Friday, November 30, 2012

C2-03: Semua masalah ada penyelesaiannya



Nokia C2-03 ni aku dah pakai dari bulan 11 last year. Sebelum dapat result PMR lagi. Masa tu excited sangat sebab first time dapat handphone touch screen sendiri. Yang lagi special nya, dah lah touch screen, boleh slide lagi. Aku pun tak sabar lah nak guna kan. Pujuk punya pujuk ayah, akhirnya dapat juga. Handphone ni ada keypad juga. Tapi, function keypad hanya diperlukan bila nak tulis sms sahaja.

Tak ada masalah apa-apa pun. Semua berjalan lancar je. Tak ada hang ke apa. Lepastu, aku try lah transfer lagu dari internet. Lepas cucuk USB je, keluar lah antivirus kat laptop aku yang mengatakan microSD phone aku ni ada virus. Aku dah saspen, tak tahu nak buat apa. Nasib baik antivirus delete sendiri virus tu.
Malangnya!! Semua data dalam microSD tu hilang. Dah tak boleh buka. Esoknya, adik aku pergi tukar microSD tu kat kedai. Nasib baik lah boleh dapat free. Tapi....semua lagu dalam tu KOSONG! TAK ADA! Kecewa sebab tak sempat explore pun lagi -,-'


Ok, tu bukan point yang aku nak cerita. Aku nak cerita kat sini yang setelah berbulan-bulan handphone ni digunakan dengan cermatnya,, siap masuk case lagi. Dia dah muuuulaaaaa dah tunjuk masalah. Kejap-kejap hang. Pastu ter'off' sendiri.Tu boleh tahan lagi sebab kadang-kadang je. Tapi, satu masalah yang membuatkan aku rasa macam nak campak je phone ni ialah, touch screen nya tak sensitive. Kena tekan banyak kali. Memang berasap lah telinga. Kalau kecemasan, jangan harap lah nak guna phone ni.

Aku dah start survey phone lain dah. Macam mana entah boleh terbuka hati nak explore handphone sendiri . Aku dah tahu dah kat touch setting ada calibration apa ntah kan. Aku pun buka. Saja nak main-main butang-butang kat situ yang dia suruh kita touch kat center of target. Aku buat banyak kali lah jugak sebab dah tak ada kerja.

Menu>Settings>Device>Touch Settings>Calibration

Pastu, bila aku return to  menu. Touch screen tu dah sensitive! Laju! Dah tak payah tekan banyak-banyak kali. Masa tu, rasa macam nak cancel je semua yang aku dah survey. Tak jadi beli baru. Biarlah handphone ni berbakti kat aku dulu. Nanti, kalau dia dah sakit kronik, baru aku cari pengganti.

So, kesimpulan kat sini, sebelum korang nak buang handphone lama yang bagi banyak masalah tu, better korang explore dulu benda yang ada dalam handphone korang. Search kat internet dulu mana tahu ada jalan penyelesaian. Tapi kan.., kalau memang dah kemaruk sangat nak beli handphone baru tu.....buat macam mana pun tak jalan jugak. Macam-macam alasan yang korang bagi nanti. Betul tak?

Sama lah macam kehidupan kita ni, setiap masalah, ada jalan penyelesaiannya kalau kita berusaha. Kalau kita tak nak berusaha, apa pun tak jadi. 

No comments:

Post a Comment