Aku dah terfikir idea pelik ni. Aku google, tak ada pulak jawapan. Boleh sesiapa tolong jawabkan tak kenapa tak ada orang letak nama macam ni?
- Nor Zaimin Nadhirah 1004
- Muhd Ali 3345
- Husna 5657
Hahaha, merapu tak? Serius aku boleh terfikir soalan macam ni.Ok, aku dah search, dan yang ni yang aku jumpa...
“Nama profesional dan kepahlawanan sama ada doktor (Dr), jurutera (Ir), Mahaguru, Pendekar atau Satria; tidak kira setinggi mana pun kelayakan mereka tidak dibenarkan sama sekali selain nama yang berbunyi lucah dan buruk,” katanya.
Larangan lain di bawah kategori nama tidak sesuai termasuklah nama binatang, serangga, tumbuh-tumbuhan, makanan, lucu, kejadian alam, alat perkakas, warna, nama daripada huruf atau angka atau gabungan kedua-duanya, pakaian dan perkataan Arab, Cina dan India yang tidak elok maknanya.
NAMA YANG TIDAK SESUAI
Nama binatang atau serangga
*sensored*, Monyet, Keldai, Rimau, Lipan, Buaya, Belalang, Semut, Ular
Nama buah-buahan, sayur-sayuran, tumbuhan, makanan
Ciku, Pisang, Keladi, Kucai, Terung, Karet, Serai, Jintan, Kunyit, Halia, Bawang Merah, Kelapa, Santan, Lidi, Nasi, Bubur, Ketupat, Laksa, Sirap, Cendol, Lempeng, Daun.
Nama-nama lucu
Kecut, Kutai, Kuyok, Boyak, Kudung, Pendek, Panjang, Tinjau, Apek, Lonjong, Kuding, Tunggal, Sinon, Ketiak, Leper, Kemek, Janggut, Tanduk, Kerepot
Nama-nama kejadian alam
Gunung, Salji, Suria, Pelangi, Awan, Bintang, Bulan, Guruh, Petir, Panas, Hujan, Bumi, Langit, Gelombang, Laut, Batu, Angkasa
Nama-nama alat perkakas
Senduk, Piring, Mangkuk, Cawan, Katil, Tilam, Garpu, Tingkap, Pagar, Lesong, Berus, Parang, Tajak, Golok
Nama-nama warna
Hitam, Putih, Jingga, Merah, Coklat, Kuning
Nama-nama huruf atau angka atau gabungan kedua-duanya
D, K, P, Z, 001, 007, K 7, K 4, Zero-zero Seven
Nama perhiasan atau pakaian
Cincin, Subang, Anting-anting, Mutiara, Benang, Kain, Baju, Rantai, Seluar, Kasut
Ok, sekarang baru aku tahu kenapa sebabnya tak boleh. Macam pelik lah pulakkan tiba-tiba nama
Samad 3301. Dah macam nama jenama handphone pulak aku tengok. Peace! :) Tapi, macam mana pulak dengan kes ni?
“Sama juga halnya dengan nama Yaakob yang dieja sebagai Yaacob atau Mohamad ditulis Mohd. Jika mengikut ejaan rumi, Mohd berbunyi mo-hed; yang tidak ada makna langsung.“Ramai orang keliru mengenai nama Mohd. JPN kini menetapkan ejaan Mohd tidak boleh digunakan sebagai nama pemberian kepada anak. Ia hanya dibenarkan sekiranya mempunyai sejarah nama keluarga yang bermula dengan M-o-h-d contohnya Mohd Ridzuwan bin Mohd Ismail. Jika Mohd itu perkataan tunggal untuk nama anak, ia tidak dibenarkan sebaliknya perlu dieja sebagai Mohamad.
No offence! Sekadar berkongsi maklumat. Untuk maklumat lanjut, sila klik
https://ms-my.facebook.com/notes/mohd-adha-mohd-zain/peraturan-pendaftaran-nama-oleh-jabatan-pendaftaran-negara-jpn/250563454985159