, orang tegur nanti saya pun membalas teguran. Aduh. Dah macam bodyguard dah dia jaga saya. Thanks to her and I wish for more friend like her.  Nak ambil gambar Eiffel Tower ni banyak dugaan. Kami ambil giliran berdiri tengah-tengah jalan (jalan tak busy sebab dia macam roundabout kat Masjid Putrajaya tu). Sorang tukang ambil gambar, sorang gambarnya diambil, sorang lagi tolong tengok kereta datang ke tak. Lawak. Saya ada rekod video behind the scene ambil gambar tu, tapi video tu hilang! Sebabnya memori phone saya full dah. Tak sangka, 14 Gb dalam phone saya boleh habis, untuk 3 hari kat Paris. Hahaha.
Eiffel Tower

 Tempat terakhir kami pergi ialah Notre Dame Cathedral. Struktur bangunan ni unik sebab dia ada curve kat luar tu. Nak support struktur bangunan tu yang tak kuat bila dia melengkung ke luar. Kat sini, polis dia meronda naik kuda kat tengah-tengah jalan!

The Notre-Dame de Paris was among the first buildings in the world to use the flying buttress. The building was not originally designed to include the flying buttresses around the choir and nave but after the construction began, the thinner walls grew ever higher and stress fractures began to occur as the walls pushed outward. In response, the cathedral's architects built supports around the outside walls, and later additions continued the pattern. The total surface area is 5,500 m² (interior surface 4,800 m²).

Nampak tak macam ada penyokong tu untuk support struktur bangunan tu. Bahagian atas.
Kami balik rumah Airbnb naik Uber sebab baru terasa kepenatan berjalan sepanjang hari masa kat Disneyland masa hari kedua tu. 30 minit naik kereta. Penat sampai tertidur-tidur. Lepas solat zuhur dan asar, kami check out dari rumah dan pergi Gare de Nord untuk Eurostar pukul 8.13 malam. Kat imigresen kena tunggu lama sebab kat bahagian "ALL PASSPORT" waktu tu, satu kaunter saja yang dibuka. 7.45 malam, kami masih kat imigresen. Kami dah datang awal tapi proses imigresen tu lama sangat. 

Bila dah sampai London, bersyukur sangat sebab orang sekeliling dan papan tanda semua, dalam Bahasa Inggeris balik. Barulah kami faham apa yang ditulis. Kalau tak, tak faham!


Tips travel
1. Beli tiket yang kita akan sampai kat destinasi waktu pagi, supaya kita boleh gunakan hari tu sepenuhnya untuk mulakan bersiar-siar. Kalau perjalanan tu lama, tidur dalam bas/keretapi tu. Jimat juga kos penginapan untuk satu hari.
2. Uber lebih berbaloi dari teksi sebab kita dah bayar sebelum naik. Jadi, kalau jalan jammed ke apa ke, dia tak charge extra untuk masa. Kalau teksi guna metre, jalan jammed pun, which is bukan salah kita, kita akan di charge.
3. Pergi kawasan yang banyak penyeluk saku macam Eiffel Tower masa hari terakhir. At least kalau duit hilang pun, kita dah guna untuk hari-hari sebelumnya tu. 
4. Nak lebih berhati-hati, padlock beg galas tu. Tak kisahlah orang nak cakap apa. Saya padlock beg saya. Hahaha :P
5. Kalau pelancongan yang melibatkan imigresen, datang stesen tu awal supaya tak kelam-kabut. Proses imigresen lama.
6. Sebelum melancong, belajar sikit-sikit bahasa negara tu macam cara nak cakap terima kasih, sorry dan sebagainya. Yang lain boleh guna google translate. Tapi make sure ada mobile roaming, atau beli simcard negara tu bila sampai kat stesen. Masa saya pergi, sorang saja antara 9 orang tu yang ada simkad yang boleh diguna kat France. Dialah segalanya untuk kami bergantung dan tengok google translate.
7. Hidup akan lebih senang kalau download RATP dan Citymapper (peta transportation kat negara orang). Jangan lupa download Uber juga. Kalau pergi Disnyeland, download apps Disneyland Paris supaya dapat tengok waiting time untuk satu-satu attraction tu.
8. Cari kawan yang boleh tepati masa supaya pelancongan menjadi lebih tersusun.


Credit to Google untuk info dan beberapa gambar.


2 comments:

  1. Promo jap. Channel Easy Languages untuk belajar basic phrases terutamanya bahasa-bahasa Europe https://www.youtube.com/user/magauchsein

    ReplyDelete