Dulu tak percaya sangat, tengok sekarang ni siapa yang rindu sekolah sangat? Haiyaa..adik-adik dah balik asrama. Tinggal lah dua orang budak kecil ni kat rumah. Main game ja kerjanya. Rumah ni sunyi sangat. Bila adik-adik nak balik ni? Haha, boleh tak macam tu. Masa adik ada, macam-macam aku rancang nak conquer rumah bila dia pergi sekolah.Masalahnya, baru sehari dua adik pergi asrama,,dah boring tak tau nak kacau siapa. Agak-agak lah kan, apa perasaan anak tunggal? Apa perasaan orang yang jarak antara adik beradik tu jauh? Yalah,kakak abang tinggal pergi universiti ke,,asrama ke... Bersyukurlah adik beradik ramai.Memanglah kecoh,tapi bila yang kecoh tu takda, yang tula yang akan dirindui.Dah dah,,kang nanti kalau adik saya baca ni, mesti dia gelakkan kakak dia ni.
No comments:
Post a Comment