Sunday, October 25, 2015

Tawakkal

Alhamdulillah, aku bersyukur atas apa yang Allah bagi kat aku. Flight pukul 8.35 am. Pukul 6.30 aku dah siap dan solat semua, supposenya aku dan ayah bertolak dari rumah 6.45 tapi ayah ada hal so, 645 pun tak bertolak lagi. Bila 6.40 dah ada tanda2 yang lambat lagi nak bertolak, aku yang dh siap pakai baju and tudung semua, decide nak solat musafir dgn pakai pakaian tu je. Alhamdulillah aku pakai pakaian yang tutup aurat.

Aku harap Allah tolong aku.

Pukul 7 pagi, baru bertolak dari rumah. Memang tak sempat la nak smpi airport before 7.35 nak drop luggage. Aku dah mcm putus asa dah, aku fikir, aku dah solat musafir tapi kenapa Allah tak tolong aku. Pastu, tak lama lepas tu, aku teringat satu quotes,

"KALAU KITA BERTAWAKAL (BERSERAH DIRI) PADA ALLAH, ALLAH AKAN MUDAHKAN KERJA KITA". 

Aku dah fikir, "takpela aku dah tawakal, tertinggal flight pun tak apa, maybe ada hikmah. "

Pastu, smpi airport dlm 7.50. Aku rushing terus pergi drop luggage. Smooth je, takde orang langsung kat kaunter. Aku drop luggage pun 14.6 kg. Sikit je lagi nak lebih limit 15kg. Pastu, ayah smpi, aku tgk line panjang kat tmpt nak masuk boarding room tu. So, aku duduk relax2 ngan ayah dulu kat depan tu. Bila aku settle dah masuk semua tu, dah duduk, tiba2 ada announcement flight delay sampai 9.35. 9.15 baru flight smpi alor setar dari KL.

Aku bersyukur sangat-sangat, Allah dah tolong aku without aku sedar. Sekarang, aku dah settle semua, dapat relax. Bila dah settle semua baru aku sedar.

ALHAMDULILLAH.

InsyaALLAH, bila kita tawakal pada Allah, Allah akan mudahkan kerja kita. TAWAKKAL. :)

Saturday, October 24, 2015

Adab Menuntut Ilmu

ADAB MENUNTUT ILMU
1. Manis muka dan menerima teguran guru
2. Menumpukan perhatian terhadap guru seolah-olah belum pernah mendengar ilmu tersebut.
3. Mengeratkan silaturahim walaupun sudah habis menuntut ilmu.
4. Memberi salam.
5. Duduk menuntut ilmu dengan sopan.

Some of the adab yang saya sempat dengar waktu buka radio IKIM fm. Semoga bermanfaat.

Thursday, October 15, 2015

Amanah yang Kita Tak Sedar

Oleh Hilal Asyraf
Ada orang buat request artikel berkenaan peperiksaan. Hem.
Jadi saya fikir, saya buat satu post berkenaan dengannya. Dengar kata, musim exam sudah semakin hampir untuk pelajar-pelajar universiti di Malaysia. Yakah? Saya dengar sahaja. Sebenarnya, Jordan pun sudah hendak mula exam.
Tetapi saya biasanya tak fikir sangat periksa.
Namun itu tidaklah menjatuhkan martabat kepentingan peperiksaan.
Periksa tetap penting. Walaupun saya tak fikir sangat fasal periksa.
Sekadar teringat akan bicara Ibrahim Jawarneh.
Satu hari, semasa keputusan imtihan awwal(peperiksaan pertama) bagi maddah(pelajaran) Fiqh Ibadat 2 keluar, ramai pelajar mendapat markah yang rendah. Oh, pembetulan. Ramai pelajar yang mendapat markah yang teramat-amat rendah.
Maka pensyarah yang mengajar, Sheikh Dr Ibrahim Jawarneh melenting di dalam kelas.
Satu ayat dia yang paling tidak boleh saya lupa adalah:
“Antum allaziina la yakhafuunallah!”
Atau dalam bahasa melayunya: “Kamu adalah orang-orang yang tidak takutkan Allah!”
Ayat itu keluar, atas sebab markah peperiksaan kami yang rendah pada hari itu.
Apa kaitan tidak takutkan Allah, dengan markah rendah dalam peperiksaan?
Ada pelajar arab marah dengan ‘tuduhan’ itu. Apa kaitan markah peperiksaan, dengan keimanan kepada Allah? Tidak takutkan Allah adalah tuduhan yang berat sebenarnya.
Tetapi Dr Ibrahim Jawarneh tetap dengan kata-katanya.
“Pelajaran kamu semua adalah amanah. Kamu bermain-main dalam pelajaran kamu. Sebab itu kamu dapat markah yang rendah!”
Maka ada pelajar arab yang lain berkata: “Soalan kau yang susah sangat!”
Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Soalan yang mana? Tunjukkan pada aku!”
Bila pelajar arab itu menunjuk, maka Dr Ibrahim Jawarneh membuka kitab dan menunjukkan jawapan. “Bukankah jawapannya di sini? Apa yang susahnya? Apakah kamu tidak membaca buku dengan baik?” Pelajar itu diam.
Seorang pelajar lagi berkata: “Kau ajar, kami tak faham. Uslub kau susah!”
Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Apakah kau pernah datang ke bilik aku dan suruh aku terangkan semula apa yang kau tidak faham? Tidak pernah bukan?” Pelajar itu diam.
Ada pelajar berkata: “Yang soalan ini kau tidak ajar pun!”
Dr Ibrahim Jawarneh menjawab: “Benarkah? Atau kau yang ponteng kelas pada hari itu?”
Pelajar itu diam.
Akhirnya Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Kamu semua, bermain-main dalam pelajaran kamu. Kamu tidak menuntut ilmu dengan serius. Ini adalah amanah! Kamu semua adalah orang-orang yang tidak takutkan Allah!”
Dan tiada siapa lagi yang bersuara.
Penutup: Kalau kamu takutkan Allah, kamu studi sungguh-sungguh.
Sebenarnya, apa yang saya nak bawakan bukanlah peperiksaan sangat. Yalah. Apa guna saya cakap fasal peperiksaan kalau studi pun tidak sungguh-sungguh.
Pokok pangkalnya pun, kalau saya hendak cakap fasal peperiksaan, tetap saya kena cakap fasal studi sungguh-sungguh bukan? Apa tips menghadapi peperiksaan yang lebih baik dan lebih penting dari studi sungguh-sungguh?
Fahamkah kamu maksud ayat ini:
“…kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.” Surah Ali Imran ayat 159.
Mengapa selepas berazam, terus disebut tawakkal? Di manakah ‘usaha’?
Ahah! Apakah yang Allah mahu tunjukkan ini?
Maksudnya, sebaik sahaja sudah berniat untuk mendapatkan sesuatu(dalam hal kita ini adalah score exam), maka tawakkal sudah bermula ketika itu juga. Apakah tawakkal? Adakah tawakkal ini maksudnya berlepas tangan dan berdoa semata-mata? Tidak. Tidak dan tidak.
Tawakkal itu termasuklah usaha. Usaha kita adalah satu tawakkal juga.
Tidakkah anda melihat?
Tepuk dada tanya iman..
Slmt mnghadapi peperiksaan pd yg bkl,sedng dn telah mnghadapi
Semoga beroleh kputusn yg mantop
#muhasabahdiri

Tuesday, October 13, 2015

AZAM MAAL HIJRAH

I came across this, and indeed I like it so much that I have to note it somewhere.

HAVE TO

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda, "Ada tujuh golongan yang bakal dinaungi oleh Allah di bawah naunganNya, pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya, yaitu pemimpin yang adil, pemuda yang tumbuh dengan ibadah kepada Allah (selalu beribadah), seseorang yang hatinya bergantung kepada masjid (selalu melakukan solat jemaah di dalamnya), dua orang yang saling mengasihi di jalan Allah, keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang yang diajak perempuan berkedudukan dan cantik (untuk berzina), tapi ia mengatakan, "Aku takut kepada Allah," seseorang yang memberikan sedekah kemudian merahsiakannya sampai tangan kanannya tidak tahu apa yang dikeluarkan tangan kirinya dan seseorang yang berzikir (mengingat Allah) dalam kesendirian, lalu meneteskan air mata dari kedua matanya. "

(HR Muslim,1712)
HIGHLIGHTS

1. Pemimpin yang adil

2. Pemuda yang tumbuh dengan ibadah kepada Allah (selalu beribadah)

3. Seseorang yang hatinya bergantung kepada masjid (selalu melakukan solat jemaah di dalamnya)

4. Dua orang yang saling mengasihi di jalan Allah, keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah

5. Seorang yang diajak perempuan berkedudukan dan cantik (untuk berzina), tapi ia mengatakan, "Aku takut kepada Allah," 

6. Seseorang yang memberikan sedekah kemudian merahsiakannya sampai tangan kanannya tidak tahu apa yang dikeluarkan tangan kirinya

7. Seseorang yang berzikir (mengingat Allah) dalam kesendirian, lalu meneteskan air mata dari kedua matanya. "


InsyaAllah azam tahun baru kita/saya.
Hijrah to become better?
Jom sama-sama. :)

Sunday, October 11, 2015

Tawakkul

You dont have to worry and don't be stressed out. Allah put you in a situation where you are supposed  to be now. He knows what you dont know. Believe in Allah. Tawakkul. Put your trust in Allah. Alhamdulillah for everything that I have now.

Stop Worrying - Leave It To Allah! ᴴᴰ ┇ Amazing R…: http://youtu.be/jwHEZv3UCzs

Friday, October 2, 2015

Belajar Bersyukur

Walaupun kita rasa hari-hari kita susah and serabut, ingatlah yang kita mesti jadi hamba Allah yang bersyukur. Cakap dan berpesan-pesan tu memang senang, tapi kita yang tanggung ni yang rasa peritnya kesusahan tersebut.

Tapi kita kena ingat, dapat hidup lagi pada hari ni pun adalah satu nikmat. Ada orang yang semalam, dia menemui ajal. Kita? Allah bagi peluang lagi untuk hidup supaya kita boleh baiki lagi amalan kita sebelum bertemu dengan Allah. Masa tu, kita dah tak boleh minta kat Allah untuk dihidupkan balik.


A078

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
Al-Nahl: Ayat 78

Setiap benda yang berlaku di sekeliling kita ni adalah kuasa Allah. Guna mata untuk tengok keindahan alam, guna telinga untuk dengar ilmu dan perkara-perkara baik dan guna hati untuk ingat Allah.