Wednesday, March 26, 2014

Second Immersion

2. Immersion di MTD.

Ok, yang ni second immersion and yang bestnya, satu batch Quintessence terlibat. No pilih-pilih. But so sad, ada yang terpaksa balik rumah sebab sakit. Immersion ni dari 27-30 Jun. Immersion dengan MTD memang dah annual activity STF dah. Start masa aku form 1 kot. So, tahun ni giliran MTD jadi tuan rumah. Kami sampai lambat kat situ sebab apa entah. Nasib baik lah the boys ni penyabar. Ok, kali ni pun lawak sebab ramai kawan-kawan aku yang cuak. Maklumla, masa masuk tu, macam masuk kem askar dah. Tapi serius,pemandangan sangat cantik.Ok, aku pergi mana-mana mesti nak mention pemandangan kan? Sabar saja lah. Baca saja entry aku ni sampai habis.

First session started dengan kelas sejarah. Cikgu sejarah MTD hebat so, kami pun menerima lah ilmu yang dicurahkan oleh cikgu hebat ni. Nama cikgu, Cikgu Mike Mahen. Macam-macam cara peta minda dia ajar. So, senang sikit nak ingat. Ooh,, ni rupanya teknik nak ingat sejarah. Baru la aku tauuuuuu. Ok, students STF and MTD  dibahagikan kepada 40 group kalau tak salah aku. Aku group 38 and dalam group aku tu ada 3 girls and 4 boys. Ok, kali ni ahli ramai.  Lepas tu, cikgu suruh jangan duduk berpuak-puak. Dah terpaksalah kena duduk berselang-selang. Ni ada sorang budak ni hebat lah jugak dia ajar aku sejarah. Nama dia Nasrul. * Sila bangga sebab nama kau masuk blog aku.

Sesi belajar biasalah macam-macam worksheet dapat. Worksheet chemistry, cikgu cakap esok pagi-pagi nak bincang. Aiyoyo! Macam mana nak siapkan ni??!! Terpaksalah malam tu, aku and the geng buka pintu and guna lampu koridor, buat worksheet chemistry. Sadis jap. Tak berani nak buka lampu bilik/asrama/dash sebab sekolah orang. Kalau kat sekolah aku, aku switched on saja lampu tu.Hehe, warden2, jangan marah aaaa..

Aku dapat jumpa kawan sekolah rendah aku kat sini. Shahrul nama dia. Jumpa-jumpa saja, dia ejek aku. Aii, melampau betul. Ejek-ejek sampai orang tengok pun pelik. Datang mana budak dua orang ni, macam dah lama kenal ja. Hahaha. Mana taknya, masa sekolah rendah, geng perempuan memang gaduh ngan ngeng shahrul ni sebab berebutkan trolley tukang kebun. Zaman kanak-kanak duluuuu. Silly betul.

Petang-petang pula, kami boleh riadah. Ok, ni sangat best sebab aku and stfians lain dapat peluang berkayak. First time berkayak ooo. Mula-mula rasa awkward sangat sampai langgar tebing. Bikin malu saja stuck depan ramai orang. Nasib baik lepas tu, dah dapat control boleh bawa sampai tengah tasik. Tiba-tiba rasa tak mau kembali ke darat. Nak berkayak je boleh tak? And, end up..lepas dah habis program, someone told me yang air tasik tu sangat lah busuk dan kotor. ERRKK -,-" why don't u guys told us earlier meh?

Disebabkan canoe tu tak cukup, so separuh girls pergi cycling. Seram lah kot sebab turun bukit semua. Yang jatuh pun ada. Kenangan pahit jap. Dahla malam tu ada dinner...Aku tak pergi cycling sebab tak ada mood. End up, jadi macam tu pulak.

Malam dinner ni terharu lah kejap. Boys from MTD ni  buat video. Hahaha banyak gambar candid. Lawak lawak. Ada persembahan from the girls and boys and makan kambing golek? Ke bakar? Entahlah. Aku tak makan itu kambing sebab tak biasa maa. Tengok je la budak depan aku makan dengan penuh selera tak tengok sekeliling dah. Well, makan rasa awkward kot. Tak pernah-pernah makan campur gini. Overall, the dinner was awesome (Y)

Ok, so....30 Jun we are supposed to go home(STF) lah kan. Tapi...bas ada problem. Terpaksalah tunggu sampai petang baru bas dapat ambil kami-kami ni. Nampak sedih sangat. Tapi takpela. At least dapat join activity OP-PP MTD. Nampak semangat sekolah di situ even dah lama keluar pun..
Ada game futsal, rugby, takraw, hockey, basketball...abseiling..Ok, semua ni, STF jadi penonton saja. Hahaha. Aktiviti yang kami boleh join was abseiling. Tapi, aku tak join pun. And lagi satu,terharu sebab masa nak balik, boys ni nyanyikan lagu Auld Lang Syne. T.T

Dah? Habis dah program-program ni, STF pun bertolak balik ke sekolah!

Ok, overall best sebab dapat banyak teknik belajar baru yang amat, amat, amat berguna. Thanks everyone! :)

Ni before kayak. Muka semua orang excited.

No comments:

Post a Comment