Nak dalam bahasa melayu ke english? Erm...bahasa melayu la kali ni. Laju sikit aku boleh merepek. Ok, kan aku pernah cakap nak post pasal immersion masa kat STF dulu kan, ni aku nak cerita la ni. Lambat gila aku nak tunaikan janji. Maklumlaa, malas nak update blog. Tapi, jangan cakap aku lupa blog aku tau! Aku ingat saja..
Ok, STF selalu buat immersion sebab cikgu-cikgu aku , cikgu-cikgu yang cemerlang. They want us to learn with new people and know new methods. Lagipun, cikgu-cikgu aku ni rapat dengan cikgu-cikgu sekolah lain. Maklumla, hubungan diplomatik :)
Ok, masa 2013 kan aku form 5, so immersion tu memang wajibla ada. Masa tahun aku, aku pergi 3 saja. Total immersion ada 5 sebenarnya. Haa. Percaya tak aku cakap yang kami ada banyak immersion? Tak percaya lagi??!! Meh, nak cerita.
1. Immersion di MOZAC
Ok, masa ni cikgu pilih top 40 dari final exam selaras SBP Form 4 (2012). Alhamdulillah aku terpilih. So, kami bertolak lah ke MOZAC dengan perasaan yang berdebar-debar. Ok, sampai-sampai sana, STF is the first school to arrive so, we managed to get some rest while waiting for MCKK. Kami tumpang bilik tumpangan kat asrama perempuan. Agak terkejut la sebab semua students perempuan MOZAC, duduk satu blok. Yalah, mana tak terkejutnya, STF ada 5 blok kan. MOZAC ni, ada satu blok saja and muat! Ok, faham, MOZAC is a co-ed school. Ada lelaki juga so logik la kalau nak cakap, semua perempuan muat duduk satu blok.
MCKK sampai malam and kami punya sesi suai kenal dibatalkan. Hahaha its ok. Tak kisah sebab kami ada chance pusing tengok pemandangan di MOZAC waktu malam. Cantik sangat! Dahla atas bukit. Memang cantik sangat! Pastu, girls bawa kami pusing-pusing blok sekolah. Dapatla tengok macam mana suasana prep yang campur boys and girls. Ok, agak excited masa pusing tu sebab sekolah sendiri memang totally lain lah suasana prep. Our immersion first started the next day. Aku tak tahu siapa yang ketuai bacaan Yaasin. Tapi agak lawak sbb ketua untuk bacaan Yaasin tu nampak cuak. Relax brader. Kami semua org jugak :P
Overall, sebenarnya ok saja dia ketuai bacaan Yaasin tu. Mula-mula saja nampak cuak.
Ok, SBPI Selandar dan KYS pun join juga. So,yeah the more, the merrier. Seronok dapat berbahas pertahankan jawapan masing-masing everytime ada soalan baru muncul. Masa tu kan awal tahun, so tak strong lagi. Jadi, banyak lah jugak yang aku blur especially bio. Cikgu bio MOZAC hebat sangat! She taught us to answer the questions sampai ke lubang cacing sampai orang dah tak boleh soal dah.
Ok, nampaknya dah panjang dah aku cerita.Sekarang nak masuk bab jalan-jalan ke Dataran Pahlawan.
Malam last or second last tu, kelas habis lambat tapi maybe cikgu kesian tengok kami ni stress belajar, cikgu-cikgu bagi chance kami jalan-jalan. Tapi, kesian dekat students MOZAC sebab tak boleh ikut. So, here we go. MCKK and STF jalan-jalan kat Dataran Pahlawan pada pukul 12 lebih. Rare tak rare? Rare sangat kan. Dahla boarding school students, jalan malam-malam kat luar after midnight. Girls pakai baju kurung pulak tu. Memang aku nak tergelak and control segan masa tu bila orang sekeliling tengok kami jalan ramai-ramai dengan baju kurungnya. Ok, teachers from MCKK and their students yang lebih risaukan kami. Siap ada yang bila terserempak, dia pesan "Korang jangan pergi tempat gelap. ai Ok, thanks sebab berpesan-pesan. Rasa secure sikit. Bhahaha. Lawak pulak.
So, malam tu tak beli apa-apa pun kat stall jual macam-macam tu sebab tak tahu nak beli apa. Kami SEMUA ramai yang serbu McD. Ok, nampak tak betapa kelaparan nya budak asrama. Kuat makan walaupun makanan kat dining hall sangat mencukupi sebab asyik makan saja. Kalau orang yang tak pernah miss makan kat dining hall, dia akan tak sempat rasa lapar pun actually.So, jangan teragak-agak, sila la masuk asrama ya. *hiperbola jap.
Kat hostel perempuan ada banyak monyet sebab duduk depan hutan kecil. Sama saja macam kat STF. Tapi unique nya nak tahu tak apa? Students MOZAC letak stuffed tiger yang besar punyaa dekat koridor. Terbukti berkesan sebab monyet tak berani kacau orang. Give a round of applause to the girls and maybe boys too.
Ok, gambar groupmate aku.Overall, best sangat sebab aku dapat kawan baru. Namanya Syuhada, Syamil, Aniq,Syazwan. Haha kenapa ramai lelaki ni? Sebab dalam group aku, Syuhada dan aku saja perempuan. Tak seimbang betul. Nah, tengok la.
No comments:
Post a Comment