Monday, December 30, 2013

lama betul tinggal

Eh, nak masuk 2014 dah la. Lama betul saya tinggalkan blog ni kan. Ternyata, 2013 memang tahun yang sangat busy. Tak sempat nak update blog pun.Kenapa saya cakap 2013 busy? Yalah, mana taknya. Form 5 la dikatakan. Fuh.hidup jadi seorang form 5 ni memang boleh dikatakan macam tak sempat urus diri sendiri pun. Tapi, duduk kat sekolah berasrama penuh ni, untung..bila rasa diri sibuk sangat dan rasa down,,kawan kawan ramai yang happy go lucky naikkan balik semangat.Sama sama melayan busy tu.

Nasib baik lah ada juga break dari hectic life kat sekolah tu. Contohnya, ada immersion dengan sekolah luar, ada hari keusahawanan tingkatan 5, ada dinner form 5, ada sports day, ada itu ada ini.

Ok, first sekali kita cerita pasal immersion dengan sekolah luar.Saya rasa lah kan budak SBP ni memang tak terlepas dari immersion lah kot. Banyak betul. Awal awal bulan 4, dah ada immersion dengan Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah (MOZAC). Yang ni, memang rasa cuak lah jugak masa pergi tu sebab cikgu pilih top 40 daripada final exam form 4. Maksudnya,, sekolah lain yang pergi ni mestila lagi pandai. Dah tu, ada MCKK, KYS, SBPI Selandar juga tu.. Lagila takut!! Nasib baik la groupmates ni supporting even ada la tak puas hati kejap.Tapi,, lepas tu ok dah. Minta maaf dah pun.Entahla boys perasan tak apa yang ketidakpuasan hatinya. Yala, kadang kadang girls ni yang lebih feeling, boys tak da apa apa pun. Hey, kalau korang baca ni,, maaf ya!

Jap jap rasanya kan nak cerita pasal immersion ni banyak sangat kalau nak cerita satu entry.Lain kali lah sambung.Kalau nak tahu,tunggula okay?! :D

Hari keusahawan tingkatan 5 ni seronok sangat sebab form 5 ada peluang cari modal sendiri, berniaga,promote. Banyak untung yang kami dapat! Terima kasih kepada cikgu cikgu yang banyak membantu terutamanya cikgu penyelaras form 5 iaitu Sir Zaidi dan Puan Maini. Enjoy pun enjoy sebab ada opening night, movie night, mcm2 even and dapat jemput orang luar. Kalau siapa yang ramai kwan sbp, time ni lah nak jumpa. Hahaha, ni orang lain la, bukan aku. Aku punya kawan kawan jauh kat utara sana.

Dinner form 5 memang ditunggu tunggu oleh setiap form 5. Time ni la nak bergaya sakan. Malam tu,semua orang macam princess! *Cun juga kawan-kawan aku ni kan,cuma tak nampak kot selama ni dengan baju sekolah yang seragam tu. Ok, then malam ni camera memang direbut rebut la. Siap ada cabutan bertuah lagi tapi saya tak bertuah kot sebab tak dapat pun. Cikgu cikgu lagi best sebab dapat tupperware! Hadiah mahal ni! wahwahwah x)

Overall, kehidupan di asrama sangat best walaupun banyak cabaran. Sekarang ni baru saya sedar yang cabaran tu la yang akan bantu kita berdepan dengan dunia luar.

ni la groupmate saya kat MOZAC

Friday, December 14, 2012

Bahasa Bahasa Bahasa

Sejak kebelekangan ni, youtube dah menjadi satu website wajib aku pergi bila boring. Actually, aku dengar lagu-lagu korea. Tiba-tiba terjumpa video best ni. Cuba dengar. Aku teringin juga nak tahu different languanges yang ada kat Asia ni. Rupa-rupanya,, ada sesetengah bahasa tu nak dekat sama. Contoh terdekat pun dapat kita tengok daripada Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia. Based daripada video ni, aku dapat buat kesimpulan yang aku suka dengar Hindi dengan Korea. Tak lupa juga BAHASA MALAYSIA lah! : )

Aku mengaku juga yang aku memang tak dapat nak bezakan muka orang cina, jepun dan korea walaupun aku membesar dalam negara yang memang ada bangsa cina, aku belajar bahasa jepun dengan cikgu jepun, dan aku menonton cerita korea. Nak membuktikan keupayaan aku ni, aku buat satu kuiz kat http://alllooksame.com . Resultnya memang membuktikan aku tak mampu nak membezakan rupa cina, jepun atau korea ni.Sorry ya!



Kalau ikut rupa, memang aku tak mampu lah, tapi kalau ikut tulisan..mungkin aku mampu sebab aku dah selalu tengok terutamanya tulisan jepun yang memang aku dah belajar kat sekolah since tingkatan satu. Btw, setiap bahasa tu ada keistimewaannya yang tersendiri jadi, banggalah dengan bahasa masing-masing.

Aku cadangkan juga supaya try search different english accent kat youtube dan cuba dengar. Memang banyak dan ada yang aku tak mampu nak tangkap pun apa yang dia cakap.

Cheese Cake and Strawberi Coklat

Harini perut rasa bahagia sebab dapat makan cheese cake. Dah lama dah nak makan, hari ni baru dapat. Rasa dia sedap sebab ada part yang masam-masam sikit, lepastu manis pula. Cuma, kalau makan banyak-banyak secara berterusan tu..alamatnya muak lah.



Btw, adik aku ada buat strawberri bersalut coklat juga. Tapi bukan guna chocolate fountain lah. Guna Nutella je pun lepas tu tabur sikit grain yang warna warni tu. Sedap!



Strawberi coklat dah makan, tapi filem Strawberi Coklat belum tengok lagi....
Adik aku pujuk nak tengok tapi aku malas nak search kat internet. Nanti-nanti lah adik ya! Makan dulu strawberi coklat tu.