Tuesday, January 21, 2014

Isi Masa Lapang dengan Menonton Video Mat Luthfi yang Penuh Mesej

Aku kembali lagi untuk merepek dekat blog ni. Hahaha..Yang membaca tu sabor je la...Aku sangat kebosanan. So, aku online lah Facebook. Tiba-tiba nampak gambar Mat Luthfi, so aku terus teringat nak tengok youtube, mana tahu dia ada update video baru. Ternyata, memang ada pun! Wah,, ni ada excited tahap gaban dah ni. Video tu, aku rasa dah lama dah dia upload, cuma aku baru teringat nak tengok, so tak ada lah nama 'video baru' sangat.

Aku ada lah ambil beberapa screenshot, so siapa yang membaca ni, kalau tertarik,, dipersilakan pergi search kat youtube 'Mat Luthfi'. Confirm ada!

Ni scene Mat Luthfi baru nak angkat takbir solat berjemaah, tiba-tiba ada sorang mamat baru masuk kat belakang.

Mat pun pergi la belakang, sekali si baju hijau tu boleh pula pergi depan, penuhkan saf depan dan tinggalkan Mat sorang-sorang kat belakang. Apakehal..Haha..tengok muka blur yg mat buat.

Ok, ni lagi satu video Mat. Tajuk dia Dokumentari-Ninja. Aku ingat kan video kucing semata-mata, rupa-rupanya video ni membawa mesej jugak! Tak percaya cuba lah tengok.

Haaa! Banyak lagi video Mat Luthfi yang menarik boleh ditonton. Tapi, ada lagi ke orang yang tak kenal Mat Luthfi ni? Aku rasa ramai yang dah kenal. Kan..kan?

Video Mat Luthfi yang paling best ialah 'Drama-drama Sebelum Kahwin'. Ok,, toodles! Siapa yang boring tu, boleh lah ulang-ulang video Mat Luthfi ni.

Wednesday, January 15, 2014

Cerita Pasal Kangkung Masuk BBC


Sudah-sudah lah tu cakap pasal kangkung. Sampai masuk BBC. Bagi aku, perkara ni memalukan sebab sampai worldwide tahu. Dahla pasal kangkung pulak tu. Cubalah jadi orang tu jangan tahu nak mengejek saja. Kalau sehari tu bolehlah nak cakap-cakap, ni dah habis satu hari pun tak stop lagi. Muak dah aku tengok.

*Penggunaan aku atau saya bergantung ikut mood. 

My Fav Blog

Haaa! Nak buat apa cuti-cuti lepas SPM ni kan selain daripada kerja, kemas rumah, belajar masak, perah otak nak fikir nak sambung belajar apa and so on.. Saya habiskan masa dengan main game Candy Crush, baca blog orang, tengok tv, online dan belajar bawa kereta. Alah, tadi ingatkan sikit saja benda yang saya buat. Sekali, bila dah listkan, banyak lah pulak. Macam tak ada alasan saja nak cakap hidup after SPM boring. Hrmm, maybe rasa boring tu sebab dah berhenti dari buat rutin sehari-hari macam dulu. Yalah, dulu duduk asrama, setiap benda ada masa yang ditetapkan dah.. Sekarang duduk rumah, pandai-pandai lah fikir nak buat apa. Haiyaa...

Ni nak share dengan korang/hampa semua tentang blog favourite saya. Memang lah tak ikuti everyday, tapi kalau rasa nak baca blog menarik-menarik, saya buka lah blog blogger terkenal ni. Blog mereka sangat best sebab gaya penulisan yang santai, pasal their personal life campur fesyen sikit, pasal anak-anak depa sikit. Serius comel bila baca blog ni, dahla penuh dengan cerita pasal anak depa. Comel-comel belaka.

Click saja kat gambar tu kalau nak tengok blog depa.

Nurulism

Irene Nadia

Maria Elena

Fatin Liyana. 

Kalau sesiapa ada info blog-blog yang menarik lagi, boleh lah share.

Wednesday, January 1, 2014

Rindu adik adik dan SEKOLAH

Dulu tak percaya sangat, tengok sekarang ni siapa yang rindu sekolah sangat? Haiyaa..adik-adik dah balik asrama. Tinggal lah dua orang budak kecil ni kat rumah. Main game ja kerjanya. Rumah ni sunyi sangat. Bila adik-adik nak balik ni? Haha, boleh tak macam tu. Masa adik ada, macam-macam aku rancang nak conquer rumah bila dia pergi sekolah.Masalahnya, baru sehari dua adik pergi asrama,,dah boring tak tau nak kacau siapa. Agak-agak lah kan, apa perasaan anak tunggal? Apa perasaan orang yang jarak antara adik beradik tu jauh? Yalah,kakak abang tinggal pergi universiti ke,,asrama ke... Bersyukurlah adik beradik ramai.Memanglah kecoh,tapi bila yang kecoh tu takda, yang tula yang akan dirindui.Dah dah,,kang nanti kalau adik saya baca ni, mesti dia gelakkan kakak dia ni.