Friday, June 3, 2011

Happy ~~~..~~~

Salam semua! harini aku happy! petang tadi aku berpeluang jumpa geng aku! kami semua berjumpa kat library arau. tapi yang sedihnya, nadia dan syairah takdak due to some personal reasons. xpela.. lain kali boleh jumpa lagi. chill k? :D

mula-mula rancang nak pergi pukul 10 pagi. tapi syairah cakap dia tak boleh pergi pagi. kalau petang, insyaALLAH boleh. lagipun hari jumaat takut tutup masa tengahari. so, kami tukar rancangan. Kami rancang nak pergi pukul 2.30 petang. Hayziera pulak kata ayah dia hanya boleh hantar pukul 2.00 ptg. Ok, nak jumpa punya pasal, aku setuju nak datang pukul 2.00.

1.20: tgk cerita Rafique. tetiba rasa cerita ni comel pulak. Hehe.
1.40: tersangkut pulak dengan cerita Klik.

ibu pun tegur "kaklong, nk pergi pukul brp?"
hmm, klah..aku pun pergi sembahyang. Then, bertolak. Alah, ambik masa berapa minit je pun nak pergi library tu. Kejap je dah sampai.

Aku sampai-sampai je pintu pagar tutup!Aku call Hayziera then bagitahu dia. Aku dengar bunyi menderu-deru and aku dapat agak tu bunyi angin sebab dia naik motor. K, beberapa minit lepas tu dia sampai... Klah, kami berdua terpaksa tunggu bawah pokok depan rumah sape-sape ntah. Kami pun gosip-gosip lah *tu je kerja KAMI yer*  Bila kereta atau motor lalu, kami tunduk. Malu kalau ada orang nampak! Hehe. Setelah tunggu punya tunggu, badan pun dah berpeluh, pagar pun bukak. Aku tengok jam, 2.45!Wah! Aku tak perasan kami berdua dah menunggu pagar tu selama 45 minit.

Sampai-sampai tingkat atas, kami buat kerja sekolah. Tiba-tiba ada orang bisik kat telinga aku. Aku dah terkejut dah. Rasa macam jantung nak terkeluar *ok, aku tipu*. Rupanya Izzati (!) Haih,, wat terkejut orang je. Pastu, Izzati ajak kami tukar meja. Pergi meja bulat! Tapi, meja bulat tu untuk lelaki. Eleh, dalam library tu hanya ada kami. Jadi, apa kami kesah kan? Kami tukar meja then tutup sign lelaki tu dengan buku-buku.. Haha. *Agak nakal di situ*.

Lepastu Ina pulak datang. Meja kami pun start kecoh lah jugak. Buat homework sambil makan (!) gula-gula, sambil sembang. Tapi, homework still buat ok! Jangan kata kami tak buat! Leka sangat buat kerja + sembang +makan, kami turun bawah. Ambil angin segar. Pastu, masing-masing tunggu parents ambil. Sambil tu, imbau lah balik kenangan dulu-dulu. *Ceh! Macam lama sangat ja*

Alhamdulillah, pergi libary, homework aku dapat lah dibuat. Kalau kat rumah, jangan harap! Aku malas!

No comments:

Post a Comment