Ni la cerita yang jadi kegilaan aku sekarang. Aku ni dah ketinggalan zaman KOT. Orang lain dah lama dah tengok cerita ni. Aku baru je nak tengok! Aku start minat cerita korea ni sejak tengok FULL HOUSE(outdated drama lagi!). Pastu, aku tengok Princess Hours. Lepas tengok dua drama ni, aku jatuh cinta kat korean drama.
Ni watak-watak utama dalam cerita MY GIRLS.
Pastu, kalau anda, anda ni nak tahu lagi, sila search kat internet ya! Tak larat pulak nak cerita :P
Ceritanya macam ni, datuk si lelaki ni nak sangat jumpa cucu dia yang dah lama hilang. Pastu, lelaki ni kena cepat sebab datuk dia dah nazak sangat dah. Bila lelaki ni tengok perempuan ni, pandai berlakon, dia mintak tolong. Lama-lama, lelaki ni jatuh hati kat perempuan ni. Perempuan ni pun simpan perasaan kat lelaki ni jugak.
Pastu, kalau anda, anda ni nak tahu lagi, sila search kat internet ya! Tak larat pulak nak cerita :P
Next, dulu, masa darjah 4 aku pernah tengok drama korea ni, tajuk nya Stairway To Heaven.
Ni hero nya. Tapi aku dah x ingat nama.
Memang feeling habis lah. Dah la hero dia ensem + cute! Tapi, sampai situ je la. Pastu aku tak tengok dah drama korea ni. Mai cuti sekolah kali ni, dah jatuh hati pulak dah! Susah~
So, semalam first time this year kot, aku tak tido sebab nak tengok CD MY GIRL yang aku baru beli. Lama cerita dia ni. Dah la DVD player aku ada problem sikit. Tak boleh fast forward, remote rosak. Jadi, aku kena tengok straight sampai habis lah. Dah pagi tu, cerita ni ada 1 jam lagi nak habis, kepala aku dah pening sangat dah. Ya la kan, tak tidur satu hari! Tapi aku tahankan jugak. Habis cerita tu ja, terus serang katil! Waduh! Harini aku jadi burung hantu!
Aku berazam nak beli lagi cd ni. Haha. Biar khatam cerita korea! Tak minat sinetron dah, I prefer korean drama lagi! :)
No comments:
Post a Comment