Tuesday, June 6, 2017

Random Memories

Terbaca blog Vivy Yusof pasal memori dia masa kecil-kecil dulu. It reminds me of my childhood memories too. Masa kecil dulu, kalau rumah black out, kami satu family akan naik kereta pergi jalan-jalan sebab nak aircond. Nak elak panas tu. Lepas tu, agak-agak dah lama sikit, kami akan balik. Saya, memang selalu tidur dalam kereta ni. Dannnn taktik saya dan adik-beradik ialah, kami akan tidur saja walaupun dah sedar dah yang dah sampai depan rumah. Sebab? Sebab nak ayah angkat masuk rumah. Hehe. So manja so tak larat nak dilayan. Lepas tu, masa ayah angkat tu, sedar saja, tapi buat-buat tidur. 👅

Guess my children will do the same too one day? Macam Vivy, what she did to her mom (buang semua biji strawberi), anak dia buat juga. Haha. 😅  So, saya kena behave lah sekarang ni kan? Tak boleh nak manja sangat. Aduhh.

Oh lagi satu, ayah suka mengusik. Kalau tengah naik kereta malam-malam tu...ayah tiba-tiba akan buka tingkap kereta. Takutlah sebab kat tepi jalan tu semua gelap. What if tetiba nampak lembaga apa-apa? And you know what is my trick? I know my father so much that bila lalu tempat gelap, saya akan tarik suis tingkap tu ke atas...so that oppose dengan ayah saya kalau dia nak turunkan tingkap. Hahaha.

Lepas tu, my favourite thing is bila hari ayah cuti, saya dan adik akan teman ayah pergi buat urusan kat bandar (bayar bil dan lain-lain). My favourite thing bukan pergi dengan adik, favourite thing is heart to heart talk dengan ayah. He knows okay, so beware guys...😏

Dengan ibu, selalu juga heart to heart talk. Especially kat dapur. Rasa seronok jadi anak sulung sebab jadi macam kawan baik ibu. Lepas tu adik-adik selalu menangkan saya. Maybe sebab saya dari kecil dah sekolah jauh, kolej jauh, sekarang belajar tempat lagi jauh...so adik-adik rasa sayang lebih. Yalah, jauh di mata dekat di hati. I guess distance creates appreciation?

Tadi masa call family pun, masyaAllah kecohnya adik-adikku. Tak tahulah  nak dengar mana satu. Ya lah, sekarang kan tengah cuti sekolah. Tinggal saya dan adik lelaki besar saja yang jauh dari family. I can't wait to go home! I miss everyone so much. My brother will be there for me to act as the eldest and I,  can be the immature one hahaha. (Evil laugh). Berdebar nak naik flight balik Malaysia. Lama dah tak naik flight lama-lama ni.

Saya dah habis segala projek, kelas, field trip dan sebagainya hari Isnin( haritu?). Isnin baru berlalu semalam ke...rasa macam dah lama berlalu. Tak tahu nak buat apa ni...Packing barang tak start lagi, tapi biasalah, procrastination tu tak dapat dihalang. Tiba-tiba rasa nak menulis...so kita tulis lah apa lagi...Maybe ni juga simptom sebab kena tinggal sorang? Orang lain ada urusan masing-masing kat luar rumah.

Saya penat dah nak keluar rumah. Nak je sebenarnya, tapi takut sebab ada London attack haritu. Jadi, duduk rumah saja lah. Kita kemas-kemas, kita baca-baca, dan termenung? *aip, baik baca al-Quran daripada buat benda lagha*





Saturday, June 3, 2017

Nasihat di bulan Ramadhan

Salam Ramadhan. Alhamdulillah tahun ni kita, ya kita, yang tengah membaca ni, berpeluang dipertemukan lagi dengan Ramadhan, bulan tarbiah. Dekat London, kami puasa 18 jam sebab sekarang nak masuk musim panas. Subuh masuk pukul 2.50 pagi dan maghrib masuk pukul 9 malam (average). Makin hari subuh makin awal, dan maghrib makin lambat. Memang lama, tapi alhamdulillah lepas beberapa hari puasa, kelamaan tu tak terasa sangat. (First day puasa, by pukul 6 petang, kepala dah berdenyut-denyut tak terhingga. Sekarang dah tak rasa macam tu dah. ) Cuma waktu untuk bersahur tu lah, confuse samada lepas terawih, nak tidur dulu, atau nak tunggu tidur lepas subuh. Habis terawih kat Malaysian Hall pukul 11.30 malam. Nasib baik rumah saya dekat saja dengan Malaysian Hall, jadi balik lewat pun okay saja.

Saya nak cerita satu perkongsian, yang housemate saya buat saya sedar. Kami on the way balik dari Malaysian Hall and terjadilah conversation ni.

Saya : Nasib baik sekarang panas kan, so orang tak perlu pakai jaket nak pergi Malaysian Hall. Kalau tak, mesti nanti ada satu tempat, selonggok baju sejuk.
Housemate : Haah kan.
Saya : Saya dah lupa dah kesejukan winter macam mana. 
Housemate : Sebab tu Rasulullah cakap, bila kat syurga nanti, sekali kita dicelup dalam syurga, kita terus lupa kesusahan yang kita pernah alami kat dunia ni. Tapi, kalau sekali kita dicelup dalam neraka, lupa terus semua kesenangan yang kita pernah dapat kat dunia ni. Itu syurga, kita ni baru dunia. 
Saya : Haah kan, padahal winter baru je berlalu bulan 2 haritu. Sekejap je pun saya dah lupa rasa dia macam mana bila dah dapat selesa summer ni. Waktu winter tu, sejuk sampai sakit hidung sakit pipi semuanya.

Jadi, kami pun insaf bersama-sama. Huhu.

“Pada hari kiamat didatangkan orang yang paling nikmat hidupnya sewaktu di dunia dari penghuni neraka. Lalu ia dicelupkan ke dalam neraka sejenak. Kemudian ia ditanya: ”Hai anak Adam, pernahkah kamu melihat suatu kebaikan, pernahkah kamu merasakan suatu kenikmatan?” Maka ia menjawab: ”Tidak, demi Allah, ya Rabb.” Dan didatangkan orang yang paling menderita sewaktu hidup di dunia dari penghuni surga. Lalu ia dicelupkan ke dalam surga sejenak. Kemudian ditanya: ”Hai anak Adam, pernahkah kamu melihat suatu kesulitan, pernahkah kamu merasakan suatu kesengsaraan?” Maka ia menjawab: ”Tidak, demi Allah, ya Rabb. Aku tidak pernah merasakan kesulitan apapun dan aku tidak pernah melihat kesengsaraan apapun.” (HR Muslim 5018). 
-dari blog EraMuslim. Untuk baca penerangan lebih lanjut, sila klik link.


Kalau nak start rasa nikmat Ramadhan tu, banyakkan baca al-Quran dan tafsir. Feel it flowing in you. Rasa macam kena simbah dengan air yang selesa. Doakan kita semua keluar daripada Ramadhan tahun ni, dalam keadaan lebih baik. Moga istiqamah.💪 ✊

Gunakan Ramadhan ni sebaiknya seolah-olah ini Ramadhan terakhir kita. Lama tu nak tunggu next Ramadhan, tahun depan baru jumpa balik. Macam-macam boleh berlaku dalam tempoh masa tu. 😊