Saturday, September 3, 2011

47

Cuti kali ni aku sangat lah tak berdisiplin.. Aku memang beraya betul. Bukannya beraya sehari macam yang 'bonda' cakap. Tak bolehlah. Rumah atok aku tu memang meriah bila raya.. Sampai aku takde mood nak study. Homework MATH, PAI ngan ENGLISH pun tak siap lagi. Entah bila lah nak buat. Ada orang tanya aku kenapa tak update blog. Entahlah, aku pun tak tahu kenapa. Nak update, tapi takde mood nak type. Kan best kalau apa yang kita fikir terus masuk sini. Tak payah susah-susah nak type kan?

20 Ogos haritu,, semua pelajar STF, kena pindah blok. Kami disusun ikut tingkatan. So, kiranya duduk dengan formmate. Best giler duduk dengan formmate.. Ketua dorm aku dah rancang macam-macam dah.. Hehe. Tapi satu je kelemahannya, bila nak mandi.. dalam toilet tu kecoh giler. Telinga jadi bingit. Semua nak bercakap. Tension dibuatnya. Tapi tapelah, setiap perkara and pro and cons nya kan. So, terima ja lah.

Esok, aku balik sekolah. Pastu tinggal lagi sebulan je lagi untuk PMR. Takut!! Dahlah dengan perangai tak berdisiplin ni. Ya Allah! 

Lepas ni semua budak form 3 kena belajar kat study room je. Semua ni gara-gara program FRS, entah apa namanya. Malas nak ambil tahu. Buat program kat sekolah orang. Sampai aku rasa hidup aku kucar-kacir. Pindah sana, pindah sini. Dahlah blok aku belakang sekali.. Kena pindah pergi blok merah yang banyak giler tangga. Memang penat lah. Aku angkat beg yang berat tu ulang-alik 4 kali. Akhir tahun ni kena pindah lagi! Aduh! Tension betul lah!

Sunday, June 12, 2011

AKU DAH NAK BALIK SEKOLAH! Jumpa lagi cuti raya nnti :)
Tengah sedih sebenarnya ni...Aku tak nak balik!!

Saturday, June 11, 2011

:-)

Aku dah siap pack barang untuk balik skolah esok! SEKOLAH TERCINTAA. Bukannya aku bersemangat nak balik skolah, tapi aku dah belajar dari masa lalu. Selalunya, malam before balik skolah je, mesti aku kena stay up kemas barang. Sangat annoying. Dahlah kalau boleh taknak balik sekolah, tiba-tiba kena stay up pack barang. Macam apa je.. So cuti ni,. pagi tadi aku dah siap pack. Pastu, tergendala jap sebab nak selesaikan kerja kursus punya sikit-sikit. Pasuu, pi CMART pulak beli barang-barang sekolah. Masa nak balik tu,.aku terbertembung dengan kawan aku pulak. Kalau perempuan takpa jugak, ni lelaki. Hadoii~ Terkejut beruk. Terus tukar tempat ngan ibu. Hahaha :P

Balik rumah, lepas smbhyang Asar, kami semua bertolak pergi sekolah angah pulak. Huhu~ Agak sedih nak menghantar dia. Nanti kekurangan satu ahli la malam ni. Sekarang ni dia takda rasa sunyi pulak. Kalau tak, kami selalu lah jugak bertumbuk. *Dia suka tumbuk lengan aku. Dahlah dia  makin kuat. Dulu senang je aku nak lawan. Sekarang ni, bila aku tumbuk dia balik, dia bukan cakap sakit. Dia cakap geli! Kurang asam btoi! Nasib baik tangan aku tak lebam. Rasa sengal-sengal je.Anyway, dia sekolah dekat, so bulan puasa, every week boleh balik. Aku ni yang jauh, simpan dalam hati je la hasrat nak macam tu. Nasib baik skolah aku tak buat sistem macam tu. Kalau tak dah meraung aku tengok budak JB balik buka puasa ngan family.

Takpala. InsyaALLAH, raya nanti leh jumpa lagi.