Tuesday, August 22, 2017

Book Review : Do No Harm by Henry Marsh

Fuh akhirnya habis juga baca buku pasal neurosurgery. Neurosurgery tu apa? Surgery yang melibatkan otak.

Ada part yang ngeri, ada part berdebar, but at least I learnt new vocabularies about brain parts, and I learnt that surgeons also have their nervousness and uncertainty every time there are going to do an operation on their patient. For brain surgery, it is a matter of life and death and it is quite rare to see a risky operation to be so successful that no damage is done to the nerve on the face. Maybe the patients' face would be paralysed, they will become deaf, and many more consequences. However, no matter how bad the consequences are, sometimes the patients are willing to face it as long as they can still be alive. Even they know that they will have the risk of being in vegetative state if the operations went wrong.

Great surgeons learnt through lots of experiences and failures. Even to the extend of the death of their patients. Emotional detachments from the patients should be exercised, but human being, cannot escape it completely. When we see the patients for many years, with recurring cases, automatically the attachments would be there.

So, appreciate the surgeons, guys. They get paid high because they are doing a high risk job. 👍

Do No Harm by Henry Marsh


People with an interest in neurosurgery are recommended to read this book. I am more interested to learn about human psychology instead of the physical task of the brain parts.

New vocabularies

1. Cranial nerve-The cranial nerves are 12 pairs of nerves that can be seen on the ventral (bottom) surface of the brain. Some of these nerves bring information from the sense organs to the brain; other cranial nerves control muscles; other cranial nerves are connected to glands or internal organs such as the heart and lungs.

2. Embolized

3. Basilar artery-The basilar artery is part of the blood supply system for the brain and central nervous system. It is formed where the two vertebral arteries join at the base of the skull. The basilar artery carries oxygenated blood to the cerebellum, brainstem, and occipital lobes.

List of cranial nerve

Basilar artery




Sebenarnya banyak lagi term term penyakit berkaitan otak ni. Tapi complicated lidah nak sebut so tak ingat. 😂  At least tiga yang saya listkan tu, yang basic untuk saya rakyat marhaen ni ingat.

Wednesday, August 16, 2017

How to Withdraw Money From Your Oversea Account?

Bila balik Malaysia dan nak guna elaun biasiswa dari akaun oversea (United Kingdom), mesti mula-mula kita tak pasti macam mana nak keluarkan duit kan? Nak kena transfer ke akaun Malaysia melalui online banking dulu, atau boleh terus pergi atm machine dan keluarkan duit?

Jadi jawapannya, dua-dua cara boleh digunakan. Yang membezakannya ialah sama ada susah atau senang. 

Cara pertama : Terus keluarkan duit dari ATM Machine
1. Pastikan kad atm oversea kita tu, ada logo 'Visa' atau 'Mastercard'.

MasterCard

Visa
2. Pergi ke mana-mana mesin ATM di Malaysia/mana-mana negara yang ada logo ni, dan masukkan nombor pin akaun oversea anda.

i. Macam mana nak buat kalau akaun UK, nombor pinnya ada empat nombor saja? ATM machine di Malaysia, kena masukkan enam pin...

Caranya, masukkan saja empat pin akaun oversea kita tu, dan tekan 'enter'. Taraa, dah boleh keluarkan duit. Pilih menu 'simpanan/saving'. Bukan 'semasa/current' ya. Bukan juga 'kredit'.

Tapi tapi, bukan semua atm machine boleh buat macam tu. ATM Machine bank Islam, masih belum boleh nak buat macam tu. Mesin tu masih memerlukan enam pin ditekan, baru boleh access akaun kita. 

CIMB pula, saya cuba keluarkan duit, masukkan empat pin, boleh access tapi bila nak keluarkan duit, masih tak boleh. Saya tak pasti apa masalahnya sebab saya dah maklumkan pada akaun oversea saya, yang saya akan ada di Malaysia untuk tempoh ni. Jadi, tak mungkin masalah akaun oversea saya kan.

Jadi, saya keluarkan duit dari ATM Machine Maybank. Alhamdulillah, dengan Maybank, boleh keluarkan duit! Bolehlah makan banyak-banyak dan jalan sana-sini hehe. 

Saya tak diberi pilihan untuk pilih conversion rate, jadi saya tak tahu. Saya hanya mampu buka online banking saya dan convert sendiri. Estimate rate saja lah yang boleh dibuat sebab of course dari jumlah yang ditolak tu, ada juga charge yang dikenakan oleh bank oversea dan bank Malaysia.

Semoga cara ni membantu menjimatkan masa kawan-kawan untuk tak perlu pergi ke satu-satu bank untuk cuba keluarkan duit.

Cara kedua: Transfer duit dari akaun oversea, ke akaun Malaysia. 
1. Guna online banking, transfer duit ke akaun kita di Malaysia. Kena tahu nombor akaun bank Malaysia kita.

Cara ni agak leceh kalau kita dah ada di Malaysia dan baru nak transfer. Sebab, bagi akaun saya, Lloyds' Bank, setiap kali kita nak set up akaun baru untuk di'transfer' duit dari akaun kita di Lloyds' Bank tu, dia akan call kita (machine), ataupun mesej. Kita kat Malaysia kan tak guna sim card UK, jadi agak leceh.

Tapi, mungkin cara ni tak leceh untuk pengguna Barclays. Saya tak tahu cara lebih lanjut sebab kawan saya yang guna akaun tu. Cuma dia cakap, cara bank dia, lain sikit. Mungkin sesiapa yang berminat nak tahu, boleh tanya pengguna Barclays terus.

Wednesday, July 26, 2017

Journey Home and Home...

(This entry is written on 18th July and baru hari ni rasa nak post)

Assalamualaikum, dah lama saya tak tulis blog. Saya sekarang ada kat Malaysia, balik 10 Jun haritu dari Heathrow Airport, London. Sampai Malaysia 11 Jun, 8.45 pagi. Saya naik flight Emirates Airline. Alhamdulillah selesa sangat. Perjalanan dari London ke Dubai International Airport (transit), ambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit (saya dah tak ingat). Tapi yang menariknya, flight tak penuh, jadi, seat kat bahagian belakang-belakang, setiap orang dapat 3 seat sebab seat kosong. Pada mulanya, seat saya sebelah tingkap, tapi bila flight dah gerak, dan sebelah saya kosong, saya pun baring lah. Mula-mula baring acah sopan lah. Kaki still kat bawah. Tapi tak lama lepas tu, bila saya tengok orang lain baring dah gaya macam kat rumah, apa lagi, saya pun guna lah kesempatan tu. Bukan senang nak dapat selesa macam tu. So, tutup badan guna selimut, dan terus tidur. Memang lega lah sebab malam sebelum tu, saya memang tak tidur sebab flight saya pagi, jadi pukul 5.30 pagi dah kena keluar rumah. Masa tu bulan puasa, sahur pukul 3 pagi, jadi saya pun terus tak tidur lah. Terawih habis pukul 12 malam. Nyenyak tidur, hilang penat. 


Tengok, orang seat sebelah tu dah baring.


Dubai view from the plane


Flight dari Dubai International Airport ke Kuala Lumpur International Airport ramai orang. Jadi, tak berpeluang lah nak selesa sangat. Saya dapat seat sebelah tingkap, dan nasib baik seat tengah kosong, pastu baru ada sorang businessman dari Dubai tu duduk kat aisle seat. Jadi tak lah rasa rimas sangat. Saya hanya pergi toilet masa nak solat saja (tu annoyingnya kalau duduk seat bahagian dalam, rasa bersalah nak kacau orang). Masa solat, tak tahu lah pakcik businessman tu fikir apa, tapi saya tahulah dia tengok saya solat hahaha. 

Jadi, bila sampai rumah, macam biasa, buat rutin Ramadhan, dan tak sempat nak update blog (sebenarnya malas). :P

Okay, so apa yang saya buat selama sebulan lebih kat rumah ni? 

Setakat ni, saya hanya baca buku, buat kerja-kerja rumah, tengok tv, main handphone, kacau adik, belajar lesen, join volunteering dan ada lah beberapa aktiviti lagi. 

Masa minggu pertama sampai rumah, semangat nak baca buku masih berkobar-kobar. Satu minggu habis empat buku. Maybe I should do book reviews? Barulah saya sendiri tak lupa apa saya baca, dapat share juga. Acah-acah macam Program NILAM masa kat sekolah dulu. Zaman sekarang ada program NILAM lagi tak?

Okay, sebenarnya dah type sikit tadi tentang buku apa yang saya baca tapi maaf, mood tak rajin tu dah datang balik. Jadi, lain kali saja lah ya? 

Saya seorang yang akan baca buku ikut mood. Jadi, at one time, mungkin saya akan baca tiga/empat buku. Masalahnya ialah, penanda buku tak cukup, kadang capai saja apa yang boleh dicapai kat sebelah. Pembaris, kertas, pen, kad, apa-apalah yang boleh buat tanda, asalkan buku tu tak rosak. Nak lipat buku memang tak lah, no way!

Jadi, saya jumpa satu cara. Caranya ialah, beli bookmark buku yang warna-warni tu macam ni, lepas tu letak kat page mana yang kita baca. Saya rasa cara ni lagi berkesan kot sebab jimat pun jimat, dan boleh lebih spesifik letak kat page mana, atau perenggan mana yang kita berhenti baca. 

Tu sticky warna purple tu😂

Tapi, kalau orang nak hadiahkan penanda buku pun bagus juga sebenarnya. 
(Thanks 😊🌹  )


Okay, tu saja tips untuk kali ni. Lain kali ada tips lagi, saya share. Mungkin you guys can share your life tips juga?