Saturday, May 28, 2011

32

aku baru sampai rumah pukul 2 pagi semalam. pastu mandi. lepas tu, semua orang dah tidur, aku pulak unpacked barang2 masuk laci. aku pun tak tahu kenapa balik kali ni rajin sgt nk unpacked barang. before this, malas nak unpack. huhu~

semalm kat sekolah sangat bosan nak tunggu pergi airport.  hari khamis aku tengok coaster aku pukul 8 mlm. fine, so, hari jumaat aku pun relax2 la pukul 6 nak pergi dinner. tiba-tiba ada announcemet, sapa yg naik flight sila ke warden office.
sekali cikgu  cakap,

c: awak dah siap belum ni? saya nak call teksi.
a: belum
c: awak nak siap pukul berapa? coaster pkul 6 kan?
a: eh tak cikgu,  8 malam.
c: cuba awak tengok kat jadual tu.

aku pun selambanya pergi tengok jadual.

arh!! jadual dah tukar..! bila masa pulak tukar. aku tak tahu.
lari-lari aku balik dorm masukkan barang dalam beg. nasib baik takde barang tertinggal!
semalm mmg kecoh habis la. nasib baik aku naik teksi ngan seorang form 5 ni.  tak takut lah sangat. aku rasa macam lama sanagt dalam teksi tu. dia cakap dia nak lalu highway sebab nak elak jam. bila tak sampai-sampai, aku dah risau. takut kena culik ke apa ke. haha> merapu je fikir cmtu..

sampai kat airport, kepala macam nak pecah. pening gile. after naik flight tu, aku cam terkejut lah jugak sebab seat aku sebelah lelaki. arh! tak suka! aku berharap sangat seat sebelah kanan aku kosong. alhamdulilah, seat tu kosong. apa lagi, aku pun tukar lah tempat. baru aman sikit nak tidur. dengan suasana yang gelap tu aku dapat tidur ngan nyenyak.. wah. best gila. bangun tidur baru sakit kepala ok. :D

No comments:

Post a Comment