Monday, January 30, 2017

January post

New term dah start. Sebenarnya dah dua minggu dah kelas start. Tapi baru rasa nak update blog. Alhamdulillah this term, ada kelas yang start petang. Taklah macam dulu, semua kelas start pagi. Tapi bila petang, yang tak bestnya bila keluar-keluar kelas, dah malam. Almaklumlah sekarang ni winter. Tapi dah nak masuk spring dah pun. Cuaca pun tak lah sejuk menyucuk sangat.

Banyak benda yang berlaku kat sini. Nampak beberapa hikmah atas apa yang berlaku. Kawan aku cakap, aku seorang yang sentimental. Benda-benda kecil pun aku reflect, the reasons and hikmah sebalik tu. Macam tadi dalam bas masa nak pergi universiti, terjumpa senior PHD yang contact aku sebelum aku fly UK. Aku nampak melayu perempuan, so aku duduk sebelah dia dalam bas. Dia tanya nama dan bila aku cakap nama aku "Zaimin", dia kata, ingat tak dia yang contact aku sebelum aku fly. Aku terkejut lah sebab aku tak ingat. Terus cakap 'oh, hahaha jodoh kita jumpa dalam bas'.

Lepas dah berkenalan beberapa ketika, dia kata sebenarnya kami pernah jumpa kat rumah seorang kakak senior ni beberapa bulan lepas. Tapi lepas dah borak lama baru dia teringat yang kami pernah berjumpa. Dalam hati aku terus terlintas, "masyaAllah, betullah, kalau Allah dah rancang sesuatu, tak contact pun, still boleh jumpa."

Btw, haritu masa Tahun Baru Cina, kat London ni ada muzik tarian singa tu. Aku tak sangka pula London ni ada juga sambutan macam tu. Ingat kat Malaysia saja yang meriah. Cuma, kat sini, cuti tak lama and cuti tak banyak macam kat Malaysia. Uk ni, sekali cuti tu sampai berbulan tapi tak selalu. Kan kat Malaysia kita ada pelbagai bangsa, jadi perayaan pun banyak, cuti pun banyak. Tu yang menariknya tentang negara kita. Jadi syukuri lah.

p/s: Belajar luar negara ni bukan mengajar kita erti bersyukur, berdikari dan tabah saja. Mengajar kita skill memasak juga! Hahaha.


Saturday, January 14, 2017

Malaysia Tanah Airku

Rindunya Malaysia.
Cuacanya, matahari yang terik (errr), boleh pakai baju nipis, tak perlu pakai tebal-tebal.
Pisang goreng tepi jalan, cendol,ABC, dan paling penting, rindu FAMILY!

Study oversea memang best. Tapi yang best saja biasa ditunjuk. Yang tak best, tak tunjuk. Everytime pergi mana-mana, kalau terbau makanan tepi jalan yang sedap-sedap tu, tahan saja lah nafsu. Nak beli, tak yakin halal pula. Lepas tu, selalu rindu masakan mak, masakan Malaysia, (boleh saja nak masak sendiri, tapi manalah sama dengan masakan mak). Kalau video call dengan family pula, nak peluk, tapi  tak dapat. So virtual hug saja. Mana puas. Sedihnya.

Nak keluar rumah, kena pakai tebal-tebal. Bila mula jalan, memang nyaman dan dingin sebab sejuk. Tapi lama-lama, rasa nak cepat-cepat masuk rumah, especially masa winter ni. Beku tangan! Sampai, bila nak cari kunci dalam beg atau nak pegang phone pun, rasa menyucuk macam kalau kita kebas kaki tu. Hidung dan pipi memang sejuk sangat!

Jadi, kepada sesiapa yang nak study oversea tu, set your mindset betul-betul. Kena tahan pelbagai ujian dan mehnah. Kalau time rindu family tu, tengok gambar pun boleh menangis. Apapun, jangan patah semangat! InsyaAllah pengalaman ni akan melatih kita untuk jadi dewasa dan lebih matang. Serta, lebih faham erti bersyukur dan menghargai. Don't take what we have now for granted!







Apapun, Malaysia still di hati!