Monday, November 28, 2011

Minat blogging balik ke?

Sejak kebelakangan ni, minat saya untuk blogging dah timbul balik. Rindu nya kenangan masa darjah enam dulu, masa tu banyak juga la selok-belok blogging ni yang saya tahu. Update blog pun rajin jugak. Tapi, sejak masuk sekolah menengah especially boarding school, saya dah tak blogging. Akhir tahun lepas baru saya buat blog balik sebab ramai schoolmate saya yang dah ada blog so, saya pun jadi berminat balik

Sebenarnya nak cerita betapa seronoknya hari ni sebab saya dah berjaya download adobe photoshop CS3. Saya dapat link download and cara nya dari blog sorang brother ni. Hargai kot sebab saya dah lama dah nak download tapi tak tahu macam mana. Banyak kali jugak saya try download benda ni tapi kali ni baru berjaya. Ada sekali tu, saya salah download. Punya la lama saya tunggu, bila dah habis tengok-tengok salah pula. Bengang sungguh. Kali kedua saya buat, tengah download tiba-tiba laptop terpadam. Rupanya bateri habis. Argh!! Geram dibuatnya.

Kali ketiga pula, saya download pastu ada problem pulak. Tak dapat nak bukak. Kali ni, saya try download kat komputer yang lama, pastu saya masuk thumbdrive dan pergi extract kat laptop. Akhirnya! Berjaya! Puas hati. Tak sabar nak guna. :)

Saturday, November 26, 2011

Saya makin tinggi ke?


 

Tadi kat kedai makan,
Ibu cakap cikgu saya tengah ambil lauk.
Saya terjenguk-jenguk la siapa yang ibu maksudkan sebab ada orang TINGGI nih lindung pandangan saya.
Sekali bila orang tu dah pergi tempat lain.

Jumpa cikgu tadika saya dulu.
Dia cakap saya dah besar!
Huhu..
First time kot saya jumpa cikgu, cikgu cakap macam tu.
Kalau jumpa cikgu sekolah rendah, cikgu sekolah rendah akan cakap, "laa..zaimin ni tak besar-besar pun"


Tula, saya ni memang tak besar-besar. =,='
Cikgu tadika je rasa saya makin besar sebab masa saya tadika dulu saya kecik sangat.
               

Thursday, November 24, 2011

Ready 4 BANJIR!!

Perlis asyik hujan je. Rasanya macam nak banjir kot. Erm, kalau banjir, rumah saya selamat lah sebab kat kawasan tinggi. Tapi yang menjadi masalahnya, nanti tak boleh pergi jalan-jalan. Air pun takde. Balik dari rumah Izzati semalam, sampai-sampai rumah je angah tengah angkat beras masuk rumah. 


Rupa-rupanya ayah dah beli stok makanan sebab takut banjir. Beras 2 kampit. Roti gardenia coklat satu plastik besar. Roti gardenia bonanza 2 bungkus and telur 1 papan. Banyak tak? Kalau banjir, memang kerja kami makan telur je la nanti.


Saya takde pengalaman banjir la. Sebab bila banjir je saya kat johor. Bila johor banjir je saya kat perlis. :) So, ni kalau banjir..xtahulah macam mana nak lalui. Kalau air xde, memang seksa!

Wednesday, November 23, 2011

Perang kami

Tadi, aku tengah aku pakai telekung dalam bilk, tiba-tiba angah(adik lelaki aku yg form 2) dan nizam (adik lelaki yang 5 tahun )   masuk dan bawa senapang dan pistol. Pastu cakap jangan bergerak and then acukan pistol. Aku tangkap la adik  yang lima tahun tu. Memang dia kalah terus lah. Sekali, adik yang form 2 tu cakap, kaklong! lepaskan! pistol ni ada peluru!. Aku cam, hek eleh. pistol mainan je pun.. tiba-tiba si kecik tu cakap, kaklong,, btullah..ada peluru. sekali, si form 2 ni tembak betul-betul. Haha. Pistol air jer! Tapi abes lah basah telekung aku.Pastu aku ngan fadhilah (adik pompuan aku darjah 5) gi serang bilik diorang plak. Dahlah dengan bertelekung lagi. Adik aku rampas pistol air then aku tembak si angah ni smpai basah. Yang kecik pun kena gak. Pastu aku pun gi smayang. Dah abes smayang, fadhilah datang kelam-kabut. Rupanya mak aku dah marah. Habis basah karpet. Haha. Aku wat slumber je la. Pastu makan malam.

Ni, angah dah habis tengok bola, dia start balik dah. Orang dok main laptop dia tembak tangan pakai pistol tembak cicak. Sakit giler kot! Ingat kan skali je, skali dia tembak berkali-kali. Last-last, ni perang mula balik. Aku dok on9, dia dok tembak-tembak.. aku ngan fadhilah wat kubu sambil laptop kat depan. Aku jerit lah kena tembak. Sekali mak aku datang. (mak aku dah tido awal-awal) "Eh, jangan bagi rumah basah tau" Mak aku tak tahu anak dia tembak orang guna pistol tembak cicak. Ngek la adik-adik aku ni. Apada. Yang Din dan Nizam kerja baling-baling bom. Bom nya selipar jepun *erk =,=' mna datang xtahu*. Bantal dan entah pape.
Sekarang aku tengah menaip sambil peluru bertubi-tubi. Haa...












Aduh! Kena tembak kat lengan! Sakit dowh!

Spending time with MY BESTY. :)



Ok, hari ni saya pgi rumah Izzati Husna! My Besty. Actually, saya ada 5 kawan baik. Tapi, umah yang paling dekat is rumah Izzati. Semalam, dalam pukul 11 macam tu, saya chat ngan zati cakap nak ambik buku text sejarah. Sekali, dia ajak datang umah dia tros. I was like, woa! Tak sabarnya. Ingatkan sampai tengah hari je. Sekali, mak dia ajak makan kat umah, so.. txt ibu la cakap nak stay sampai petang. Ibu bagi! And, kami lepak sama-sama dalam bilik dia dari pukul 9 sampaila 4.30 petang. Lama tak? Actually tak lama pun. Kejap je masa berlalu. Cakap-cakap, tengok-tengok jam dah pukul 11.30. Padahal rasa baru je sampai umah dia.

Mula-mula kami sarapan dulu. Pastu, start mengadap laptop. Dia dah on9 fb dia, pastu. kami rasa kebosanan so usha lah movie apa yang dia ada. Sekali aku ternampak movie HANTU BONCENG! Aku cakap nak tengok. Dia bukak movie tu and then gi tutup lampu. =,=' Aku cam.. Erk..Kena ke tutup.? Arh!! Takut!
Izzati gelakkan aku sebab hantu belum keluar aku dah menjerit ambil bantal. Apadaa! Aku tengok hantu tu sekejap je. Pastu da x brani tengok. Macam xde function pulak tengok cerita hantu.

Pastu, kami gossip-gossip. Haha. Lawak btol la bila dah tahu kebenaran for something. Tak sangka kan Izzati? Lepas dah lunch smua, kami smayang then sambung lagi on9. Memang keje on9 je la tadi. Pastu bergambar. Beselah pompuan, x terlepas dari suka bergambar.






Apapun, we have a great moment together! Kepada geng-geng yang lain, jangan marah ye! Kami buat decision last minute iaitu pada pukul 11 malam smlm. Mula-mula rancang nak amek buku sejarah je. :)
Next time kita wat satu geng mau?

Sunday, November 20, 2011

Share a webpage..

Nak shara satu link blog kat sini. Saya sangat kebosanan so, saya tengok movie kat sini je. Senang and banyak movie ada. 

Sunday, November 13, 2011

Petang tadi saya tgk cerciter cinta. Citernya comel lah jugak. Tengok kem tu pulak dekat timah tasoh je. Rasa teringin plak nk pergi. Saya suka kalau dpt buat aktiviti-aktiviti macam tu! Nampak best!



Cuba lah tengok! :P

48

I'm back! Walaupun dh abes form 3, tapi balik kali ni, saya still ada homework lagi yg perlu dibuat. Homework, level baru lah kan...

Chemistry: Folio
BM: Folio
BI: Folio
Sej: Nota bab 1,2, 3,

tapi, yang BAGUSNYA, saya tak bawa balik buku sejarah pun. Lupa terus! Dah simpan dalam kotak dah kat skolah. Takpela. Nanti nak try cari buku rujukan,...

BTW, i just bought a new handphone. Tarikh nya cute giler! 111111... akan disimpan jadi kenangan..
Petang ayah ambil saya kat airport, terus pergi beli sebab ayah dah janji dengan angah. Thx to angah sebab berjaya pujuk ayah. :)

aku punya

angah punya





Sunday, November 6, 2011

Outing bermalam for raya haji, aku just balik umah atok aku je. Family datang dari umah pastu trus pergi umah atok. Petang ni, nak pergi umah pakcik pulak. Esok dah kena balik skolah! But, no worry.. 3 hari je skolah pastu hari jumaat dah balik trus untuk cuti akhir tahun yang memang ditunggu-tunggu ni. Tak sabarnya!! :P