Friday, March 31, 2017

Paris Trip 27-29 March

27-29 Mac haritu, saya pergi Paris France dengan kawan-kawan KY dan Imperial. Kami pergi 9 orang! Ramai kan! Hahaha. Mula-mula risau juga macam mana nak gerak 9 orang ni, ramai sangat. Tapi end up, okay saja bila semua bagi kerjasama. Yalah, semua dah besar, pandai-pandai lah urus diri sendiri. Kami naik train Eurostar dari London St Pancras dan turun di Gare de Nord, Paris. Perjalanan 2 jam lebih kurang. Kejap saja. Selalunya tiket Eurostar ni mahal, tapi masa kami beli tu, ada promotion. So pergi balik dalam 56 pound rasanya (mahal juga sebenarnya tapi once in a lifetime kot?). Dah lupa sebab dah lama beli.



Day 1


So, my chilhood dream is fulfilled. Dapat naik Eurostar. Dulu pernah tengok kat Extreme Engineering pasal Eurostar ni. Dia unik sebab laluan keretapi ni lalu bawah laut. Eh bawah laut ke dalam laut? Haha oh my Malay! Tempat paling dalam ialah 50 m dan tunnel bawah laut ni, 50.45 km. Saya bayangkan maybe akan nampak ikan, obor-obor? Tapi lepas dah dalam train, gelap saja sekeliling tu. Maksudnya kat bawah laut dah lah tu. Dalam terowong. Saya pun baru terfikir, takkanlah dia nak bina struktur guna kaca, lutsinar, boleh nampak dalam laut kot. Mestilah bahaya. Bawah laut, pressure tinggi! Hahaha. Okay kawan-kawan, bayangan/angan-angan meleset sikit. Kalau nak tengok ikan bawah laut, pergi lah Aquaria kat KL tu. Aduh. Lawak bila teringat balik angan-angan childish ku.



ihsan Google
Kami beli tiket pagi, jadi lepas sampai tu, kami naik Uber, hantar beg pergi rumah Airbnb. 40 minit perjalanan. Kami sepatutnya ada 9 orang, tapi 4 orang saja yang naik Uber dan bawa semua beg simpan kat rumah. Ramai orang pesan, pergi Paris hati-hati. Banyak orang dah kena tipu, atau kena penyeluk saku. Jadi, kami ambil langkah berjaga-jaga untuk simpan beg kat rumah supaya tak lah obvious sangat kami ni pelancong. Lepas solat zuhur dan asar, saya dan 3 orang lagi kawan keluar semula dan kami naik RER dan Metro (mcm komuter/lrt/tube dan sewaktu dengannya). Jarak dari rumah ke stesen Metro, ialah 20 minit jalan kaki. Sepanjang jalan  tu, ada beberapa kedai kebab halal. Kawan saya singgah beli makanan. Kat sini lah language barrier kami teruji. Kawan saya order, dan kata nak take-away. Tapi orang tu tak faham. Kawan saya siap buat gaya, tunjuk luar kedai. Ingatkan pekerja tu dah faham, sekali dia datang kat tempat kami duduk bawa makanan untuk dimakan kat kedai tu.  Kawan saya kena tunjuk lagi sekali gaya nak keluar, sambil cakap "out...out...". Lawak betul situasi waktu tu.

Tempat pertama kami pergi ialah Arc de Triomphe. Tempat ni macam tugu peringatan untuk pahlawan-pahlawan Perancis. Saya tak sure ada kubur ke apa bawah tu.

The Arc de Triomphe honours those who fought and died for France in the French Revolutionary and Napoleonic Wars, with the names of all French victories and generals inscribed on its inner and outer surfaces. Beneath its vault lies the Tomb of the Unknown Soldier from World War I.

Kami ambil gambar kat tengah jalan. Dia macam sediakan tempat khas untuk orang berdiri ambil gambar. Takut juga sebab betul-betul tengah jalan kan. Kita memang put trust kat driver tu supaya jangan terbabas ke apa ke. Kat sinilah pentingnya trust tu. 

Bulatan di tengah jalan




Next, kami jalan kat Champs-Élysées . Ingatkan benda ni macam bangunan atau tempat apa-apa. Kami jalan jauh kat tempat tu, baru sedar, yang tempat ni macam Oxford Street/Chow Kit Road. Memang tempat shopping. Panas betul waktu tu. Matahari terik macam kat Malaysia. Lama dah tak rasa macam tu. Saya pelik tengok orang kat kedai-kedai makan tepi jalan tu, semua makan/minum sambil kerusi menghadap matahari. Macam berjemur macam tu (terlupa nak ambil gambar pula). Kami singgah Ladurée (kedai Macaroon terkenal kat Paris). Saya cuba makan Macaroon kat kedai tu. Lembut dan sedap! Satu macaroon, 2.10 euro. Sebelum beli tu, tanya dulu samada makanan tu suitable for vegetarian dan samada ada alcohol ke tak. Semua okay untuk dimakan kecuali satu sahaja. Tak ingat yang mana.
 Ladurée 
Ihsan dari Google

Lepas tu, kami naik Metro pergi Musee de Louvre (muzium yang ada potret Mona Lisa). Nasib tak menyebelahi bila muzium tu tutup. Jadi kami ambil gambar kat luar saja. Pukul 8 dah, tapi masih cerah. Maghrib masuk pukul 8.20 pm macam tu. Tak sedar dah malam!


Kawasan sekeliling Musee de Louvre

Pintu masuk Musee de Louvre


Day 2

Kami pergi Disneyland Paris dan luangkan masa sepanjang hari kat sini. Perjalanan dari rumah jauh, dalam 1 jam 30 minit sebab kena tukar metro 2 kali baru naik RER (RER yang dua tingkat tu). Kawan saya tertinggal printed Disneyland dia kat rumah kat London. Jadi masa on the way pergi Metro Station, kami singgah tadika yang ada kat laluan ke Metro Satation tu untuk pinjam printer. Saya cakap English dengan cikgu tadika tu, dia tak faham. Nasib baik ada sorang kawan saya dia pernah belajar French masa kat TKC dulu. Dia cakap "do you have" in French tapi printer tak tahu apa...jadi kami guna google translate. Alhamdulillah masalah selesai.

RER dua tingkat


Trademark Disneyland. Istana Belle dalam Beauty and the Beast

Pertunjukan bunga api dan lampu kat sini waktu penutup Disneyland.

Day 3
Dari rumah, kami naik Metro ke Catacoumb. Kubur kepada 6 million orang? Tiket mahal, dalam 12 euro. Kami kan student, duit melancong pun ikut gaya student lah. Jadi kami tak masuk. Haha.

The Catacombs of Paris (French: Catacombes de ParisAbout this sound  ) are underground ossuaries in ParisFrance, which hold the remains of more than six million people[1] in a small part of the ancient Mines of Paris tunnel network.

Rasa sia-sia pergi sini sebab tak masuk Catacoumb. Kami decide untuk jalan-jalan sikit tengok sekeliling. Ternampak kedai Paul (popular untuk roti-roti kat France). Kami singgah makan Baguet (roti panjang dan keras). Memang serius keras. Boleh buat senaman gigi dan gusi. Tak tahu kenapa orang France minat sangat. Mungkin sedap kalau makan dengan mushroom soup kot.
Paul Bakery kot nama dia. Tak sure pula.

Lepas tu kami pergi Eiffel Tower, dan kat sini memang kena berhati-hati sebab kawan saya dah terkena penyeluk saku kat sini masa dia pergi first day. Kan kami ada 9 orang, jadi kami pecah kepada dua group. Dia pergi sini waktu saya dan lagi 3 orang pergi hantar beg kat rumah Airbnb. Nak masuk kawasan Eiffel Tower tu kena pass by security. Kat bawah tu rasa selamat sikit. Kami keluar dari kawasan bawah Eiffel Tower tu pun sebab nak ambil gambar full video. Banyak orang approach sebab nak jual souvenir. Kena betul-betul berhati-hati dan keraskan hati untuk bertindak kejam, buat-buat tak nampak. Sebab depa banyak trick untuk tiba-tiba tanpa kita sedar, duit dalam poket beg, dah tak ada.(Bukan nak sangka buruk, tapi kena extra berhati-hati). Masa saya dan kawan beli souvenir, kawan saya dah keluarkan duit siap-siap dari beg, tapi bila tak cukup, kawan saya buka poket beg untuk ambil duit lagi. Tiba-tiba ramai orang yang jual-jual tu datang dekat sekeliling kami. Kami minta tolong untuk 3 lagi kawan, tengok kami dari jauh, takut ada apa-apa yang mencurigakan. Alhamdulillah okay selamat. Bila nak beli aiskrim, ramai pula lahhh pelancong Melayu kat kedai tu nak beli juga aiskrim. Orang Malaysia suka aiskrim ke? Haha.

Nasib baik ada kawan saya berdiri sebelah sebab dia kata saya hati lembut sangat, orang tegur nanti saya pun membalas teguran. Aduh. Dah macam bodyguard dah dia jaga saya. Thanks to her and I wish for more friend like her.  Nak ambil gambar Eiffel Tower ni banyak dugaan. Kami ambil giliran berdiri tengah-tengah jalan (jalan tak busy sebab dia macam roundabout kat Masjid Putrajaya tu). Sorang tukang ambil gambar, sorang gambarnya diambil, sorang lagi tolong tengok kereta datang ke tak. Lawak. Saya ada rekod video behind the scene ambil gambar tu, tapi video tu hilang! Sebabnya memori phone saya full dah. Tak sangka, 14 Gb dalam phone saya boleh habis, untuk 3 hari kat Paris. Hahaha.
Eiffel Tower

 Tempat terakhir kami pergi ialah Notre Dame Cathedral. Struktur bangunan ni unik sebab dia ada curve kat luar tu. Nak support struktur bangunan tu yang tak kuat bila dia melengkung ke luar. Kat sini, polis dia meronda naik kuda kat tengah-tengah jalan!

The Notre-Dame de Paris was among the first buildings in the world to use the flying buttress. The building was not originally designed to include the flying buttresses around the choir and nave but after the construction began, the thinner walls grew ever higher and stress fractures began to occur as the walls pushed outward. In response, the cathedral's architects built supports around the outside walls, and later additions continued the pattern. The total surface area is 5,500 m² (interior surface 4,800 m²).

Nampak tak macam ada penyokong tu untuk support struktur bangunan tu. Bahagian atas.
Kami balik rumah Airbnb naik Uber sebab baru terasa kepenatan berjalan sepanjang hari masa kat Disneyland masa hari kedua tu. 30 minit naik kereta. Penat sampai tertidur-tidur. Lepas solat zuhur dan asar, kami check out dari rumah dan pergi Gare de Nord untuk Eurostar pukul 8.13 malam. Kat imigresen kena tunggu lama sebab kat bahagian "ALL PASSPORT" waktu tu, satu kaunter saja yang dibuka. 7.45 malam, kami masih kat imigresen. Kami dah datang awal tapi proses imigresen tu lama sangat. 

Bila dah sampai London, bersyukur sangat sebab orang sekeliling dan papan tanda semua, dalam Bahasa Inggeris balik. Barulah kami faham apa yang ditulis. Kalau tak, tak faham!


Tips travel
1. Beli tiket yang kita akan sampai kat destinasi waktu pagi, supaya kita boleh gunakan hari tu sepenuhnya untuk mulakan bersiar-siar. Kalau perjalanan tu lama, tidur dalam bas/keretapi tu. Jimat juga kos penginapan untuk satu hari.
2. Uber lebih berbaloi dari teksi sebab kita dah bayar sebelum naik. Jadi, kalau jalan jammed ke apa ke, dia tak charge extra untuk masa. Kalau teksi guna metre, jalan jammed pun, which is bukan salah kita, kita akan di charge.
3. Pergi kawasan yang banyak penyeluk saku macam Eiffel Tower masa hari terakhir. At least kalau duit hilang pun, kita dah guna untuk hari-hari sebelumnya tu. 
4. Nak lebih berhati-hati, padlock beg galas tu. Tak kisahlah orang nak cakap apa. Saya padlock beg saya. Hahaha :P
5. Kalau pelancongan yang melibatkan imigresen, datang stesen tu awal supaya tak kelam-kabut. Proses imigresen lama.
6. Sebelum melancong, belajar sikit-sikit bahasa negara tu macam cara nak cakap terima kasih, sorry dan sebagainya. Yang lain boleh guna google translate. Tapi make sure ada mobile roaming, atau beli simcard negara tu bila sampai kat stesen. Masa saya pergi, sorang saja antara 9 orang tu yang ada simkad yang boleh diguna kat France. Dialah segalanya untuk kami bergantung dan tengok google translate.
7. Hidup akan lebih senang kalau download RATP dan Citymapper (peta transportation kat negara orang). Jangan lupa download Uber juga. Kalau pergi Disnyeland, download apps Disneyland Paris supaya dapat tengok waiting time untuk satu-satu attraction tu.
8. Cari kawan yang boleh tepati masa supaya pelancongan menjadi lebih tersusun.


Credit to Google untuk info dan beberapa gambar.


Wednesday, March 15, 2017

Tips Ingat Page Al-Quran

I have a tip nak ingat mukasurat mana yang kita baca bila kita baca al-Quran. Kadang-kadang kita confuse kan, nak sambung baca kat mukasurat sebelah kanan atau sebelah kiri? Kat mana kita kali terakhir baca? Jadi, saya nak share tips.

Kalau mukasurat sebelah kanan yang kita akan teruskan nanti, lepas baca, letak dua penanda kain yang ada dalam al-Quran tu.
Kalau mukasurat kiri yang kita akan teruskan bila sambung baca nanti, letak satu kain penanda kat mukasurat tu, dan satu lagi penanda kat mukasurat belakang.

Simple saja kan?

Kalau al-Quran kita tak ada penanda macam tu, mungkin boleh guna sticky note kecil tu untuk tanda page mana yang kita akan sambung baca nanti? Sticky note macam dalam video saya ni (yang bentuk anak panah warna pink).

Harap tips ni berguna.

And kalau sesiapa ada tips menarik lagi, boleh share kat comment. :)


Monday, March 13, 2017

I am their first time

What would you feel if you are the first granddaughter in your family?
You are the first daughter in your family?

I feel very special because a girl in a family enlightened everyone due to her cheekiness. Saya tak tahu orang lain nampak ke tak. Based on my observation, berbeza juga lah anak lelaki dan anak perempuan dalam keluarga. Kalau anak perempuan, mesti family tu macam lain macam mengusiknya kat budak tu. Pakaikan cantik-cantik, main pun comel-comel. Entahlah. That is what I feel.

What I really feel most of the time-
Bila kita cucu perempuan pertama, rasa special sebab nenek sayang sangat kat kita. Saya tak tahu kenapa tiba-tiba saya rindu arwah nenek saya. Masa saya kecil, bila balik kampung, dia mesti dah belikan saya aiskrim. Buka peti ais saja, mesti ada aiskrim dalam tu. Lepastu, ada satu memori yang paling saya ingat. Saya menangis dalam buaian sebab terbangun dari tidur. Ibu dan ayah saya cuba hayun buaian tu perlahan-perlahan sebab nak pujuk saya supaya jangan menangis. Tapi masa tu, saya tak berhenti menangis sebab saya nak nenek saya juga. Nenek saya tak ada kat rumah masa tu.

Saya tak tahu kenapa memori tu yang paling saya ingat sekali. Padahal masa tu rasanya baru 2 atau 3 tahun. Saya still boleh bayang suasana waktu tu macam mana. The view from inside buaian tu.

Bila jadi anak pertama dalam keluarga, saya rasa bahagia dan istimewa sebab dari saya, ibu ayah saya mula jadi parents. I am their first time. 

Why I am so emotional right now?
I miss everything about home and family.
Ni semua gara-gara terbuka website yang membuatkan terimbau kenangan waktu zaman kanak-kanak.

I am crying when I write this post.

Saturday, March 11, 2017

Belajar benda baru

So, tadi ada usrah dengan kak Syifa'. Usrah online sebab rumah dia jauh dari ahli-ahli lain. Aku kagum dengan dia sebab dia cerita dulu dia suka travel. Banyak tempat dah dia pergi. Sekarang dia ikut suami dia yang tengah buat PHD kat Imperial College London. Dia ada tiga orang anak. Kira macam super mom lah. Dia cerita pengalaman dia travel semua.

Anak dia, baby termuntah susu masa tengah usrah tu. Aku expect dia nak pergi basuh lah kan. Tapi tak pun, dia biar saja. Aku macam "okay, mak-mak memang tak geli kot anak dia buat apa pun". Lepas tu comel sangat sebab anak dia menangis kejap tapi bila mak dia teruskan juga usrah, anak dia tu tertidur. Hahahaha.

Okay, kak Syifa share pasal tajwid. Kan kalau dalam al-Quran tu kadang-kadang kita terjumpa ayat yang mula dengan macam ni, lepas tu selalu confuse macam mana nak baca kan? I found a blog yang summarize terus apa yang aku belajar tadi. Aku nak type satu-satu takes a lot of effort kan. Sebenarnya ada assignment tak siap lagi ni. Tapi nak rehat jap dan nak share pasal usrah tadi. So, aku ambil dari blog kakak ni ya untuk share kat sini.


Perkongsian kali ni ialah cara bacaan Hamzah Wasal dipermulaan ayat. Bagaimana kita nak mengenal hamzah wasal?

HAMZAH WASAL: 

Mengikut Rasm Uthmani, ditulis dengan huruf Alif dan diletakkan tanda seperti kepala huruf Sod.

Terdapat
3 cara bacaan Hamzah wasal dipermulaan ayat seperti di bawah:


1. Cara bacaan baris atas

Apabila bermula dgn alif lam, bacalah hamzah wasal itu seolah-olah ia berbaris di atas.
(Cth Al-Fatihah:1)  
Cara bacaan: Al hamdulillah





2. Cara bacaan baris bawah

Bila tidak bermula dengan alif lam, kita perlu lihat huruf ke 3. Jika ia berbaris atas atau bawah, bacalah seolah-olah hamzah wasal itu berbaris bawah.
(Cth Yaasin:64)
Cara bacaan: Is lauhal yauma



(Cth At-taubah:41)Cara bacaan: In firu khifafan






3. Cara bacaan baris hadapan

Bila tidak bermula dgn alif lam dan huruf ke 3 berbaris hadapan, bacalah seolah-olah hamzah wasal itu berbaris hadapan.
(Contoh An-nisa:50)
Cara bacaan: Un zur kaifa













Berguna kan maklumat ni? At least bagi aku, aku rasa berguna lah. :)

Oh...haritu aku dengan kawan-kawan pergi rumah kak Syifa'. Masa tu ada dia dengan anak-anak dia saja. Lepastu, masa kak Syifa' nak masak roti untuk anak dia yang dah besar sikit tu, Kak Syifa' minta aku pegangkan baby tu. Aku tak reti. Takut dia sakit lengan sebab nak dukung bagi dia berdiri macam tu lama-lama. Tapi, kak Syifa' cakap, baby tak sakit kalau kita pegang macam tu. Aku tak tahu sebab kat kampung tak pernah pegang baby kecil macam tu lama-lama. Selalunya kejap saja, tak sempat nak penat pun.

Sekejap saja baby Kak Syifa' dah besar. Last sekali aku melawat dia masa dia baru lahir. Ni dah pandai gelak dah. Huaa rindunya kat adik-adik aku. Dulu masa depa kecil, aku yang kena jaga bila mak aku ada kerja. Kena basuhkan tuttt bila pampers penuh. Ni kalau adik aku melawan cakap aku ni nanti, siap depa, aku ungkit balik. :P



Thursday, March 2, 2017

Mac

*My favourite month of the year is here! I like March but I don't like it when it passes by so quickly*

Okay, sepanjang hampir 21 tahun saya hidup, dan tahun lepas mula jauh beribu batu, lebih tepat lagi, 10,154 km dari keluarga, (belajar kat Johor dari umur 13 tahun tu dan keluarga kat Perlis tu kira jauh juga ya), saya belajar macam-macam benda baru. Saya belajar travel dengan kawan-kawan, belajar masak, belajar urus duit sendiri, belajar beli barang tanpa sentiasa minta nasihat ibu, belajar jalan sorang-sorang pergi kelas, belajar jaga diri sendiri, belajar mengajar budak mengaji.

London ke rumah


1. Travel dengan kawan-kawan
Alhamdulillah sepanjang 6 bulan saya kat sini, dah pelbagai tempat saya berpeluang untuk pergi. Kalau yang luar London, saya dah pernah pergi Brighton (kawasan pantai) , Glasgow dan Edinburgh (Scotland), Gloucester (Daisuki) , Hastings (kawasan pantai) , dan Sheffield (Malaysian Games). Nanti saya tulis pengalaman saya pergi semua tempat ni. *Bila sempat dan bila rajin*. Kalau yang dalam London, saya dah pergi Big Ben, London Eye, Camden Market, Sea Life, Shrek, China Town, Greenwich Meridian, danWinter Wonderland (funfair yang ada waktu winter sahaja).

Teringat waktu kecil-kecil, saya dan adik-adik main kat luar rumah dengan jiran. Lepas tu, ibu saya dan ibu jiran, akan suap kami makan nasi sambil kami tengah main. Sambil-sambil tu mereka bersembang. Jiran harmoni sangat. Dulu, kalau mak saya masak telur goreng kicap pun saya dan adik-adik akan berebut-rebut untuk giliran disuap. Sedapnya masyaAllah tak terkata. Itu lah yang paling saya ingat, favourite saya dan adik-adik waktu kami kecil. Dah besar ni, makanan favourite dah jadi advance sikit. Hahaha.

Oh, tujuan saya cerita ni, sebab nak cakap yang dulu waktu kecil, saya dan jiran pernah cakap yang bila dah besar, kami nak melancong tempat-tempat sejuk. Lepastu saling berlawan cakap, nak pergi London lah, nak pergi Scotland (lagi sejuk), nak pergi Ireland (lagi lagi sejuk) . Hahaha masa tu tak tahu sejuk tu sejuk macam mana kan. Yang penting siapa pergi tempat yang lebih sejuk, dia menang. Naif sangat alahai. Sekarang,haa ambillah rasakan sejuk tu. Tahan ke tak tahan. Beku ke tak beku. Kebas ke tak kebas walaupun baru kat tempat yang orang kata tak sesejuk kawasan lain.

Saya teringin juga nak pergi melancong dalam Malaysia dengan kawan-kawan. Contohnya macam pergi pantai-pantai. Pantai kat Terengganu semua nampak cantik. Pantai di Perlis tak boleh nak bermandi-manda atau buat istana pasir, sebab pantai kotor. Dengan lebih tepat lagi, pantai berselut/berlumpur. Tapi, Allah dah bagi peluang kat negara orang melancong dengan kawan, biarlah kat negara sendiri, kita melancong dengan keluarga kan...

Saya nak pujuk ayah saya melancong lagi hahaha. Dulu waktu saya dan adik-adik kecil lagi, pantang cuti sekolah, mesti saya dan keluarga tak lekat kat rumah. Asyik jalan saja sampai saya pun jadi layu. Kami selalu pergi KL, negeri pantai timur, terutama Terengganu dan selalu pergi Pulau Pinang. Bila adik-adik dah besar ni, cuti pun asyik tak sama, kami jarang jalan dah. Tunggu raya baru senang nak cuti sama-sama.

Dari dulu sampai sekarang, ayah selalu pesan, "jangan tidur. Jangan tidur. Tengok pemandangan sekeliling tu. Nanti kalau orang cerita, kita tahu. " Masalahnya saya pening jalan bengkang -bengkok! And saya telah mencipta satu teori, "bila siang, matahari memancar ke dalam mata, jadi kita akan rasa silau. Bila silau, mata akan automatik dikuyukan. Jadi, itulah sebabnya, bila travel siang, tidur. Bila malam, mata terbuka luas". Harap-harap ayah saya terima lah teori saya ni. Hahahaha.

Tapi disebabkan pesan ayah saya tu, bila saya travel kat sini, saya akan pastikan saya dah tengok pemandangan dulu, dah puas register dalam otak, baru saya tidur.
Video di Hastings dengan housemates


2. Masak
Umur 13 tahun saya dah mula duduk asrama. Jadi saya telah mencipta satu lagi alasan, "kalau saya belajar masak, saya hanya akan boleh masak setiap kali balik cuti sekolah. Cuti sekolah, 3 bulan sekali. Tu pun sekejap. Jadi, saya akan lupa resepi. Jadi, saya tak berminat nak belajar. Cuma akan tolong-tolong sikit saja. " Alasan lapuk sangat kan? Tapi yang penting, kalau kerja basuh pinggan, tu memang kerja saya. Nasib baik skill siang ikan,hiris daging,potong bawang, potong sayur, ibu dah ajar masa saya sekolah rendah. Tak ada lah tak tahu semua benda! Terima kasih ibu.

Lepas tu, skill potong sawi, skill siang udang, skill siang sotong, saya belajar sikit-sikit bila dah sekolah menengah. Time menyibuk sekejap-sekejap tu, saya observe lah mak saya buat apa. Ibu selalu risau. "Macam mana ni, dah besar tak tahu masak lagi ni". Tapi rasanya sekarang ibu tak perlu risau lagi kot. Saya insyaAllah dah pandai masak. Datang UK, teringin nak makan masakan melayu, apa lagi, masak sendiri lah. Kalau nak beli kat Malaysian Hall setiap masa, pokai lah. So, kita mula dengan baby step. Tengok resepi  kat google. Pastu try buat sendiri. Laptop tu sampai bawa masuk dapur sebab nak tengok resepi! Semua benda saya excited nak cuba. So setakat ni kat sini, saya dah pernah masak:

1. Ayam masak kurma
2. Nasi rendang
3. Ayam masak kunyit
4. Kari ikan
5. Kari udang
6. Broccoli tumis
7. Ikan masak singgang
8. Nasi lemak (masak dengan kawan-kawan. Semua amatur!)
9. Sambal ikan
10. Cheese wedges (KFC UK tak ada cheesy wedges. Sobs)
11. Ayam tiga rasa
12. Kari ayam
13. Ayam masak paprik
14. Ikan bakar
15. Asam pedas ikan
16. Ayam masak lemak cili api (dengan bantuan sifu)
17. Kangkung goreng belacan
18. Sardin (hahahahaha. Buka tin saja dan tambah bawang)

Cheesy wedges

Ayam masak kunyit


Lepastu setiap kali masak, hantar gambar kat family. Lawan dengan adik lelaki, siapa masak lagi best. (Dia pun duduk rumah bujang sebab belajar jauh dari family).  Jadi, ibu saya tak perlu risau dah saya ni tak reti masak. InsyaAllah boleh survive lepas ni dan boleh dah balik ni sediakan makanan untuk family. And, many more recipe to come! *Teringin nak belajar resepi asam pedas makcik yang memang kaw kaw punya*.

Tengok, baru cakap. Dah dapat whatsapp notification dari mamat ni.


Saya dapat buat kesimpulan, resepi ni, kalau kita dah tahu rasa masakan tu macam mana, lepas tu kita dah boleh main agak dah bahan apa yang diperlukan. Tak perlu tambah aksesori sangat pun. Yang penting ada rasa tu. Dulu saya ingatkan kalau belajar masak tu maksudnya, kena duduk dengan pen dan buku nota kat tangan. Rupanya, lepas dah biasa, guna instinct saja.

Kepada ibu-ibu dan bakal ibu mertua*eh? hahaha* di luar sana, jangan risau anak tak reti masak. Bukan tak reti, cuma belum lagi tu. Dia akan reti bila dia terpaksa survive sendiri untuk makan. Yang penting, nak cuba, nak usaha. Kalau tahu masak tapi malas, tak jadi juga. (Malas macam mana pun, masuklah dapur ye adik. Dapatlah tangkap sikit-sikit skill tu bila tengah urgent nak guna nanti.)

3. Jadi babysitter dan ajar budak-budak mengaji
Okay, tak pernah terbayang pun akan tolong jagakan anak orang. Kalau kat kampung tu, bila jaga anak orang, selalunya mak dia dekat saja. Kat dapur atau pergi tandas saja pun. Tapi kali ni mak dia,pergi tempat lain. 

Ceritanya macam ni, housemates saya rapat dengan sorang kakak ni. Dia ada 3 orang anak, jadi bila dia dan suami ada urusan kerja, kakak ni akan minta tolong sesiapa antara housemates saya untuk jaga anak-anak dia. Jadi, pernah sekali tu, saya dengan Kak Farah nak bawa 3 orang budak-budak ni, dari Malaysian Hall untuk balik rumah. Masa tu baru lepas program Little Muslim Project (LMP) kat Malaysian Hall. Saya bawa makanan tapau untuk breakfast keesokkan harinya. Lepas tu budak-budak ni lari-lari. Risau lah juga sebab kami jalan dekat dengan jalan raya. Saya pun kena berlari sekali nak kejar budak-budak ni takut lintas jalan sesuka hati. Sampai-sampai rumah baru perasan, kuah kicap dah tumpah kat baju. Hahaha haiya. Baru jaga beberapa minit, baju dah comot-comot. Baru lah saya faham macam mana perasaan ibu saya jaga saya dan adik-adik masa kecil dulu. Ibu tak kisah pun baju comot ke apa ke. Yang penting kami semua kenyang dan selamat. 

Little Muslim Project ni, aktiviti Malaysian  student yang buat degree kat London untuk ajar adik-adik mengaji masa ibu ayah mereka tengah baca Yasin dan dengar ceramah kat dewan lagi satu. Ustaz yang ketuai program ni.  Program ni setiap hari Khamis malam Jumaat. Lepas program selalunya akan ada sorang kakak atau abang untuk ajar adik-adik ni adab-adab dalam Islam dan sambil-sambil tu selit lah juga pasal adab-adab Melayu. Kalau dengar budak-budak ni speaking, kita akan kagum dengan slang mereka. Masa mula-mula saya join LMP ni, terbelit juga lah lidah nak speaking dengan budak-budak ni. Insecure pun ada. Alhamdulillah sekarang dah terbiasa.


Iman, my favourite.
Saja letak gambar sebab saya tahu parents saya baca blog ni. 
Gambar ni kat facebook LMP sebenarnya.



Benda paling besar yang saya belajar ialah sabar. Selalunya, kelas kat universiti habis bila dah lewat petang. Lepas tu, pergi LMP pula. Kadang-kadang budak-budak ni bising, lari sana lari sini. Pening kepala dibuatnya. Biasalah budak-budak, fokus tu kejap sangat. Tengah baca Iqra', tiba-tiba kawan dia yang dah siap baca, ajak sembang pula. Saya yang tengah ajar ni, kenalah bersabar. Hanya boleh cakap kat diri sendiri, "sabar Zaimin...sabar..." sambil cuba curi fokus dia balik. Lagi satu, budak-budak suka achievement, jadi kita kena selalu puji dia supaya dia lebih semangat. Dia dapat kenal huruf dan baris pun, dia dah cukup seronok dah. Bila tengok dia seronok, dalam hati kita akan, "wow...you are that happy" dan kita pun akan rasa seronok sekali. 


4. Urus duit
Duit mengalir bagai air bila bab makan dan pengangkutan.Bila kat rumah tak perlu risau pasal makan kalau tak ada duit pun sebab semua mak ayah dah sediakan. Hehe *sorry ibu, sorry ayah*. Sekarang ni, kena belajar jadi dewasa. Bayar sewa rumah pun sendiri. Kalau tak pandai urus duit, boleh saja akhir semester, duit tak cukup. Nak makan kat luar boleh, tapi tak boleh selalulah. Pokai nanti. Jadi pandai-pandai lah survive sendiri.
Contoh perbelanjaan selama sebulan


5. Beli barang sendiri(jimat sendiri)
Ni dari segi pilih baju dan barang-barang lain. To be honest, saya tak beli pun baju kat sini selain dari jaket. Rasa macam tak berbaloi. Kalau kat Malaysia, boleh dapat dengan harga yang lagi murah dan lagi banyak. Jadi baik beli kat Malaysia saja. Lagi banyak pilihan. Selalunya kalau kat rumah, saya dah terbiasa nak beli apa-apa baju, mesti tanya ibu dulu okay ke tak. Lepas tu, dah sampai rumah...bermulalah sesi bergaya, buat bagi sopan habis, dan pergi tunjuk kat ayah. Kalau tunjuk kat ayah, and ayah approve dan senang hati, baru saya pun tenang nak pakai kat luar. Kalau tak nanti ayah akan cakap, "pakai apa ni?" Cuak ooohh kalau ayah tanya macam tu. Kadang tu, sebelum tanya ayah, tanya kat adik lelaki yang umur 20 tahun tu dulu, "angah, okay tak? Tutup aurat?". Kalau dia kata okay, then tak risau sangat nak pergi tanya approval ayah pula. I think I will forever be ayah's clingy daughter. 😍

6. Jaga diri sendiri(aplikasikan apa yang ibu dan ayah dah didik dari kecil)
Hati-hati bila cakap dengan strangers. Ramah tu boleh tapi kena berpada-pada. Saya selalu saja jalan balik atau pergi mana-mana terutamanya pergi kelas sorang-sorang. Ibu selalu risau. Ibu kata, JPA bagi duit tu untuk kegunaan kita, tak perlu nak berjimat sangat sampai keselamatan tak jaga. Okay, saya setuju dengan nasihat ibu tu. Tapi niat utama saya bukan nak jimat, niat utama saya, sebab saya malas nak tunggu bas. Kalau jalan kaki, sekejap saja dah sampai rumah. Tapi lepas ibu dah nasihat macam tu, kenalah ikut. Ibu do that for reasons. Ibu ayah kita sayang kita. Biar banyak belanja, yang penting kita selamat.

*Now, I miss home so so much* 🙇