Saturday, September 3, 2011

47

Cuti kali ni aku sangat lah tak berdisiplin.. Aku memang beraya betul. Bukannya beraya sehari macam yang 'bonda' cakap. Tak bolehlah. Rumah atok aku tu memang meriah bila raya.. Sampai aku takde mood nak study. Homework MATH, PAI ngan ENGLISH pun tak siap lagi. Entah bila lah nak buat. Ada orang tanya aku kenapa tak update blog. Entahlah, aku pun tak tahu kenapa. Nak update, tapi takde mood nak type. Kan best kalau apa yang kita fikir terus masuk sini. Tak payah susah-susah nak type kan?

20 Ogos haritu,, semua pelajar STF, kena pindah blok. Kami disusun ikut tingkatan. So, kiranya duduk dengan formmate. Best giler duduk dengan formmate.. Ketua dorm aku dah rancang macam-macam dah.. Hehe. Tapi satu je kelemahannya, bila nak mandi.. dalam toilet tu kecoh giler. Telinga jadi bingit. Semua nak bercakap. Tension dibuatnya. Tapi tapelah, setiap perkara and pro and cons nya kan. So, terima ja lah.

Esok, aku balik sekolah. Pastu tinggal lagi sebulan je lagi untuk PMR. Takut!! Dahlah dengan perangai tak berdisiplin ni. Ya Allah! 

Lepas ni semua budak form 3 kena belajar kat study room je. Semua ni gara-gara program FRS, entah apa namanya. Malas nak ambil tahu. Buat program kat sekolah orang. Sampai aku rasa hidup aku kucar-kacir. Pindah sana, pindah sini. Dahlah blok aku belakang sekali.. Kena pindah pergi blok merah yang banyak giler tangga. Memang penat lah. Aku angkat beg yang berat tu ulang-alik 4 kali. Akhir tahun ni kena pindah lagi! Aduh! Tension betul lah!

No comments:

Post a Comment