Thursday, April 6, 2017

Don't give up, the beginning is always the hardest

The beginning to everything is always the hardest.

Dulu masa kecil, mesti kita rasa nak jalan tu susah kan? Nak makan pun tumpah-tumpah. Sekarang ni? Jalan, berlari, berjoging, lompat, back-flip semua kita boleh buat. Makan pun sampai tak berhenti. Yalah, kita kena guna skill makan tu sebaiknya. Dah susah belajar kan dulu? Haha.😝

Samalah macam membaca. Dulu ABC tu hai punyalah susah. Nak belajar, sampai kena berlagu-lagu. Doa harian pun nak ingat, sampai kena berlagu. Sekarang, haa guna skill tu untuk kumpul ilmu banyak-banyak. "You are what you read" and "you are what you practise"

Saya tengah revise untuk programming, lepas tu teringat masa first sem belajar benda ni. Beginner dalam programming. Susah betul nak faham. Asyik-asyik salah tulis. Asyik-asyik error. Rasa macam nak tumbuk keyboard  *hiperbola di sini*.

Alhamdulillah sekarang, bila Python (programming apps) bagi error, boleh find out dah kat mana and bagi self-explanation. Tapi sekarang, ilmu baru ni pula lah takes time nak register dalam otak. Ilmu last sem insyaAllah dah pandai nak praktikkan. Thank you kepada lecturer, kawan dan postgraduate yang banyak tolong. Siap kena lukis-lukis lagi kat kertas supaya aku faham. Arigatou!



Tak tahu lah apa masalah dia, selalunya boleh. Nak google jap kenapa tak boleh.


Ni dah edit sikit, alhamdulillah okay. Tapi kenapa tadi tak boleh???? Haiiii, geram pula jadinya. If you are programming student, you can identify kat mana code tu yg dah berubah.


So, begitulah hidup kita. InsyaAllah dugaan yang kita hadapi sekarang, boleh survive. Nanti saya cerita apa dugaan A-Level saya dulu. I thought I am not gonna survive. Alhamdulillah banyak 'shooting doa' and orang tolong, akhirnya boleh survive. Jadi, tolong doakan saya kat sini survive lagi. Because I believe "doa is like shooting stars". Amin...


p/s: Btw, kalau susah nak ingat doa melihat cermin, boleh tulis doa tu guna whiteboard marker kat cermin. *jangan guna permanent, nanti landlord marah! ✌*. Mula-mula memang takes time berdiri lama, tadah tangan depan cermin. *Orang pun boleh pelik, "dah kenapa budak ni tercegat depan cermin.". Tapi lama-lama, insyaAllah boleh ingat. It may be weeks, months, years...and years..but don't give up. πŸ’•πŸ’ͺ



Dan saya jumpa satu youtube channel yang menarik. Kalau tak rajin membaca, boleh tengok video ni. Tambah ilmu sikit tentang pengetahuan am. *Tapis-tapis sikit ilmu tu, jangan terima bulat-bulat*.

Click sini : Kurzgesagt – In a Nutshell

2 comments:

  1. Salam perkenalan Zaimin, xstfian ye? ;)

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan ☺. Ya, saya ex stf. Batch 0913 😁

    ReplyDelete