*My favourite month of the year is here! I like March but I don't like it when it passes by so quickly*
Okay, sepanjang hampir 21 tahun saya hidup, dan tahun lepas mula jauh beribu batu, lebih tepat lagi,
10,154 km dari keluarga, (belajar kat Johor dari umur 13 tahun tu dan keluarga kat Perlis tu kira jauh juga ya), saya belajar macam-macam benda baru. Saya belajar travel dengan kawan-kawan, belajar masak, belajar urus duit sendiri, belajar beli barang tanpa sentiasa minta nasihat ibu, belajar jalan sorang-sorang pergi kelas, belajar jaga diri sendiri, belajar mengajar budak mengaji.
|
London ke rumah |
1. Travel dengan kawan-kawan
Alhamdulillah sepanjang 6 bulan saya kat sini, dah pelbagai tempat saya berpeluang untuk pergi. Kalau yang luar London, saya dah pernah pergi Brighton (kawasan pantai) , Glasgow dan Edinburgh (Scotland), Gloucester (Daisuki) , Hastings (kawasan pantai) , dan Sheffield (Malaysian Games). Nanti saya tulis pengalaman saya pergi semua tempat ni.
*Bila sempat dan bila rajin*. Kalau yang dalam London, saya dah pergi Big Ben, London Eye, Camden Market, Sea Life, Shrek, China Town, Greenwich Meridian, danWinter Wonderland (funfair yang ada waktu winter sahaja).
Teringat waktu kecil-kecil, saya dan adik-adik main kat luar rumah dengan jiran. Lepas tu, ibu saya dan ibu jiran, akan suap kami makan nasi sambil kami tengah main. Sambil-sambil tu mereka bersembang. Jiran harmoni sangat. Dulu, kalau mak saya masak telur goreng kicap pun saya dan adik-adik akan berebut-rebut untuk giliran disuap. Sedapnya masyaAllah tak terkata. Itu lah yang paling saya ingat, favourite saya dan adik-adik waktu kami kecil. Dah besar ni, makanan favourite dah jadi advance sikit. Hahaha.
Oh, tujuan saya cerita ni, sebab nak cakap yang dulu waktu kecil, saya dan jiran pernah cakap yang bila dah besar, kami nak melancong tempat-tempat sejuk. Lepastu saling berlawan cakap, nak pergi London lah, nak pergi Scotland (lagi sejuk), nak pergi Ireland (lagi lagi sejuk) . Hahaha masa tu tak tahu sejuk tu sejuk macam mana kan. Yang penting siapa pergi tempat yang lebih sejuk, dia menang. Naif sangat alahai. Sekarang,haa ambillah rasakan sejuk tu. Tahan ke tak tahan. Beku ke tak beku. Kebas ke tak kebas walaupun baru kat tempat yang orang kata tak sesejuk kawasan lain.
Saya teringin juga nak pergi melancong dalam Malaysia dengan kawan-kawan. Contohnya macam pergi pantai-pantai. Pantai kat Terengganu semua nampak cantik. Pantai di Perlis tak boleh nak bermandi-manda atau buat istana pasir, sebab pantai kotor. Dengan lebih tepat lagi, pantai berselut/berlumpur. Tapi, Allah dah bagi peluang kat negara orang melancong dengan kawan, biarlah kat negara sendiri, kita melancong dengan keluarga kan...
Saya nak pujuk ayah saya melancong lagi hahaha. Dulu waktu saya dan adik-adik kecil lagi, pantang cuti sekolah, mesti saya dan keluarga tak lekat kat rumah. Asyik jalan saja sampai saya pun jadi layu. Kami selalu pergi KL, negeri pantai timur, terutama Terengganu dan selalu pergi Pulau Pinang. Bila adik-adik dah besar ni, cuti pun asyik tak sama, kami jarang jalan dah. Tunggu raya baru senang nak cuti sama-sama.
Dari dulu sampai sekarang, ayah selalu pesan,
"jangan tidur. Jangan tidur. Tengok pemandangan sekeliling tu. Nanti kalau orang cerita, kita tahu. " Masalahnya saya pening jalan bengkang -bengkok! And saya telah mencipta satu teori, "bila siang, matahari memancar ke dalam mata, jadi kita akan rasa silau. Bila silau, mata akan automatik dikuyukan. Jadi, itulah sebabnya, bila travel siang, tidur. Bila malam, mata terbuka luas". Harap-harap ayah saya terima lah teori saya ni. Hahahaha.
Tapi disebabkan pesan ayah saya tu, bila saya travel kat sini, saya akan pastikan saya dah tengok pemandangan dulu, dah puas register dalam otak, baru saya tidur.
|
Video di Hastings dengan housemates |
2. Masak
Umur 13 tahun saya dah mula duduk asrama. Jadi saya telah mencipta satu lagi alasan, "kalau saya belajar masak, saya hanya akan boleh masak setiap kali balik cuti sekolah. Cuti sekolah, 3 bulan sekali. Tu pun sekejap. Jadi, saya akan lupa resepi. Jadi, saya tak berminat nak belajar. Cuma akan tolong-tolong sikit saja. " Alasan lapuk sangat kan? Tapi yang penting, kalau kerja basuh pinggan, tu memang kerja saya. Nasib baik skill siang ikan,hiris daging,potong bawang, potong sayur, ibu dah ajar masa saya sekolah rendah. Tak ada lah tak tahu semua benda! Terima kasih ibu.
Lepas tu, skill potong sawi, skill siang udang, skill siang sotong, saya belajar sikit-sikit bila dah sekolah menengah. Time menyibuk sekejap-sekejap tu, saya observe lah mak saya buat apa. Ibu selalu risau. "Macam mana ni, dah besar tak tahu masak lagi ni". Tapi rasanya sekarang ibu tak perlu risau lagi kot. Saya insyaAllah dah pandai masak. Datang UK, teringin nak makan masakan melayu, apa lagi, masak sendiri lah. Kalau nak beli kat Malaysian Hall setiap masa, pokai lah. So, kita mula dengan baby step. Tengok resepi kat google. Pastu try buat sendiri. Laptop tu sampai bawa masuk dapur sebab nak tengok resepi! Semua benda saya excited nak cuba. So setakat ni kat sini, saya dah pernah masak:
1. Ayam masak kurma
2. Nasi rendang
3. Ayam masak kunyit
4. Kari ikan
5. Kari udang
6. Broccoli tumis
7. Ikan masak singgang
8. Nasi lemak (masak dengan kawan-kawan. Semua amatur!)
9. Sambal ikan
10. Cheese wedges (KFC UK tak ada cheesy wedges. Sobs)
11. Ayam tiga rasa
12. Kari ayam
13. Ayam masak paprik
14. Ikan bakar
15. Asam pedas ikan
16. Ayam masak lemak cili api (dengan bantuan sifu)
17. Kangkung goreng belacan
18. Sardin (hahahahaha. Buka tin saja dan tambah bawang)
|
Cheesy wedges |
|
Ayam masak kunyit |
Lepastu setiap kali masak, hantar gambar kat family. Lawan dengan adik lelaki, siapa masak lagi best. (Dia pun duduk rumah bujang sebab belajar jauh dari family). Jadi, ibu saya tak perlu risau dah saya ni tak reti masak. InsyaAllah boleh survive lepas ni dan boleh dah balik ni sediakan makanan untuk family. And, many more recipe to come!
*Teringin nak belajar resepi asam pedas makcik yang memang kaw kaw punya*.
|
Tengok, baru cakap. Dah dapat whatsapp notification dari mamat ni. |
Saya dapat buat kesimpulan, resepi ni, kalau kita dah tahu rasa masakan tu macam mana, lepas tu kita dah boleh main agak dah bahan apa yang diperlukan. Tak perlu tambah aksesori sangat pun. Yang penting ada rasa tu. Dulu saya ingatkan kalau belajar masak tu maksudnya, kena duduk dengan pen dan buku nota kat tangan. Rupanya, lepas dah biasa, guna instinct saja.
Kepada ibu-ibu dan bakal ibu mertua
*eh? hahaha* di luar sana, jangan risau anak tak reti masak. Bukan tak reti, cuma belum lagi tu. Dia akan reti bila dia terpaksa survive sendiri untuk makan. Yang penting, nak cuba, nak usaha. Kalau tahu masak tapi malas, tak jadi juga.
(Malas macam mana pun, masuklah dapur ye adik. Dapatlah tangkap sikit-sikit skill tu bila tengah urgent nak guna nanti.)
3. Jadi babysitter dan ajar budak-budak mengaji
Okay, tak pernah terbayang pun akan tolong jagakan anak orang. Kalau kat kampung tu, bila jaga anak orang, selalunya mak dia dekat saja. Kat dapur atau pergi tandas saja pun. Tapi kali ni mak dia,pergi tempat lain.
Ceritanya macam ni, housemates saya rapat dengan sorang kakak ni. Dia ada 3 orang anak, jadi bila dia dan suami ada urusan kerja, kakak ni akan minta tolong sesiapa antara housemates saya untuk jaga anak-anak dia. Jadi, pernah sekali tu, saya dengan Kak Farah nak bawa 3 orang budak-budak ni, dari Malaysian Hall untuk balik rumah. Masa tu baru lepas program Little Muslim Project (LMP) kat Malaysian Hall. Saya bawa makanan tapau untuk breakfast keesokkan harinya. Lepas tu budak-budak ni lari-lari. Risau lah juga sebab kami jalan dekat dengan jalan raya. Saya pun kena berlari sekali nak kejar budak-budak ni takut lintas jalan sesuka hati. Sampai-sampai rumah baru perasan, kuah kicap dah tumpah kat baju. Hahaha haiya. Baru jaga beberapa minit, baju dah comot-comot. Baru lah saya faham macam mana perasaan ibu saya jaga saya dan adik-adik masa kecil dulu. Ibu tak kisah pun baju comot ke apa ke. Yang penting kami semua kenyang dan selamat.
Little Muslim Project ni, aktiviti Malaysian student yang buat degree kat London untuk ajar adik-adik mengaji masa ibu ayah mereka tengah baca Yasin dan dengar ceramah kat dewan lagi satu. Ustaz yang ketuai program ni. Program ni setiap hari Khamis malam Jumaat. Lepas program selalunya akan ada sorang kakak atau abang untuk ajar adik-adik ni adab-adab dalam Islam dan sambil-sambil tu selit lah juga pasal adab-adab Melayu. Kalau dengar budak-budak ni speaking, kita akan kagum dengan slang mereka. Masa mula-mula saya join LMP ni, terbelit juga lah lidah nak speaking dengan budak-budak ni. Insecure pun ada. Alhamdulillah sekarang dah terbiasa.
|
Iman, my favourite.
Saja letak gambar sebab saya tahu parents saya baca blog ni.
Gambar ni kat facebook LMP sebenarnya.
|
Benda paling besar yang saya belajar ialah sabar. Selalunya, kelas kat universiti habis bila dah lewat petang. Lepas tu, pergi LMP pula. Kadang-kadang budak-budak ni bising, lari sana lari sini. Pening kepala dibuatnya. Biasalah budak-budak, fokus tu kejap sangat. Tengah baca Iqra', tiba-tiba kawan dia yang dah siap baca, ajak sembang pula. Saya yang tengah ajar ni, kenalah bersabar. Hanya boleh cakap kat diri sendiri, "sabar Zaimin...sabar..." sambil cuba curi fokus dia balik. Lagi satu, budak-budak suka achievement, jadi kita kena selalu puji dia supaya dia lebih semangat. Dia dapat kenal huruf dan baris pun, dia dah cukup seronok dah. Bila tengok dia seronok, dalam hati kita akan, "wow...you are that happy" dan kita pun akan rasa seronok sekali.
4. Urus duit
Duit mengalir bagai air bila bab makan dan pengangkutan.Bila kat rumah tak perlu risau pasal makan kalau tak ada duit pun sebab semua mak ayah dah sediakan. Hehe *sorry ibu, sorry ayah*. Sekarang ni, kena belajar jadi dewasa. Bayar sewa rumah pun sendiri. Kalau tak pandai urus duit, boleh saja akhir semester, duit tak cukup. Nak makan kat luar boleh, tapi tak boleh selalulah. Pokai nanti. Jadi pandai-pandai lah survive sendiri.
|
Contoh perbelanjaan selama sebulan |
5. Beli barang sendiri(jimat sendiri)
Ni dari segi pilih baju dan barang-barang lain. To be honest, saya tak beli pun baju kat sini selain dari jaket. Rasa macam tak berbaloi. Kalau kat Malaysia, boleh dapat dengan harga yang lagi murah dan lagi banyak. Jadi baik beli kat Malaysia saja. Lagi banyak pilihan. Selalunya kalau kat rumah, saya dah terbiasa nak beli apa-apa baju, mesti tanya ibu dulu okay ke tak. Lepas tu, dah sampai rumah...bermulalah sesi bergaya, buat bagi sopan habis, dan pergi tunjuk kat ayah. Kalau tunjuk kat ayah, and ayah approve dan senang hati, baru saya pun tenang nak pakai kat luar. Kalau tak nanti ayah akan cakap, "pakai apa ni?" Cuak ooohh kalau ayah tanya macam tu. Kadang tu, sebelum tanya ayah, tanya kat adik lelaki yang umur 20 tahun tu dulu, "angah, okay tak? Tutup aurat?". Kalau dia kata okay, then tak risau sangat nak pergi tanya approval ayah pula.
I think I will forever be ayah's clingy daughter. 😍
6. Jaga diri sendiri(aplikasikan apa yang ibu dan ayah dah didik dari kecil)
Hati-hati bila cakap dengan strangers. Ramah tu boleh tapi kena berpada-pada. Saya selalu saja jalan balik atau pergi mana-mana terutamanya pergi kelas sorang-sorang. Ibu selalu risau. Ibu kata, JPA bagi duit tu untuk kegunaan kita, tak perlu nak berjimat sangat sampai keselamatan tak jaga. Okay, saya setuju dengan nasihat ibu tu. Tapi niat utama saya bukan nak jimat, niat utama saya, sebab saya malas nak tunggu bas. Kalau jalan kaki, sekejap saja dah sampai rumah. Tapi lepas ibu dah nasihat macam tu, kenalah ikut. Ibu do that for reasons. Ibu ayah kita sayang kita. Biar banyak belanja, yang penting kita selamat.
*Now, I miss home so so much* 🙇