Monday, June 4, 2012

Kelebihan Wanita Muslimah Berbanding Lelaki

Berikut merupakan keistimewaan wanita menurut Islam, menunjukkan betapa Islam begitu menghormati dan menghargai para wanita yang sholehah. Berbahagialah engkau wahai bidadari penghuni syurga…… !

1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

3. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.

4. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” tanya Aisyah kembali, Jawab Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1000 lelaki yang jahat.

22. Rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum air susu ibu (asi) kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn),maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

37. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

38. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

39. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

40. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.


Alhamdulillah, senangnya wanita nak dapat pahala. Tapi ingat! Nak dapat dosa pun senang. Kalau tak tutup aurat, berdosa. Tutup aurat tapi nampak bentuk badan pun berdosa. So, ingat-ingatlah ya!


p;/s: terbaca kat laman web pastu rasa nak share. sorry tak ingat laman web apa.

Sunday, June 3, 2012

Trip ke KL dengan train

Baru balik dari kl. Percutian 1 hari 2 malam. Dua-dua malam tidur kat atas keretapi. Seronok! Katil pun empuk. Masa malam nak pergi kl tu, family aku dapat katil dekat dengan pintu. Bising sebab orang asyik bukak tutup pintu tu. Pastu, ada pulak mamat bangladesh ni duduk kat pintu tu borak-borak. Aku nak tidur pun terganggu.

Aku and family naik train tu dari arau pukul 7.06 minit. Lepastu, dah settle down dalam keretapi, ayah aku suruh sembahyang dulu. So, aku pun pergi lah toilet tu. Toilet memang sempit lah. Nasib baik badan aku kecik. *Tetiba aku rasa untung jadi orang kecik*.

Ayah suruh sembahyang kat bawah, tapi aku nak jugak sembahyang kat katil aku. So, aku pun naik atas. Muatlah jugak. Sembahyang duduk. Then, lepas semua dah siap sembahyang, ayah ajak pergi cafe . Jalan kat dalam tu memang terhuyung hayang habis. Jauh jugak nak sampai kantin. Orang pun ramai. Jadi, jalan pun tersekat-sekat. Dah sampai kat situ, kami makan maggi :) Dah lama aku tak makan maggi ni. Mahal lah jugak. 1 cup maggi tu RM 4. Nasi lemak RM 5. Memang boleh pokai lah.

Lepas makan, aku dah tak tahu nak buat apa. So, aku baring je terus. Malas nak tunggu hadam. Sambil dengar mp3, aku texting dengan orang. Lama gila kami bertexting. Sampai pukul 12 lebih. Sempat jugak aku tanya soalan sensitif. :) And, jawapan dia buat aku terharu. Aku tertidur masa texting tu sebab dah ngantuk sangat.

Sampai kl lebih kurang pukul 6 pagi, lepastu pergi sembahyang subuh. Ingatkan nak mandi dulu, tapi shower room tak bukak lagi, so terpaksa lah pergi makan dulu. Lepas dah siap mandi semua, ayah ajak pergi Gombak. Nak tengok UIAM.So, aku ikut je. Masa naik bas tu, kepala aku terhantuk kat tingkap sebab aku tertidur. Mengantuk yang kronik!

Then, kami terus pergi Berjaya Time Square. Main kat situ sampai petang. Kaki pun lenguh gila. Masa mula-mula masuk, ada hantu kacau kami. Aku tak puas hati tengok dia dok gedik kacau orang sangat, aku pergi dekat dengan dia...pastu angkat kain hitam yang dia pakai tu. Aku terus larikan diri. Hantu tu kejar aku!! Tapi, dia tak boleh lari lah. Nanti hilang effect hantu pulak. Dia jalan je. Haha. Aku rasa hantu tu tak puas hati kot dengan aku.

And, selama 16 tahun aku hidup,, semalam adalah kali pertama aku naik roller coaster. Aku takut sebenarnya, tapi aku nak jugak rasa pengalaman tu, jadi aku beranikan diri. Masa naik benda tu, aku rasa macam nak terjatuh bila dia terbalik.. fuh! seram plus ngeri gila.Jantung macam nak terkeluar dah. Benda tu laju and bila sampai kat tempat yang curam, dia perlahan. Aku sempat betul-betulkan poket aku jugak sebelum dia laju balik.  Bila dah sampai kat stop dia, aku rasa lega gila. Bila turun tu, aku berpeluh-peluh and jalan pun melayang..Seram tapi best sebab adventurous. :)


Ada satu mainan yang dipanggil Oortz Express. Kat sini, benda tu laju gila sampai aku ter menggelungsur ke adik aku. Dah try nak pegang besi tepi, tapi mesti terlepas jugak sampai aku rasa macam nak tercampak keluar dari tempat duduk. Aku tabik lah kat sorang mamat ni. Dia berjaya pegang benda tu tanpa menggelungsur pun. Kuat gila tangan dia. Budak kat belakang aku pulak sampai terbaring-baring. :P

Tu je kot. Yang lain tu macam mainan biasa-biasa je. Malam tu, naik keretapi balik. so, pagi tadi baru sampai rumah. Apapun, experience naik keretapi sangat best. Badan pun tak penat :)


p/s: gmbr kat atas ni search kat internet je sebab aku tak banyak tangkap gambar pun.