(This entry is written on 18th July and baru hari ni rasa nak post)
Assalamualaikum, dah lama saya tak tulis blog. Saya sekarang ada kat Malaysia, balik 10 Jun haritu dari Heathrow Airport, London. Sampai Malaysia 11 Jun, 8.45 pagi. Saya naik flight Emirates Airline. Alhamdulillah selesa sangat. Perjalanan dari London ke Dubai International Airport (transit), ambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit (saya dah tak ingat). Tapi yang menariknya, flight tak penuh, jadi, seat kat bahagian belakang-belakang, setiap orang dapat 3 seat sebab seat kosong. Pada mulanya, seat saya sebelah tingkap, tapi bila flight dah gerak, dan sebelah saya kosong, saya pun baring lah. Mula-mula baring acah sopan lah. Kaki still kat bawah. Tapi tak lama lepas tu, bila saya tengok orang lain baring dah gaya macam kat rumah, apa lagi, saya pun guna lah kesempatan tu. Bukan senang nak dapat selesa macam tu. So, tutup badan guna selimut, dan terus tidur. Memang lega lah sebab malam sebelum tu, saya memang tak tidur sebab flight saya pagi, jadi pukul 5.30 pagi dah kena keluar rumah. Masa tu bulan puasa, sahur pukul 3 pagi, jadi saya pun terus tak tidur lah. Terawih habis pukul 12 malam. Nyenyak tidur, hilang penat.
Tengok, orang seat sebelah tu dah baring. |
Dubai view from the plane |
Flight dari Dubai International Airport ke Kuala Lumpur International Airport ramai orang. Jadi, tak berpeluang lah nak selesa sangat. Saya dapat seat sebelah tingkap, dan nasib baik seat tengah kosong, pastu baru ada sorang businessman dari Dubai tu duduk kat aisle seat. Jadi tak lah rasa rimas sangat. Saya hanya pergi toilet masa nak solat saja (tu annoyingnya kalau duduk seat bahagian dalam, rasa bersalah nak kacau orang). Masa solat, tak tahu lah pakcik businessman tu fikir apa, tapi saya tahulah dia tengok saya solat hahaha.
Jadi, bila sampai rumah, macam biasa, buat rutin Ramadhan, dan tak sempat nak update blog (sebenarnya malas). :P
Okay, so apa yang saya buat selama sebulan lebih kat rumah ni?
Setakat ni, saya hanya baca buku, buat kerja-kerja rumah, tengok tv, main handphone, kacau adik, belajar lesen, join volunteering dan ada lah beberapa aktiviti lagi.
Masa minggu pertama sampai rumah, semangat nak baca buku masih berkobar-kobar. Satu minggu habis empat buku. Maybe I should do book reviews? Barulah saya sendiri tak lupa apa saya baca, dapat share juga. Acah-acah macam Program NILAM masa kat sekolah dulu. Zaman sekarang ada program NILAM lagi tak?
Okay, sebenarnya dah type sikit tadi tentang buku apa yang saya baca tapi maaf, mood tak rajin tu dah datang balik. Jadi, lain kali saja lah ya?
Saya seorang yang akan baca buku ikut mood. Jadi, at one time, mungkin saya akan baca tiga/empat buku. Masalahnya ialah, penanda buku tak cukup, kadang capai saja apa yang boleh dicapai kat sebelah. Pembaris, kertas, pen, kad, apa-apalah yang boleh buat tanda, asalkan buku tu tak rosak. Nak lipat buku memang tak lah, no way!
Jadi, saya jumpa satu cara. Caranya ialah, beli bookmark buku yang warna-warni tu macam ni, lepas tu letak kat page mana yang kita baca. Saya rasa cara ni lagi berkesan kot sebab jimat pun jimat, dan boleh lebih spesifik letak kat page mana, atau perenggan mana yang kita berhenti baca.
Tu sticky warna purple tu😂 |
Tapi, kalau orang nak hadiahkan penanda buku pun bagus juga sebenarnya.
(Thanks 😊🌹 )
Okay, tu saja tips untuk kali ni. Lain kali ada tips lagi, saya share. Mungkin you guys can share your life tips juga?
No comments:
Post a Comment