Saturday, January 14, 2017

Malaysia Tanah Airku

Rindunya Malaysia.
Cuacanya, matahari yang terik (errr), boleh pakai baju nipis, tak perlu pakai tebal-tebal.
Pisang goreng tepi jalan, cendol,ABC, dan paling penting, rindu FAMILY!

Study oversea memang best. Tapi yang best saja biasa ditunjuk. Yang tak best, tak tunjuk. Everytime pergi mana-mana, kalau terbau makanan tepi jalan yang sedap-sedap tu, tahan saja lah nafsu. Nak beli, tak yakin halal pula. Lepas tu, selalu rindu masakan mak, masakan Malaysia, (boleh saja nak masak sendiri, tapi manalah sama dengan masakan mak). Kalau video call dengan family pula, nak peluk, tapi  tak dapat. So virtual hug saja. Mana puas. Sedihnya.

Nak keluar rumah, kena pakai tebal-tebal. Bila mula jalan, memang nyaman dan dingin sebab sejuk. Tapi lama-lama, rasa nak cepat-cepat masuk rumah, especially masa winter ni. Beku tangan! Sampai, bila nak cari kunci dalam beg atau nak pegang phone pun, rasa menyucuk macam kalau kita kebas kaki tu. Hidung dan pipi memang sejuk sangat!

Jadi, kepada sesiapa yang nak study oversea tu, set your mindset betul-betul. Kena tahan pelbagai ujian dan mehnah. Kalau time rindu family tu, tengok gambar pun boleh menangis. Apapun, jangan patah semangat! InsyaAllah pengalaman ni akan melatih kita untuk jadi dewasa dan lebih matang. Serta, lebih faham erti bersyukur dan menghargai. Don't take what we have now for granted!







Apapun, Malaysia still di hati!



No comments:

Post a Comment