Friday, December 14, 2012

Bahasa Bahasa Bahasa

Sejak kebelekangan ni, youtube dah menjadi satu website wajib aku pergi bila boring. Actually, aku dengar lagu-lagu korea. Tiba-tiba terjumpa video best ni. Cuba dengar. Aku teringin juga nak tahu different languanges yang ada kat Asia ni. Rupa-rupanya,, ada sesetengah bahasa tu nak dekat sama. Contoh terdekat pun dapat kita tengok daripada Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia. Based daripada video ni, aku dapat buat kesimpulan yang aku suka dengar Hindi dengan Korea. Tak lupa juga BAHASA MALAYSIA lah! : )

Aku mengaku juga yang aku memang tak dapat nak bezakan muka orang cina, jepun dan korea walaupun aku membesar dalam negara yang memang ada bangsa cina, aku belajar bahasa jepun dengan cikgu jepun, dan aku menonton cerita korea. Nak membuktikan keupayaan aku ni, aku buat satu kuiz kat http://alllooksame.com . Resultnya memang membuktikan aku tak mampu nak membezakan rupa cina, jepun atau korea ni.Sorry ya!



Kalau ikut rupa, memang aku tak mampu lah, tapi kalau ikut tulisan..mungkin aku mampu sebab aku dah selalu tengok terutamanya tulisan jepun yang memang aku dah belajar kat sekolah since tingkatan satu. Btw, setiap bahasa tu ada keistimewaannya yang tersendiri jadi, banggalah dengan bahasa masing-masing.

Aku cadangkan juga supaya try search different english accent kat youtube dan cuba dengar. Memang banyak dan ada yang aku tak mampu nak tangkap pun apa yang dia cakap.

Cheese Cake and Strawberi Coklat

Harini perut rasa bahagia sebab dapat makan cheese cake. Dah lama dah nak makan, hari ni baru dapat. Rasa dia sedap sebab ada part yang masam-masam sikit, lepastu manis pula. Cuma, kalau makan banyak-banyak secara berterusan tu..alamatnya muak lah.



Btw, adik aku ada buat strawberri bersalut coklat juga. Tapi bukan guna chocolate fountain lah. Guna Nutella je pun lepas tu tabur sikit grain yang warna warni tu. Sedap!



Strawberi coklat dah makan, tapi filem Strawberi Coklat belum tengok lagi....
Adik aku pujuk nak tengok tapi aku malas nak search kat internet. Nanti-nanti lah adik ya! Makan dulu strawberi coklat tu.


Saturday, December 8, 2012

Durian Crepe~

Semalam ibu balik kerja bawa durian crepe. Aku tak pernah dengar pun pasal durian crepe ni. Tapi, ibu dah bawa balik kan, so aku pun rasa lah. Delicious! Rasa dalam dia memang betul-betul macam durian. Tapi aku confuse dalam tu cream buatan perisa durian atau pun memang isi durian? Kalau kulit luar dia pula, memang dah confirm tu buatan.

Ni lah rupanya.

Ni isi dalam dia. Hurmm..terliur aku tengok. Serius sedap!

Disebabkan nak tahu sangat apa yang ada kat durian crepe ni. Aku pun google lah. Rupa-rupanya durian crepe ni dah popular. Aku je yang tak tahu. Maklumlah.. cuti-cuti ni duduk dalam rumah je. Dunia luar apa pun tak tahu. Yang aku tahu pasal Palestin je. Tu pun sebab ada kat news feed facebook.

Ok, durian crepe ni memang dalam dia ada isi durian. Cream pun  ada juga. So tekaan aku tu berasas la juga. Rupa-rupanya, boleh juga kalau kita nak buat crepe untuk buah lain. Just, tukar filling kat dalam tu je. Tapi kan, untuk peminat manggis tu...boleh ke buat manggis crepe? Macam pelik pulak.

Kalau nak buat ni ada dua resepi. Yang guna lima jenis tepung boleh, yang satu lagi guna satu jenis tepung je. Rasanya kalau yang guna lima jenis tepung tu macam leceh sikit kan. Tapi, kalau nak tahu juga..boleh tekan link ni.




Kalau yang ni, satu jenis tepung je. Boleh try ni. :)


Bagi orang Utara tu terutamanya orang Penang, kalau nak beli. Boleh rujuk Shanaj Bakery .

Friday, November 30, 2012

C2-03: Semua masalah ada penyelesaiannya



Nokia C2-03 ni aku dah pakai dari bulan 11 last year. Sebelum dapat result PMR lagi. Masa tu excited sangat sebab first time dapat handphone touch screen sendiri. Yang lagi special nya, dah lah touch screen, boleh slide lagi. Aku pun tak sabar lah nak guna kan. Pujuk punya pujuk ayah, akhirnya dapat juga. Handphone ni ada keypad juga. Tapi, function keypad hanya diperlukan bila nak tulis sms sahaja.

Tak ada masalah apa-apa pun. Semua berjalan lancar je. Tak ada hang ke apa. Lepastu, aku try lah transfer lagu dari internet. Lepas cucuk USB je, keluar lah antivirus kat laptop aku yang mengatakan microSD phone aku ni ada virus. Aku dah saspen, tak tahu nak buat apa. Nasib baik antivirus delete sendiri virus tu.
Malangnya!! Semua data dalam microSD tu hilang. Dah tak boleh buka. Esoknya, adik aku pergi tukar microSD tu kat kedai. Nasib baik lah boleh dapat free. Tapi....semua lagu dalam tu KOSONG! TAK ADA! Kecewa sebab tak sempat explore pun lagi -,-'


Ok, tu bukan point yang aku nak cerita. Aku nak cerita kat sini yang setelah berbulan-bulan handphone ni digunakan dengan cermatnya,, siap masuk case lagi. Dia dah muuuulaaaaa dah tunjuk masalah. Kejap-kejap hang. Pastu ter'off' sendiri.Tu boleh tahan lagi sebab kadang-kadang je. Tapi, satu masalah yang membuatkan aku rasa macam nak campak je phone ni ialah, touch screen nya tak sensitive. Kena tekan banyak kali. Memang berasap lah telinga. Kalau kecemasan, jangan harap lah nak guna phone ni.

Aku dah start survey phone lain dah. Macam mana entah boleh terbuka hati nak explore handphone sendiri . Aku dah tahu dah kat touch setting ada calibration apa ntah kan. Aku pun buka. Saja nak main-main butang-butang kat situ yang dia suruh kita touch kat center of target. Aku buat banyak kali lah jugak sebab dah tak ada kerja.

Menu>Settings>Device>Touch Settings>Calibration

Pastu, bila aku return to  menu. Touch screen tu dah sensitive! Laju! Dah tak payah tekan banyak-banyak kali. Masa tu, rasa macam nak cancel je semua yang aku dah survey. Tak jadi beli baru. Biarlah handphone ni berbakti kat aku dulu. Nanti, kalau dia dah sakit kronik, baru aku cari pengganti.

So, kesimpulan kat sini, sebelum korang nak buang handphone lama yang bagi banyak masalah tu, better korang explore dulu benda yang ada dalam handphone korang. Search kat internet dulu mana tahu ada jalan penyelesaian. Tapi kan.., kalau memang dah kemaruk sangat nak beli handphone baru tu.....buat macam mana pun tak jalan jugak. Macam-macam alasan yang korang bagi nanti. Betul tak?

Sama lah macam kehidupan kita ni, setiap masalah, ada jalan penyelesaiannya kalau kita berusaha. Kalau kita tak nak berusaha, apa pun tak jadi. 

Sunday, November 18, 2012

Edit blog's time!

Gambar takde kaitan dengan entry ni. Just nak tambah penyeri entry je.
Penatnya edit blog ni! Aku dah lama tak terlibat dengan coding-coding ni. Dulu, masa belum masuk asrama..bolehlah terror bab bab ni. Dah masuk asrama, aku dah tak tahu macam mana nak godek-godek dah. Nasib baik lah ada berlambak tutorial kat internet yang boleh aku guna nak edit blog ni. Kali ni, aku guna blogskins punya template. Ambik je mana-mana yang rasa lawa, and aku edit lah mana yang patut.

Background ni aku tukar. Header, belum sempat lagi nak cari yang baru. Kalau tak jumpa sangat, aku buat sendiri je lah nanti. Dulu, aku guna washed denim punya template. Sekali, ada virus so, terpaksalah aku buang semua template aku tu. Kali ni, aku nak try guna washed denim balik tapi dah tak jumpa mana tutorial and aku tak tahu nak guna dah. Aku decide nak pakai blogskins.

Aku stay up sampai 1.30 pagi semalam buat benda ni. Nasib baik adik teman sambil main playstation. Lagu little things by one direction ni pulak aku terdengar kat blog siapa ntah, terus terpikat. Punyalah susah aku cari cara nak letak music dalam blog ni. Nasib baik effort aku membuahkan hasil. Kalau tak, sia-sia je.

Dah siap edit semua, baru aku teringat cara nak tukar template ke washed denim. Caranya, just tukar dashboard ke old interface. Barulah boleh pilih template washed denim. Haiyaa! Tapi, aku tak menyesal lah guna blogskins. Lawa jugak *Perasan sendiri :P

Blog pun blog juga. Homework aku tak lupa ok! Aku dah siap 50% of Folio Kabus di Perbukitan. Like my friend once said "Kita tak dapat lagi kn novel tu? So, we just have to copy paste, right?" Haha. I like those phrase.

Jadi, apa lagi! Sesi copy paste pun start lah. No! No! Aku tak copy paste secara membabi buta ya! Aku dah siap baca sinopsis every bab before aku start buat folio ni. Aku copy, paste..then aku baca every words, every sentence yang aku buat tu. Kalau ada error, aku betulkan. Kalau lack of information, aku tambah. Aku berazam nak buat homework kali ni all out. Sebab apa? Sebab this is my last end of year  school holiday. So, why not put all my effort in it, right?

I will miss this moments-bertungkus lumus buat homework- I guess.

Till then, tata!


Saturday, November 17, 2012

Malware? No more..


Sucuri
web site:inisayapunyaa19.blogspot.com/
status:Verified Clean
web trust:      Not Blacklisted
*This site was just scanned a few minutes ago.

Security report (No threats found):
check   Blacklisted:  No
checkMalware:No
checkMalicious javascript:  No
checkMalicious iFrames:No
checkDrive-By Downloads:  No
check   Anomaly detection:  No
check   IE-only attacks:    No
checkSuspicious redirections:    No
checkSpam:No



Nah! Haritu blog aku punyalah penat aku edit lawa-lawa. Tiba-tiba ada malware. Terpaksalah buang semua tu. Berbulan-bulan aku pergi sekolah, aku tinggal je blog dengan template yang buruk. Cuti kali ni baru sempat nak betulkan balik. Sebagai langkah berjaga-jaga, aku check dulu safety blog aku  kat website ni. Unfortunately, aku dah lupa nama website ni apa. -,-'

BLOG LIMIT?

Ingatkan twitter je yang ada tweetlimit. Rupanya blog pun ada limit jugak? Dengan bangganya aku mengatakan aku tak pernah kena tweetlimit, aku hanya kena bloglimit je. 

Friday, November 16, 2012

Hadiah Percutian

Cuti sekolah akhir tahun last aku. Next year dah SPM. Then, bukan namanya cuti akhir tahun lagi dah. Itu cuti tunggu result SPM. Wesy, tak sangka kan dah 16 tahun. Nak SPM dah pun. Rasa macam nak balik sekolah rendah balik. Nak start all over. And, disebabkan nak SPM lah, aku and kawan-kawan 'dibekalkan' dengan hadiah yang sangat best. Hadiah yang memang rasa tak cuti lah.

Ni hadiah yang memang jadi isi penting setiap kali cuti untuk budak STF.

BM-Folio Kabus Di Perbukitan
BI-Folio The Curse
ADD- Worksheet 2 set for Paper 1 dan 2
PAI-Folio Ayat Hafazan (Handwritten)
PHY-Past year questions
CHEM-Folio Soaps (Handwritten)
BIO-Correction Final Exam, Presentation
SEJ-Nota Bab 1, 2 dan 3.

Ok, total homework aku memang ada lapan subjek. Sila percaya! Satu subjek je yang takde homework which is MOD. Aku sangat happy! Terbantut niat nak pergi tuisyen. Holiday pun fikir homework. Seronok kan? Jom join aku bertungkus-lumus berperang dengan hadiah-hadiah ni.

Monday, June 4, 2012

Kelebihan Wanita Muslimah Berbanding Lelaki

Berikut merupakan keistimewaan wanita menurut Islam, menunjukkan betapa Islam begitu menghormati dan menghargai para wanita yang sholehah. Berbahagialah engkau wahai bidadari penghuni syurga…… !

1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

3. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.

4. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” tanya Aisyah kembali, Jawab Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1000 lelaki yang jahat.

22. Rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum air susu ibu (asi) kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn),maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

37. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

38. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

39. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

40. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.


Alhamdulillah, senangnya wanita nak dapat pahala. Tapi ingat! Nak dapat dosa pun senang. Kalau tak tutup aurat, berdosa. Tutup aurat tapi nampak bentuk badan pun berdosa. So, ingat-ingatlah ya!


p;/s: terbaca kat laman web pastu rasa nak share. sorry tak ingat laman web apa.

Sunday, June 3, 2012

Trip ke KL dengan train

Baru balik dari kl. Percutian 1 hari 2 malam. Dua-dua malam tidur kat atas keretapi. Seronok! Katil pun empuk. Masa malam nak pergi kl tu, family aku dapat katil dekat dengan pintu. Bising sebab orang asyik bukak tutup pintu tu. Pastu, ada pulak mamat bangladesh ni duduk kat pintu tu borak-borak. Aku nak tidur pun terganggu.

Aku and family naik train tu dari arau pukul 7.06 minit. Lepastu, dah settle down dalam keretapi, ayah aku suruh sembahyang dulu. So, aku pun pergi lah toilet tu. Toilet memang sempit lah. Nasib baik badan aku kecik. *Tetiba aku rasa untung jadi orang kecik*.

Ayah suruh sembahyang kat bawah, tapi aku nak jugak sembahyang kat katil aku. So, aku pun naik atas. Muatlah jugak. Sembahyang duduk. Then, lepas semua dah siap sembahyang, ayah ajak pergi cafe . Jalan kat dalam tu memang terhuyung hayang habis. Jauh jugak nak sampai kantin. Orang pun ramai. Jadi, jalan pun tersekat-sekat. Dah sampai kat situ, kami makan maggi :) Dah lama aku tak makan maggi ni. Mahal lah jugak. 1 cup maggi tu RM 4. Nasi lemak RM 5. Memang boleh pokai lah.

Lepas makan, aku dah tak tahu nak buat apa. So, aku baring je terus. Malas nak tunggu hadam. Sambil dengar mp3, aku texting dengan orang. Lama gila kami bertexting. Sampai pukul 12 lebih. Sempat jugak aku tanya soalan sensitif. :) And, jawapan dia buat aku terharu. Aku tertidur masa texting tu sebab dah ngantuk sangat.

Sampai kl lebih kurang pukul 6 pagi, lepastu pergi sembahyang subuh. Ingatkan nak mandi dulu, tapi shower room tak bukak lagi, so terpaksa lah pergi makan dulu. Lepas dah siap mandi semua, ayah ajak pergi Gombak. Nak tengok UIAM.So, aku ikut je. Masa naik bas tu, kepala aku terhantuk kat tingkap sebab aku tertidur. Mengantuk yang kronik!

Then, kami terus pergi Berjaya Time Square. Main kat situ sampai petang. Kaki pun lenguh gila. Masa mula-mula masuk, ada hantu kacau kami. Aku tak puas hati tengok dia dok gedik kacau orang sangat, aku pergi dekat dengan dia...pastu angkat kain hitam yang dia pakai tu. Aku terus larikan diri. Hantu tu kejar aku!! Tapi, dia tak boleh lari lah. Nanti hilang effect hantu pulak. Dia jalan je. Haha. Aku rasa hantu tu tak puas hati kot dengan aku.

And, selama 16 tahun aku hidup,, semalam adalah kali pertama aku naik roller coaster. Aku takut sebenarnya, tapi aku nak jugak rasa pengalaman tu, jadi aku beranikan diri. Masa naik benda tu, aku rasa macam nak terjatuh bila dia terbalik.. fuh! seram plus ngeri gila.Jantung macam nak terkeluar dah. Benda tu laju and bila sampai kat tempat yang curam, dia perlahan. Aku sempat betul-betulkan poket aku jugak sebelum dia laju balik.  Bila dah sampai kat stop dia, aku rasa lega gila. Bila turun tu, aku berpeluh-peluh and jalan pun melayang..Seram tapi best sebab adventurous. :)


Ada satu mainan yang dipanggil Oortz Express. Kat sini, benda tu laju gila sampai aku ter menggelungsur ke adik aku. Dah try nak pegang besi tepi, tapi mesti terlepas jugak sampai aku rasa macam nak tercampak keluar dari tempat duduk. Aku tabik lah kat sorang mamat ni. Dia berjaya pegang benda tu tanpa menggelungsur pun. Kuat gila tangan dia. Budak kat belakang aku pulak sampai terbaring-baring. :P

Tu je kot. Yang lain tu macam mainan biasa-biasa je. Malam tu, naik keretapi balik. so, pagi tadi baru sampai rumah. Apapun, experience naik keretapi sangat best. Badan pun tak penat :)


p/s: gmbr kat atas ni search kat internet je sebab aku tak banyak tangkap gambar pun.

Wednesday, May 30, 2012

Siapa Fatin Liyana?


Tadi aku baru baca blog Fatin Liyana. Adik aku selalu ikuti blog ni. Aku tak tahu apa yang best sangat. Tak teringin nak discover pun. Aku memang dah tak tahu nak buat apa dah bila online, facebook pun dah bosan. Aku TERbuka new tab, sekali ada link Fatin Liyana. Try click sebab nampak macam menarik je.

Sekali, bila dah baca..  Tertarik. Pastu dah melekat sampai nak baca kisah dia masa mula-mula blogging. Tak habis baca lagi. Mata dah berpinar-pinar dah lama sangat tengok skrin.  Aku baru tahu yang Fatin Liyana ni adalah bakal adik ipar Maria Elena. Maria Elena punya blog memang aku ikuti dari dulu lagi. Kalau siapa yang baru tahu tu, silakan lah buka. 

Monday, May 28, 2012

120


I miss 2011.
FORM 3!
PMR.
satu block, satu form
program after PMR yg macam-macam.
easier life.
but as juniors laa.

atleast, 
naik form four, 
boleh suka hati nak pergi meeting block ke x.
yg sememangnya aku malas nak pergi.

and, kerusi kitorang dah tak kena kacau kalau ada  program kat dewan.
last year, experience yang tak dapat dilupakan.
bentang suratkhabar,
buat homework atas lantai.
sedih betul kalau tgk.

nasib lah korang form 3 this year.
korbankanlah kerusi korang tu.

tapi, one thing 
 aku rasa this year, korang punya kerusi jarang kot kena.
untunglaa.

portfolio

homework BIO!
kena buat portfolio.
aku bersemangat gler nak buat sebab boleh type.
and memang lumrah aku, kalau homework guna computer, wajib lah homework tu siap dulu ..:)

aku dah buat cantik-cantik.
then, baru teringat project ni untuk PEKA.
xtaulah kena buat formal ke tak.
tapi, aku dah separuh siap. jadi, aku ignore je.

aku nekad nak text cikgu tanya psal folio tu.
the problem is, cikgu tak balas lagi.
pelik jugak sebab aku selalu tengok cikgu mmg tak pernah lepas h.phone tu.

maybe cikgu tido kot skrg
*think positive


WISH : TAK NAK LAH KENA BUAT FORMAL..
             CHEERFUL BARU BEST.! :)

Saturday, May 26, 2012

karnival hoki sbp 2012


KARNIVAL HOKI IS AWESOME!
STF jadi tuan rumah.
form 4 jadi ajk.

nice experience :)
.


119

I'm back home!
journey yang penat. pengalaman first naik teksi sorang-sorang.
orang lain smua dah tinggalkan aku pergi dulu.
takut jugak naik teksi tu. dah la jauh..
spanjang perjalanan, handphone mmg aku genggam. mata tengok signboard.

aku dah taknak lalui experience macam tu.

Wednesday, April 11, 2012

118



Terdengar lagu ni kat blog orang. Jatuh hati pulak! Comel.
Btw, rindu nak balik rumah. Lambat lagi laaa..

Friday, March 16, 2012

biologi punya pasal

NAK BUKU RUJUKAN BIOLOGY!
susah betul nak dapat. boleh dikatakan smua kedai buku kat kangar tu aku terjah tapi satu kedai pun xde jual buku bio. semua cakap dah habis. btw,ye ke dah habis? ke memang tak jual. haha. taktik perniagaan.

tolonglah! susah betul nak dapat. dahla bila balik skolah, nak outing punyaaaaa lah susah. =.='

Sunday, March 11, 2012

A LITTLE THING CALLED LOVE.


 A LITTLE THING CALLED LOVE.
Admire giler cerita ni! 
aku tengok cerita ni sampai menangis. 
Keluar hall je, mata dah merah.
Aku ingatkan aku je. 
Rupanya ramai lagi ::P.  
And, masa ambil share supper kat dining hall pun, abang tu toleh dua kali tengok aku. Pelik sangat ke? Haha.


Btw, admire actor dia ni. 

MARIO MAURER





261604_131558650256455_128188527260134_238324_6454662_n_large

401912_340272612656890_339664416051043_1494086_1320141068_n_large





So,tengoklah cerita ni. WAJIB!




Sunday, January 1, 2012

Azam 2012


Azam tahun baru aku. Tapi aku tak tahu aku mampu lakukan ke tak. Insya-ALLAH aku akan cuba. Aku teringin nak jadi perempuan yang dimaksudkan dalam sajak kat bawah ni.
Damn, I miss it...
The time when you looked so beautiful,
When, the cover you wear was long enough,
When, your words were carefully spoken,
When, your dress was so modest,
While in the real arena you were such a ferocious lioness, a real mujahidah,
I love that time, I love you just the way you are.
Damn, I miss it...
When you are not trying to look beautiful, you are,
When you quickly put your cover down when the winds blew it hard,
When you take another route just to avoid the opposite group,
I miss to see that calm sweet face,
I miss it when your face saddened by the reminders of God,
And I love you just the way you are.
Damn, I miss it...
When I tried to steal a look at your face,
I see tears rolling out with your hands up, praying,
When you deviate the gorgeous grey eyes away the moment yours met mine,
When you take no single glance at me when we pass by each other,
I love the way you talk to me, such composure and grace,
I love when your heart was so fragile to the Holy Words,
I love that time, I love you just the way you are.
Aku takut sangat kalau aku jadi camni. Aku taknak. Aku harap ALLAH akan jaga aku daripada jadi camni.
But now, I don't know what I am feeling,
The love is starting to fade, or what?
Jealous? Dissapointment? Hope?
I don't know...
It hurts me a lot, it's silently killing me inside.
Every single time I saw you in that apparel,
Every single time I saw you mingle freely without boundaries with the opposites,
Every single moment I saw that words coming from your precious lips,
Please, this is not the girl who I'd known before,
But still, remnants of my love are still there, I'm sure!


Credit sajak tu untuk iluvislam