Friday, November 30, 2012

C2-03: Semua masalah ada penyelesaiannya



Nokia C2-03 ni aku dah pakai dari bulan 11 last year. Sebelum dapat result PMR lagi. Masa tu excited sangat sebab first time dapat handphone touch screen sendiri. Yang lagi special nya, dah lah touch screen, boleh slide lagi. Aku pun tak sabar lah nak guna kan. Pujuk punya pujuk ayah, akhirnya dapat juga. Handphone ni ada keypad juga. Tapi, function keypad hanya diperlukan bila nak tulis sms sahaja.

Tak ada masalah apa-apa pun. Semua berjalan lancar je. Tak ada hang ke apa. Lepastu, aku try lah transfer lagu dari internet. Lepas cucuk USB je, keluar lah antivirus kat laptop aku yang mengatakan microSD phone aku ni ada virus. Aku dah saspen, tak tahu nak buat apa. Nasib baik antivirus delete sendiri virus tu.
Malangnya!! Semua data dalam microSD tu hilang. Dah tak boleh buka. Esoknya, adik aku pergi tukar microSD tu kat kedai. Nasib baik lah boleh dapat free. Tapi....semua lagu dalam tu KOSONG! TAK ADA! Kecewa sebab tak sempat explore pun lagi -,-'


Ok, tu bukan point yang aku nak cerita. Aku nak cerita kat sini yang setelah berbulan-bulan handphone ni digunakan dengan cermatnya,, siap masuk case lagi. Dia dah muuuulaaaaa dah tunjuk masalah. Kejap-kejap hang. Pastu ter'off' sendiri.Tu boleh tahan lagi sebab kadang-kadang je. Tapi, satu masalah yang membuatkan aku rasa macam nak campak je phone ni ialah, touch screen nya tak sensitive. Kena tekan banyak kali. Memang berasap lah telinga. Kalau kecemasan, jangan harap lah nak guna phone ni.

Aku dah start survey phone lain dah. Macam mana entah boleh terbuka hati nak explore handphone sendiri . Aku dah tahu dah kat touch setting ada calibration apa ntah kan. Aku pun buka. Saja nak main-main butang-butang kat situ yang dia suruh kita touch kat center of target. Aku buat banyak kali lah jugak sebab dah tak ada kerja.

Menu>Settings>Device>Touch Settings>Calibration

Pastu, bila aku return to  menu. Touch screen tu dah sensitive! Laju! Dah tak payah tekan banyak-banyak kali. Masa tu, rasa macam nak cancel je semua yang aku dah survey. Tak jadi beli baru. Biarlah handphone ni berbakti kat aku dulu. Nanti, kalau dia dah sakit kronik, baru aku cari pengganti.

So, kesimpulan kat sini, sebelum korang nak buang handphone lama yang bagi banyak masalah tu, better korang explore dulu benda yang ada dalam handphone korang. Search kat internet dulu mana tahu ada jalan penyelesaian. Tapi kan.., kalau memang dah kemaruk sangat nak beli handphone baru tu.....buat macam mana pun tak jalan jugak. Macam-macam alasan yang korang bagi nanti. Betul tak?

Sama lah macam kehidupan kita ni, setiap masalah, ada jalan penyelesaiannya kalau kita berusaha. Kalau kita tak nak berusaha, apa pun tak jadi. 

Sunday, November 18, 2012

Edit blog's time!

Gambar takde kaitan dengan entry ni. Just nak tambah penyeri entry je.
Penatnya edit blog ni! Aku dah lama tak terlibat dengan coding-coding ni. Dulu, masa belum masuk asrama..bolehlah terror bab bab ni. Dah masuk asrama, aku dah tak tahu macam mana nak godek-godek dah. Nasib baik lah ada berlambak tutorial kat internet yang boleh aku guna nak edit blog ni. Kali ni, aku guna blogskins punya template. Ambik je mana-mana yang rasa lawa, and aku edit lah mana yang patut.

Background ni aku tukar. Header, belum sempat lagi nak cari yang baru. Kalau tak jumpa sangat, aku buat sendiri je lah nanti. Dulu, aku guna washed denim punya template. Sekali, ada virus so, terpaksalah aku buang semua template aku tu. Kali ni, aku nak try guna washed denim balik tapi dah tak jumpa mana tutorial and aku tak tahu nak guna dah. Aku decide nak pakai blogskins.

Aku stay up sampai 1.30 pagi semalam buat benda ni. Nasib baik adik teman sambil main playstation. Lagu little things by one direction ni pulak aku terdengar kat blog siapa ntah, terus terpikat. Punyalah susah aku cari cara nak letak music dalam blog ni. Nasib baik effort aku membuahkan hasil. Kalau tak, sia-sia je.

Dah siap edit semua, baru aku teringat cara nak tukar template ke washed denim. Caranya, just tukar dashboard ke old interface. Barulah boleh pilih template washed denim. Haiyaa! Tapi, aku tak menyesal lah guna blogskins. Lawa jugak *Perasan sendiri :P

Blog pun blog juga. Homework aku tak lupa ok! Aku dah siap 50% of Folio Kabus di Perbukitan. Like my friend once said "Kita tak dapat lagi kn novel tu? So, we just have to copy paste, right?" Haha. I like those phrase.

Jadi, apa lagi! Sesi copy paste pun start lah. No! No! Aku tak copy paste secara membabi buta ya! Aku dah siap baca sinopsis every bab before aku start buat folio ni. Aku copy, paste..then aku baca every words, every sentence yang aku buat tu. Kalau ada error, aku betulkan. Kalau lack of information, aku tambah. Aku berazam nak buat homework kali ni all out. Sebab apa? Sebab this is my last end of year  school holiday. So, why not put all my effort in it, right?

I will miss this moments-bertungkus lumus buat homework- I guess.

Till then, tata!


Saturday, November 17, 2012

Malware? No more..


Sucuri
web site:inisayapunyaa19.blogspot.com/
status:Verified Clean
web trust:      Not Blacklisted
*This site was just scanned a few minutes ago.

Security report (No threats found):
check   Blacklisted:  No
checkMalware:No
checkMalicious javascript:  No
checkMalicious iFrames:No
checkDrive-By Downloads:  No
check   Anomaly detection:  No
check   IE-only attacks:    No
checkSuspicious redirections:    No
checkSpam:No



Nah! Haritu blog aku punyalah penat aku edit lawa-lawa. Tiba-tiba ada malware. Terpaksalah buang semua tu. Berbulan-bulan aku pergi sekolah, aku tinggal je blog dengan template yang buruk. Cuti kali ni baru sempat nak betulkan balik. Sebagai langkah berjaga-jaga, aku check dulu safety blog aku  kat website ni. Unfortunately, aku dah lupa nama website ni apa. -,-'

BLOG LIMIT?

Ingatkan twitter je yang ada tweetlimit. Rupanya blog pun ada limit jugak? Dengan bangganya aku mengatakan aku tak pernah kena tweetlimit, aku hanya kena bloglimit je. 

Friday, November 16, 2012

Hadiah Percutian

Cuti sekolah akhir tahun last aku. Next year dah SPM. Then, bukan namanya cuti akhir tahun lagi dah. Itu cuti tunggu result SPM. Wesy, tak sangka kan dah 16 tahun. Nak SPM dah pun. Rasa macam nak balik sekolah rendah balik. Nak start all over. And, disebabkan nak SPM lah, aku and kawan-kawan 'dibekalkan' dengan hadiah yang sangat best. Hadiah yang memang rasa tak cuti lah.

Ni hadiah yang memang jadi isi penting setiap kali cuti untuk budak STF.

BM-Folio Kabus Di Perbukitan
BI-Folio The Curse
ADD- Worksheet 2 set for Paper 1 dan 2
PAI-Folio Ayat Hafazan (Handwritten)
PHY-Past year questions
CHEM-Folio Soaps (Handwritten)
BIO-Correction Final Exam, Presentation
SEJ-Nota Bab 1, 2 dan 3.

Ok, total homework aku memang ada lapan subjek. Sila percaya! Satu subjek je yang takde homework which is MOD. Aku sangat happy! Terbantut niat nak pergi tuisyen. Holiday pun fikir homework. Seronok kan? Jom join aku bertungkus-lumus berperang dengan hadiah-hadiah ni.